Pada satu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan brsama puteri baginda, Saiditina Fatimah r.a.Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak phon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
pohon semalu
Satu : pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Dua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri nya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Tiga : pohon semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Empat : semalu akan kuncup dengan sendirinya bila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..
so, jum la kita ramai2 amek pengajaran dari pohon semalu uh walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil :)
No comments:
Post a Comment