Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati)
tapi, tau tak sebenarnya hati itu ada tiga jenis. nak kenal tiga jenis tu? sediakan tiga gelas kosong. satu berisi air kosong, satu berisi air teh dan satu lagi diisi air kopi pekat.
Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Dua-duanya nampak jelas kan?
Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.
Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.
Wal'iyazu billahi min zalik. Mintak dijauhkan lah. Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.
oleh itu, cuci laah hati kita selalu dengan zikir2, bacaan ma'thurat, bangun malam dan baca Al-quran. moga2 kita dapat didik hati kita untuk sentiasa merendah diri. Kadang2 hati ni susah nak ditetapkan kemahuannya. Banyakkan lah berdoa agar Allah dapat membantu kita mengawalnya. Hati manusia kan, biasa laah kalau berbolak balik selalu
iman manusia kann selalu bertambah dan berkurang
so, sama2 laah, kita try untuk buat yang terbaik tiap kali bukak mata tu, bukannya menghadap facebook 24 jam =.='' hahaa xDD
dulu ada aktiviti kat sekolah saya, minggu pembersihan jiwa kutt, dia bagi a piece of heart (macam kat gambar tu) then, titikkan satu dot hitam kalau kita ada buat salah , as in buang sampah merata ke, solat lambat ke. try laah, cuba tengok in a week, macam mana agaknya rupa hati korang :)
nape x cadangkan program tu kat kitorang..cam smart je kalau dpt wat:)
ReplyDeletehehee, sorry, tak teringat pulak ^.^"
ReplyDelete