Tuesday, April 03, 2012

eh, DHUHA jom !

sekian lama menyepi , hari ni saya nak share post yang berilmiah pula :)


korang tahu tak solat sunat Dhuha? ada yang tahu, tapi tak mustahil juga ada yang baru dengar. Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut. Biasanya orang buat antara pukul 8.00 hingga 11.00 laah. Solat sunat Dhuha ialah solat sunat dua raka'at yang dilaksanakan pada waktu Dhuha. 


cara nak melaksanakan? very simple :)


step 1, NIAT 
      أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

step 2, LAKSANAKAN RUKUN2 SOLAT 

dilakukan seperti solat2 sunat biasa. Cuma, selepas membaca AlFatihah, digalakkan membaca surah al-Syams pada rakaat pertama manakala surah al-Dhuha pada rakaat kedua *menurut hadis yang disampaikan Uqbah bin Amir* 
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

step 3, DOA

Sebenarnya, macam yang saya cakap tadi, doa ni tak spesifik. Terpulang kepada setiap muslim dan muslimat sekalian. 
Tapi ni doa yang disarankan ;

maknanya ; 
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Alhamdulillah, selesai sudah. see, as easy as ABC :)

antara fadhilat solat sunat Dhuha ini termasuklah menambah rezeki dan menjauhkan diri daripada belenggu kepapaan. insyaAllah. untuk info lebih mendalam, boleh klik sini, dan sini. sekadar berkongsi ilmu pengetahuan.

lepas ni, harap2 kita boleh sama2 gagahkan diri kita untuk mengerjakan amalan2 sunat seperti solat sunat Dhuha ni. 



insyaAllah :)


No comments:

Post a Comment