Dr. Faziera Diana binti Mohamad Nasir
indah kan, bunyi nya. memang la, bukan mudah nak dapat 'title' Dr. tu. even nak dapat peluang macam yang saya dapat sekarang; iaitu dapat belajar di Intec, dan peluang untuk further study di Jordan, insyaAllah, rasa macam kerdil sangat saya ni. layak ke saya dapat semua ni ? even, yang straight A's tu pun sangat sangat rezeki :') baiklaah Allah kan ? walaupun saya mengaku, kadang2 selalu terkhayal dengan dunia ni, tapi DIA tak lupa pun dekat hambanya ni.
hari jumaat tu, masa ambil report di KPJ Specialist , Shah Alam, doktor yang check saya pun borak2 la. soalan biasa; nak amik course apa? saya pun jawab; perubatan . dia reply; oh, perubatan. tak susah mana pun. sambil senyum, dia sambung; yang penting kena rajin :) aaaaa . ok, thanks doktor bagi saya kata2 semangat. hehe.
dulu kat dorm pun pernah laa main2, angan2 dengan Che and Lyni, yang kitorang nak masuk Intec sama-sama, study sama2, dan tak sangka. sekarang, saya dah pun bergelar siswi Intec, Shah Alam . *rasa nak nangis pulak* hoho. masyaAllah. Hebat sungguh Allah kan ? :')
jadi, bermula dari sekarang, semuanya, cabaran, cabaran, dan cabaran. Bak kata Ustaz Afwan, Allah telah berfirman;
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
- Surah az-Zariyat: ayat 56.
Hidup ini hanyalah suatu perjalanan, jadi, apa2 yang kita buat ni hanyalah untuk beribadah kepada Allah :) tak kisah laa, walau apa pun jalan yang kita lalui. Ingat, walau apa pun rezeki kita, dapat sambung in medic ke, engineering ke, pendidikan ke, finance ke, tak kisah la kan, bukan DIA saja2 suka suka bagi kat kita. there's reasons.
jadi kawan2, lets fight ~ for the sake of umat islam, ayuh kita berjuang . Chaiyok ! :DD
everything happened for a reason :')
hwaiting! insyaAllah boleh!
ReplyDeleteyeah ! insyaAllah , Alia :D
ReplyDelete