Saturday, June 23, 2012

who can define bahagia ?

tiba -tiba terfikir, insyaAllah dalam masa lagi 6 ke 7 tahun saya akan bergelar seorang doktor :) amiiin perkataan tu berat, ya saya tahu. masa dulu2, orang tanya nak jadi apa, saya memang jawab, tak pasti, tapi memang bukan doktor la. dekat carta yang ditampal di belakang pintu kelas tu pun, saya tak letak 'doktor' sebagai cita2 saya. i choose a totally different field =='


ok. jangan pandang pelik dekat saya . 

maaf, intro agak tidak berkaitan dengan tajuk post ..
Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran
nak juga cakap, tolong cuba fahami lagi Hakikat Bahagia - UNIC, yang jadi lagu dekat blog saya ni. sebenarnya bahagia itu sangat luas maksud dia. sesiapa pun boleh jadi bahagia, kan ? cara dia senang je, hargai dan syukuri setiap apa yang kita ada setiap masa , setiap hari ^^

contoh ;
beberapa hari lalu masa dekat INTEC, saya tersalah print lecture notes. Instead of printing 6 slide in 1 page, saya print satu2. standard lecture notes ada berapa slides ? lebih kurang 80 kut. nak tak nak terpaksa gak hulur duit dalam keadaan tangan yang terketar-ketar. haha. *exaggerate* dan bermula laah pelan super-savers saya :)
FYI, saya sangat suka makan. Ia nya antara cara menghargai nikmat . hehe :) kalau dulu makan nasi 2 kali sehari, terpaksa cut down jadi sekali je. untuk tengahari, bawak bekal roti gardenia 3 atau 4 keping yang disapu dengan Nutella ^^ sedap dan berkhasiat. cecewah, then masa petang baru makan petang *untuk malam sekali laa. tak pun, makan roti dengan mushroom soup.

kesimpulan , memang rasa sedih sikit, tapi sebenarnya okay je. ada yang tak makan tengahari langsung, lagi kesian. mangsa2 yang dekat negara2 kekurangan makanan tu, lagi laa kesian, awak kena laa bersyukur, boleh makan roti dengan nutella pulak tu. then, masa makan tu, terbit laa rasa bahagia sebab boleh jugak isi perut ni :') buatnya, saya ditarik nikmat makan, ada ulser mulut ke,

jadi bersyukur laah dengan apa yang kita ada.
nikmat yang DIA bagi tu sangat tiada ternilai. jadi bila tiap kali kita bersyukur dengan apa yang kita ada, mesti kita akan rasa satu perasaan yang indah iaitu bahagia :)



jom hayati dan nyanyi sama sama ^^

Hakikat Bahagia -UNIC
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki





saya harap sangat readers akan jatuh cinta dengan makna lagu ni,
dan akan rasa  bahagia bahagia bahagia selalu :)

2 comments:

  1. Two thumbs up for the song :D

    ReplyDelete
  2. hehe.. samalah ye kes kita..
    tersalah print lalu ikat perut :)
    and nseb baik boleh pause kan lagu
    weyh.. ini kat makmal kuut.. hehe.

    ReplyDelete