Sunday, December 30, 2012

lets look beyond, people :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 


Its been awhile isn't it? Tu lah, dah namanya student, memang tak dapat nak dipisahkan dengan exams dan belajar. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan nanti lagi laah kan, kalau fikir balik, semua orang tahu life budak medik macam mana *tak boleh cakap banyak sangat sebab baru first year je punn =='* yup, dan day by day ia akan jadi lebih mencabar. Lagi-lagi bila dah masuk alam pekerjaan(tak semestinya untuk yang ambil medik je, tak kisah la selagi anda bergelar pelajar)  

Tapi, cuba tutup kejap mata kita, dan cuba lihat guna mata hati , 

pandang jauh lagi kehadapan. 
Bukan pasal kehidupan dunia je, tapi kehidupan di akhirat kelak. 
So kalau kita nak berkorban sedikit dekat dunia yang sementara untuk kesenangan akhirat yang abadi kelak, mesti tak rasa berat kan?


Sedangkan bila kita lepas ujian-ujian kecil dekat dunia ni macam PMR, SPM, Final exam etc pun kita dah lega, bayangkan bila kita dah lepas ujian Allah dekat dunia ni dan Alhamdulillah berjaya masuk syurga , SUBHANALLAH, bayangkanlah betapa tak tergambar hebatnya nikmat tu. Infinity, yang kekal abadi, nikmat yang tahap infinity punya, hebat. Siapa yang tak nak, kebahagiaan yang kekal selama-lamanya. 


INFINITY WEHH ! HEBATNYA, T.T


Penyayang kan Allah tu. Macam-macam nikmat yang DIA dah bagi dekat kita dekat dunia ni, and DIA nak tambah lagi. 

Tengok langit, jadi atap kita tapi takde tiang pun, tengok gunung besar-besar, siapa lagi yang berkuasa yang boleh buat gunung besar-besar sebesar gunung everest tu kalau bukan yang Maha Kuasa ? Tapi sekelip mata je boleh hancur semuanya, seperti yang terfakta di Kalamullah,  فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ 

Tapi kan, yang penting apa-apa pun kita tengah buat sekarang ni, pandang lah lebih jauh, bukan setakat 10 atau 20 tahun, sebab lepas kita meninggal kita akan masuk alam lain pulak, sedangkan dunia ini sangat sekejap so rugi lah kalau kita bersusah untuk dunia je. Takkan nak masuk dalam kalangan orang yang rugi, sedangkan kita tau je kan ? :)


By the way, dah nak masuk 2013 dah pun. Worry much about the past? takpe lah, jangan biarkan kisah silam hantui kita. Saya pun ada 'my own past' tapi saya tak rasa saya menyesal pun dengan pengalaman tu. It is the past who made who you are today. Its okay, Allah nak bagi pengajaran kat kita, ajar kita sesuatu. Takkan nak buat kesilapan yang sama walaupun kita tau benda tu salah kan? A wise man doesn't fall in the same hole twice, only fools do that. 


Tahun baru, tajdid niat balik;   

selalu ingat apa tujuan kita dihidupkan dekat dunia ni;

Khalifah Allah (2;30) ,  Hamba Allah (51;56)

Semoga ketika mata ini tertutup, dua tanggungjawab utama ni sudah pun kita laksanakan semampu yang boleh. InsyaAllah, Amiiin . 


Memanglah tak mudah nak masuk syurga, tapi tak mustahil kan? Lagipun syurga kan Allah buat khas untuk hambanya yang beriman dan bertaqwa. Siapa tak nak masuk syurga.

Syurga itu amat indah, namun Allah pagarkan dengan kepayahan dan 

syaitan berjanji untuk menyesatkan

Guys, syaitan kan berusaha bersungguh-sungguh nak sesatkan kita, why not kita pun usaha bersungguh-sungguh untuk fight dia, Biarlah kita buat betul-betul masa ujian dekat dunia ni, so that masa hari keluar result a.k.a hari Penghisaban kelak, dah tiada penyesalan. 

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, ye dak ?  


Yup, perjalanan ini masih jauh lagi, and I will try my best, so you guys should too :')


location; Dead sea.

scary kan kalau hati kita yang buta? Na'uzubillahi min zaliik, mintak dijauhkan.




may 2013 be much better than 2012
Amiin 






No comments:

Post a Comment