Thursday, March 14, 2013

Ibrah of the Day


  بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, selesai sudah dua exam. Tinggal Histology on 19 and Anatomy on 27. Just now, selesai menjawab Organic Chemistry, and Allah sempat uji kejap before masuk exam hall, and for that Alhamdulillah jugak.

Sepatutnya, exam start pukul 4.30 dekat bangunan baru sebelah library, tapi bergerak dari library lepas Asar (Asar pukul 4.10) lepas tu terus bergegas cari tempat exam tu. Okay, my bad sebab tak survey dulu tempat exam tuu T.T

And off we go and cari cari dan cari tempat exam tu. Dia ala-ala mini lecture hall, lepas tu sesat, tak jumpa. Masa tu dah pukul 4.25. Alhamdulillah juga terserempak dengan lagi sorang classmate. Siap tanya semua orang yang ada , siap ada sorang lelaki arab yang cuba nak tolong kitorang *too bad dia pun tak tahu jugak* and dalam kekabutan berlari anak tu sempat lagi terlanggar beg seorang rakan syabab melayu ni, hanya sempat cakap 'sorry' tanpa pandang muka pun *terasa rude di situ T.T* and lastly jumpa jugak, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, my heart races macam hape je. Masuk-masuk je hall tu, orang lain dah start jawab, tapi kitorang lewat dalam 3-5 minit je lah, 

Alhamdulillah lagi sekali, Doktor yang jaga hall tu bagi kitorang masuk, dan dengan efficient nya terus bagi paper Organic Chemistry yang sememangnya digeruni itu. Sebab, ada kes masa subject Physiology, kawan saya terlewat berapa minit je, Doktor tak bagi masuk and suruh dia buat make-up exam. Sangat menakutkan kan ? 

Masa mula-mula nak start jawab soalan tu ada lah macam gelabah sikit, asyik tengok jam, but few minutes lepas tu dah boleh jawab dengan relax. *serious rasa nak nangis je masa sesat tadi* but hey, did you forget what Allah promised us ? :)


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
So, verily, with every difficulty, there is relief
 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً
Verily, with every difficulty, there is relief
                                                                                                   (94; 5,6)

Tengok tu, siap buat penekanan lagi. Dalam surah Al-Insyirah, Allah tegaskan yang dalam setiap kesusahan PASTI ada kesenangan. Dan, janji Allah adalah pasti. pasti. :)

For Organic Chemistry, Alhamdulillah, I did try my best, tapi result wallaha'alam, semoga dapat result yang terbaik untuk saya jugak, insyaAllah . Tapi kan, sweet sangat kan Allah. DIA saja je nak bagi kita ujian sikit , lepas tu baru hadiahkan kita nikmat yang best best sangat. Baru la thrill kan ? Takkan nak happy all the time, entah-entah kalau kita asyik gembira je boleh sampai terlalai, bahaya pulak kan macam tu.

So, hari ni, pada detik ni, waktu sedang menaip bait-bait kata di blog ni baru terfikir satu pengajaran yang sangat penting yang Allah nak bagi pada waktu-waktu kriktikal macam tadi iaitu; 

Pergantungan kepada Allah


Yang paling best, tu lah dia. Pergantungan pada Allah, whatever happens, kita akan sentiasa ada tempat bergantung. Bukan kepada manusia, yang hanya hambaNYA, yang juga meminta. Bukan kepada benda yang tak hidup. Tapi pada Allah the Almighty. Allah yang Maha Hebat Maha Perkasa :)



Seronok kan bila kita ada tempat untuk bergantung  

No comments:

Post a Comment