بسم الله الرحمن الرحيم
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa "
"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, "
(Ali Imran; 133,134)
*****************************************************
Suatu pagi sebelum kelas bermula, tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku, pagi pagi pulak tu really ruin my mood. Terus gerak lecture hall laju-laju dan kebetulan duduk sebelah seorang sahabat. Masa tu hati rasa tak tenang sangat, terus tanya dia
"Hana, macam mana ni, faz rasa marah sangat ni, geramm. Apa nak buat ni ?"
balas Hana, "Faz rasa macam mana? Berbaloi ke Faz marah ? Dia ada kaitan dengan Islam ke atau apa ke ?"
"Tak, tapi, geram lah dia buat Faz macam tu"
sambil tersenyum manis Hana menjawab, "Bagi Hana lah, rasa macam buat apa kan kita marah untuk hal-hal biasa yang kita boleh setel sendiri ? Mungkin rasa tu sikit, tapi syaitan yang memarakkan lagi api kemarahan tu, and berbaloi ke rasa marah Faz ni ? "
Terdiam kejap. Berfikir. Ada betul jugak kata-kata Hana tu. Hurmm
"Faz tau tak dekat Al-Quran, Allah ada state satu ayat, tak silap Hana lah. Ciri-ciri orang yang bertakwa ialah, antaranya mereka yang dapat menahan kemarahannya. Surah Al-Imran tak silap nanti cuba check balik eh ? Ye lah bukan senang kan nak tahan rasa marah tu."
Angguk2. Betul jugak tu, dan doktor untuk lecture Anatomy pun melangkah masuk ke dalam lecture hall
***********************************************************
And then tadi ada lah satu benda yang buat kan saya rasa geram sangat, rasa cam nak eish, tak boleh cakap. But then teringat ayat ni. Sejuk la sikit hati.
Kadang-kadang bila orang sakitkan hati, act cool. Geram ? Ingat kata-kata Imam Shafi'e kat atas ni.
well easy said, tapi takpelah sama-sama kita try untuk kawal rasa amarah tu,
nak masuk syurga kan?
kenalah tepati dulu ciri-ciri penghuni dalamnya, insyaAllah :)
oh, and salam spring dari Jordan ! hehe :)
Dalam agama ada kejayaan. InsyaAllah.
ReplyDeleteinsyaAllah
Deletewaaaaaaaaaaaa spring kat sana,cantiknya faz hee
ReplyDeletekaaaann ? cantik sangat, bunga tumbuh merata-rata :DD
Delete