Tuesday, April 30, 2013

biggest pride ever ?

بسم الله الرحمن الرحيم

out of randomness.

Macam ni lah. Kita hidup dekat atas dunia ni, secara beramai-ramai. Dan kita akan jumpa macam2 orang. Do we expect to meet ppl whom from our own types ? yang perangai macam kita and faham semua tidak tanduk kita all the time? Mesti lah tak kan?

So, that's where the process of growing up takes place. Makin besar, makin banyak karenah orang kita jumpa, and kena la act sebagai orang yang matang and at least try to emphatize others.

Just because we are insensitive tak bermakna we can go on being like that most of the time, dengan tak sengaja tersakitkan hati orang ke etc, tapi kita tak sedar or tak berniat pun. Nak tak nak kena lah cuba untuk cakna. 

Well, me myself pun tengah trying to adapt. Life is a lesson itself, 

And, we are not always right all the time, learn to listen as well as when we advise people :)



--------------------------------------------------------------

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;
"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya. 

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.
"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;
"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.


--------------------------------------------------------------------------------------




Friday, April 26, 2013

lower your gaze, don't go astray

بسم الله الرحمن الرحيم

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".


 (An-Nur; 30-31)




yeah, and I'm trying too :)

strength




Pinned Image




i always thought i was strong

but i am wrong

the fact is, i am not strong enough

i need to be stronger and lot stronger

to survive . 





Sunday, April 14, 2013

get a grip !


بسم الله الرحمن الرحيم


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa "

"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, "

(Ali Imran; 133,134)


*****************************************************

Suatu pagi sebelum kelas bermula, tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku, pagi pagi pulak tu really ruin my mood. Terus gerak lecture hall laju-laju dan kebetulan duduk sebelah seorang sahabat. Masa tu hati rasa tak tenang sangat, terus tanya dia

"Hana, macam mana ni, faz rasa marah sangat ni, geramm. Apa nak buat ni ?"

balas Hana, "Faz rasa macam mana? Berbaloi ke Faz marah ? Dia ada kaitan dengan Islam ke atau apa ke ?"

"Tak, tapi, geram lah dia buat Faz macam tu"

sambil tersenyum manis Hana menjawab, "Bagi Hana lah, rasa macam buat apa kan kita marah untuk hal-hal biasa yang kita boleh setel sendiri ? Mungkin rasa tu sikit, tapi syaitan yang memarakkan lagi api kemarahan tu, and berbaloi ke rasa marah Faz ni ? "

Terdiam kejap. Berfikir. Ada betul jugak kata-kata Hana tu. Hurmm

"Faz tau tak dekat Al-Quran, Allah ada state satu ayat, tak silap Hana lah. Ciri-ciri orang yang bertakwa ialah, antaranya mereka yang dapat menahan kemarahannya. Surah Al-Imran tak silap nanti cuba check balik eh ? Ye lah bukan senang kan nak tahan rasa marah tu."

Angguk2. Betul jugak tu, dan doktor untuk lecture Anatomy pun melangkah masuk ke dalam lecture hall

***********************************************************




And then tadi ada lah satu benda yang buat kan saya rasa geram sangat, rasa cam nak eish, tak boleh cakap. But then teringat ayat ni. Sejuk la sikit hati. 


Kadang-kadang bila orang sakitkan hati, act cool. Geram ? Ingat kata-kata Imam Shafi'e kat atas ni. 


well easy said, tapi takpelah sama-sama kita try untuk kawal rasa amarah tu, 

nak masuk syurga kan?

kenalah tepati dulu ciri-ciri penghuni dalamnya, insyaAllah :)



oh, and salam spring dari Jordan ! hehe :)

Tuesday, April 02, 2013

Do we deserve it ?

بسم الله الرحمن الرحيم







Each day, they fight with their heart and soul. 
Living with a thought of
losing mom, dad, brothers and sisters, 
Many went to the battlefield and never come back,
Many died as mujahideen, as syahideen.



And You ?
Still dare to say; 
hey, I've been through such a hectic exams week, gim'me a break, 

Did they ever give a break and say;
That's it. I'm tired of losing the people I love. Just call it a quit. 



   Still dare to fetch some McD burger and grab a Starbucks latte and say;
Come on, I only pay few Dollars for these. Ain't going to effect anything.

Though you already know that these two company are the 'Friends of Israel'
who contribute so much money, for them to buy more bullets and grenades
and kill our brothers and sisters ?


Still dare to say out loud;
I have done my best. I deserved some appreciation.

When you know; there, somewhere in this world, 
there are people struggling each day of their lives  
just to survive in this cruel, heartless world, 
and protect the holiness of our Deen just to be free to say; 

اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

and yet, do they ask for our appreciation ?



What have you done to protect our Deen from defamation ?
What have you done to help our brothers and sisters?
How will you answer them if they ask for their rights in Mahsyar ?


Yet, they are wading such great trials and tribulation.


But, who are the real losers then? 
                            





Fitrah Imtihan tak habis-habis. Hampir melunturkan semangat. Mujur diberi peluang menyaksikan video ini. Membuka semula mata dan minda. Layak kah aku mendapat rehat? Sedangkan mereka di sana, berjuang tiada hentinya.

Ya, kita semua hebat , sebab apa ?

Kerana kita semua ialah Jundullah " جند الله"  iaitu TENTERA ALLAH ^^

Kerana kita fight bukan untuk dunia tetapi untuk akhirat.

Kerana hidup kita bukan untuk memuaskan hati manusia, tetapi untuk menuntut keredhaan Allah. 



" Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. "

-Al Hajj 22;78-