بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, selesai jua akhirnya final exam for Endocrine system (tak official lagi lah sebab tak dapat result lagi) . 6 systems down, another 3 systems to go. Dan hanya lagi dua semester sebelum menjengah ke alam klinikal. Time really does fly ! Sangat cepat.
Moga dipermudahkannya.
Konklusi dari semester satu tahun 3 perubatan ni ?
Satu semester yang sangat hectic. Program tak henti-henti (yes, I volunteered cause kind of liking it, hehe ). Drama main emosi naik turun tiap kali before final. GIS ada kisah dia, MSS pun ada. ES pun. Cuma, cant help but thinking yang Dia nak saya belajar sesuatu tapi susah sangat nak ajar saya ni ha tu yang banyak kali sikit main emosi. luls. KEBAL FAZ, KEBAL. GAGAH. KUAT. Haa semua lah hahahaa.
Cuma bab emosi ni susah sikit. Typical perempuan kan. Buat kerja ni, fikiran melayang ingat benda lain. Teringin je nak berfikiran cam kaum syabab yang ada boxes. Masuk mood belajar okay bukak kotak belajar. Masuk mood problem solving, okay bukak kotak tu pulak. While me? Serabut dan messed up nya lah kotak tu ha semua nak letak setempat. =.=
But at least I tried tau to classify things T.T dan masih belajar lagi. Its hard tapi boleh boleh, semua boleh! FUHHHH
now jom sambung kisah stranded saya :)
warning ; super panjang.
T-T / T.T / T_T = simbol orang menangis. Sebab ada orang pernah tanya so I just assumed that you guys don't know about it. Hehe.
*********************************************************************
Honestly, masa sedar the fact yang hilang passport tu dan tahu kena berpisah dengan Syu, I was like takpe lah ok je kut. Sebab dah tau nak buat steps apa lepas ni. (Go to embassy, issue emergency passport, etc)
Just the fact yang saya stay dekat rumah strangers overnight, alone. Dan malam tu kan Saturday night, so dia and kawan-kawan ada macam buat game kat luar *living room* and biasa lah, games & drinks (kut tak pasti. but usually at least beer)
*oh, fun facts !
Italian people biasanya akan makan pizza and minum beer sekali.
Dan the fact yang living room tu betul-betul depan bilik saya, and mesti lah boleh dengar diorang chattering, dan tak faham diorang cakap apa HAHAHAA (Italian language) hm memang berkurung je lah dalam bilik. Nak keluar pun tak sedap hati hahaha tak. Tak berani sebenarnya. Duduklah berdua dengan HoHo sambil makan my last bekalan tuna for dinner. Nasib baik sedap jugak :P
the one that I'm holding. Nasib ada awak tau HoHo. hehe
But please jangan salah anggap. Diorang baik je, siap offer nak belikan pizza lagi. But, I don't have that much confidence to mingle dah ratio tak cukup. 3 Guys, 1 Lady. So, I will just stay on the safe side ><
The next day, awal-awal lagi saya dah gerak. By pukul 7 pagi lagi. I just left some appreciation note to him (the house's owner) and left. Really appreciate his help though. Buat police report kat Carabineri tu. Tumpang rumah extra sehari. Dan banyak lagi.
So, the next mission; mencari di mana Embassy of Malaysia, Rome.
Sebelum bermula perjalanan, teringat pesan seorang sahabat. Dia share, macam mana dengan Istighfar banyak banyak kali, dapat memudahkan semua urusan dia. Apa yang dia nak, tiba-tiba dia dapat. Pendek kata hari tu lancar lah.
Dan, saya memang tak ada tempat lain untuk bergantung selain dia, and so I tried. Istighfar banyak-banyak agar Allah permudahkan segala urusan.
Dan cuba teka, memang Alhamdulillah sangat, semua lancar. Dari naik train, tukar train station ke station utama. Sampai-sampai cari bus yang heading to kawasan Embassy tu. Yang paling penting sekali, tanya. Tak pasti ke ragu-ragu sikit ke, terus tanya orang kat situ. Biar lah nampak kelakar sebab banyak tanya, dari sesat kan? And along the way I met ramai orang yang sangat helpful.
One of the funniest thing is, bila dah sampai ke tempat yang sepatutnya tu, saya turun, and tak nampak pun mana Embassy Malaysia nya hahahaa. Duk terpusing-pusing cari, dengan tarik hand luggage nya. Yang paling comel tak boleh lupa, ada tanya sorang pakcik ni, semangat dia nak reply dekat saya siap Google Translate. Sekali, the translated words ialah dia suruh saya tanya orang lain sebab dia pun tak tau ahhahaha PAKCIK WHY SO FUNNY XD
And, saya pergi dekat bangunan terdekat, tanya. Dan cuba teka kat mana? Just across the road -.- Boleh lah eh faziera lepas ni berkira-kira nak beli spectacle ke tak. =='
And that feelings bila tekan loceng, dengar suara pakcik Melayu jawab :')
And that feelings bila nampak bendera Malaysia berkibar dekat tiang bendera :')
in front of Embassy of Malaysia, Rome.
Melonjak lonjak hormone Oxytocin (encourage trust, eliminate fear) hahaa over
Tapi serious tak tipu. Rasa Alhamdulillah sangat. Rasa at least dah selamat. *terharu lagi dan lagi*
Masuk je dekat hall tu, ada a Chinese couple yang lost their passport jugak. Diorang terkejut tengok saya sorang je. Bila bagitahu umur 20 tahun pun lagi la terkejut. Hihihiihi.... And ada encik yang tolong sekali, bagi borang, terang semua. Fatherly gilaaa T-T Okay sebenarnya bukan encik la, tapi Dato'. Tapi friendly sangat. Sempoi sangat.
Then settle things, okay kena ambil gambar passport, merayau jap cari kedai gambar (10 Euro okay -..-) then sambung settle untuk issue semergency passport then tiba waktu lunch. Oh, uncle yang tolong banyak tadi, nama dia Dato' Dzulkifli. Sekali diorang ajak lunch sekali wahaha segannya tapi rezeki jangan ditolak :P Lunch sekali dengan En. Amir dan En. (tak ingat nama sorry ==') Kitorang makan dekat a quite nice fast food restaurant yang halal ayam/dagingnya (lamaaa tak makan 2 minggu k puasa daging sobs). Diorang cakap diorang selalu je makan situ. Sempoi je. Dan sedap! :) Ahahaha segan k makan depan 3 encik. Okay je la, sorang anggap macam ayah, lagi 2 orang status abang ==' But they were really friendly and helpful ! Lepas lunch, singgah minum kopi kejap. Italian style katanya ahahah luls
I just though that maybe diorang kesian kat saya. Ye lah, sorang-sorang perempuan kat kota Rome, pastu sesat hahaha. Anyway, its been a pleasure meeting everyone :)
Lepas lunch, emergency passsport dah siap, dan dah beli ticket to Amman then its time for me to bergerak to Roma Termini :3 (central bus/train station) dan ambil bus untuk head to Leonardo Da Vinci Aiport pulak.
And guess what, pertolongan dari Allah datang lagi
Keluar je dari Embassy nak naik bas ke Roma Termini, dan terserempak dengan sorang kakak cantik ni. Kak Nadia kut nama dia. ke lain? Tak ingat, serious T-T Saya tak perasan pun, she approached me first. Kitorang pun borak-borak. Lagi sorang terkejut bila cakap yang I was just 20. HEHEEE terlalu muda eh untuk stranded di negara asing? :P *anggguk. yep I realized that already*
Kak Nadia kahwin dengan orang Italian kut ! WHOAAAA
She helped me cari kat mana area bas yang heading ke Airport. Belanja ticket siap. Aish nak nangiss je lagi tau T__T Macam-macam pertolongan yang Allah bagi through orang lain. Sobs.
Yes, Dia uji saya. Tapi, Dia tak pernah tinggalkan saya seorang diri. I am never alone. Ever. Sebab Dia sentiasa ada di sisi saya :')
Dan akhirnya, alhamdulillah, seorang akhawat bernama Faziera Diana selamat tiba di Leonardo Da Vinci Airport dengan macam macam perasaan bercampur baur. Kat mana-mana pun ada je tarbiyah dari Allah tu. Cuma, awak nak buka ke tak hati awak untuk terima. Awak nak pandang dengan pandangan kosong sahaja atau dengan pandangan penuh hikmah. Tu semua, pilihan diri sendiri. Choose wisely.
Dengan penuh kesebalannya nak meninggalkan bumi Italy yang banyak juga mentarbiyah diri secara tak langsung ( sepanjang trip dekat Italy, dari Milan, Venice, Florence sampai lah Rome) then I made a facebook status. Serious, jarang sangat update facebook status. But I just felt that I need to tell everyone that I'm fine and will be home soon enough (home; Irbid, Jordan not Malaysia ye. sobs )
Not realizing ada lagi tarbiyah dari Dia yang menanti dekat Queen Alia International Airport *senyum sinis*
And so thats it for my last 2 days in Italy. Panjang tak? hihi. Biasalah, luahan dari hati ni memang macam ni :P
Masa dalam plane pulak duduk sebelah a Chinese family, asal dari Taiwan or China, tak sure. Borak-borak dengan diorang. Siap dapat free biskut lagi kihkih
And Alhamdulillah, sekitar 4-5 pagi macam tu, safely arrived dekat Amman. Tapi cuba teka saya keluar dari pejabat imigresen tu pukul berapa? Pukul 3 ke 4 petang jugak lah
*another drama ~~~~~~~~
Kena tahan sebab saya takde passport, takde visa jordan. Dan emergency passport pulak tak diiktiraf Jordan. hm. Okay.
Tapi, meskipun kena tahan lama, ada sorang pakcik pegawai kastam ni, Mr Faiz. Dia sangat baik. Sangat fatherly. Bagi saya duduk bilik dia (Ada dua bilik. Bilik lagi satu tu bau asap rokok =.=) , bagi food sikit bagi air T.T sobs
After all the chaos and so, embassy call itu ini ~ dan akhirnya by 3-4pm, dapatlah kebenaran untuk cop visa dan keluar. Akhirnya ...
Kebetulan masa beratur dekat kaunter nak cop Visa tu (untuk ambil cop visa), there's this one guy who've been stranded jugak few hours (tak selama saya) sebab dia pun takde visa. We had a small chat. Dia nampak cam student, rupa-rupanya bila berborak, tau tak.. He has his own oil company in Sudan, and have been to Malaysia sebab urusan kerja (ada link with PETRONAS). And I was like, whoa. Okay.
Then bila sampai kat kaunter, pegawai kat situ, ambil emergency passport saya and says, " Okay, 40 JOD please". AND I WAS STUNNED. weh kena bayar jugak ke ... I only have 5 Euros left in my wallet *sobs* Tetiba orang Sudan yang kebetulan kat sebelah tu offer nak bayarkan untuk saya. Lagi lah double triple stunnned. Tak tau nak buat apa. Nak terima serba salah, tak terima, memang takde duit. Pegawai kat situ menyampuk suruh terima je, orang nak belanja.
MALUUU TAUU T.T Dah lah tu dia cakap tak payah bayar balik pun. Cuma, pray for him that he'll enter jannah. Tak nak bagitahu nama pulak tu.
He just barely know me. I can be PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) or just anyone yang berbahaya. And he just helped me.. Mungkin bagi dia 40JOD tu apalah sangat, tapi bagi kita lagi-lagi bila kesempitan. Nilai dia sangat sangat tinggi.
40JOD = keluar dari QAIA = balik rumah after 12h mereput kat pejabat kastam = rest lepas travel dan tak makan nasi+meats 2w = everything that I really want at that time
Last last lepas cakap, macam mana nak doakan dia kalau tak tau nama hahaaa then dia bagi tahu jugak. If I'm not mistaken, his name is Mr Rani. So everyone, lets pray for him okay. Wasilah yang Allah bagi untuk bantu saya T-T Wherever He is, his kindness shall not be forgotten. So nanti, bila ada orang dalam kesusahan dan terdesak, jangan lupa bantu. Mungkin bagi kita sikit je tapi bagi dia, nilai sangat tinggi and akan dikenang sampai bila-bila.
*****************************************************
So, these are some lessons that I've learnt. Terasa nak share dengan semua :)
1. Pergantungan
"Atau apakah mereka mengambil penolong selain Allah. Katakanlah, "Apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatu apa pun dan tidak mengerti?".
Katakanlah, "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Az-Zumar, 39; 43,44)
Sebab kita selalu lupa. Lupa nak mohon pertolongan kepada yang punya segalanya. Bila dah keadaan mendesak tak tau apa nak buat baru kita kembali kepada fitrah; kembali kepada Dia. Itu memang fitrah manusia. Saya pun buat banyak kali :'(
Tapi, kenapa mohon pertolongan dari manusia yang sebenarnya tak punya apa pun. Harta, kebijaksanaan, pangkat, semua milikNya, semua Allah punya. Allah bagi pinjam je kut. Tu pun dah jet jet kita ni. Padahal come on, Allah kut. He makes the sky tertegak tanpa tiang. Malam, siang yang bertukar ganti, gunung ganang yang terpasak indah. After all, He is the Almighty ;)
Manusia, sebagai wasilah. Hakikatnya, semua pertolongan tu datangnya dari Allah jua
Siapa yang menggerakkan hati manusia? Allah jua.
Bergantunglah kepada yang punya segalanya. Pasti, tak akan hampa.
2. Reach out. Try. Explore. Learn
Hakikatnya, manusia memang begitu. Selagi keadaan tak mendesak, selagi tu dia tak buat sehabis baik. Tak semua lah. Sebahagian sahaja. Including me.
Bila keadaan dah jadi macam ni, kena campak sorang-sorang, baru belajar betapa pentingnya communication skills. Reach out dengan orang lain, bukan hanya duduk bawah tempurung sorang-sorang mengurung diri. The more you reach out, the more you learn, and the more they (orang yang awak jumpa) learn. And its fun :)
Tapi yang penting, to always keep on being positive despite of what happened before.
And always, ASK. Ask for help, ask for direction. Do not assume.
Okay lastly, sekian je dua points tu. Masa tengah down tahap super down (sebab stranded kat pejabat imigresen QAIA for almost 12 h) , saya jumpa ayat ni ;
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi?
Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) ? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat"
(An Naml 27; 62)
Masa selak-selak AlQuran, nak cari kekuatan, bila stumbled upon this verse, terus nak nangis rasa. Memang dah nangis pun k, hahaha ok.
Perasaan mental breakdown dia, bila dah travel for two weeks (travel vs vacation lain taau) Rasa macam nak cepat sampai rumah, nak rest betul-betul atas katil semua and these things happened. Memang mental breakdown tahap tak tau la nak describe camne. Lepas tu bila dah ada sinar harapan nak balik Irbid, sampai kat QAIA stranded lagi sebab masalah visa. yup visa hilang sekali dengan passport dan diorang tak recognized that emergency passport. I need to contact embassy dan kawan-kawan kat irbid minta tolong macam-macam.
Sepanjang dua hari tu, rasa macam sangat sangat banyak menyusahkan orang lain je T.T
Dan bila jejak Amman, I wanna go back to Irbid. Kena tahan lagi. Berapa banyak gelen air mata kalau takung pun tak tahu lah, untuk kumpulkan kekuatan tu.
But anyway, this verse T.T lagi lah rasa sangat terharu masa tu
Dia nak perkenankan doa kut. Awak doa je. Awak dalam kesulitan, yes, Dia tahu tu. Dapat tak rasa dia, betapa sayangnya Allah kat kita sebenarnya T_T Kita ? Waktu susah je ingat Dia. Waktu senang? Waktu lapang? AAAAA (tuju dekat diri sendiri . sobs ) Tapi, Allah tak pernah sekali pun, tinggalkan kita. Bila nak jadi hamba yang bersyukur ni Faz ? T-T
Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu, atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
(AliImran, 3; 29)
Okay.
Ayat nak pujuk lagi.
T.T *nangis for real*
Have faith in Him okay. Manusia merancang dengan cita, Allah merancang dengan cinta :)
Moga perkongsian ni bermanfaat.