Assalamualaikum wbt
alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)
Dia yang takkan pernah jauh daripada hambaNya, Dia yang sentiasa mendengar isi hati dan permintaan hambaNya, beruntungnya kita kan? Sentiasa ada Dia yang menjadi tempat sandaran kita
Siapa Dia yang saya maksudkan? Mestilah Allah subhanahuwata'ala, the only Rabb
Okay dan alhamdulillah jugak, baru je lepas oral examination tadi for surgery rotation. Semalam, mini osce. Alhamdulillah jugak lagi sekali sebab Allah permudahkan segala urusan untuk menghadapi exams ni.
Entah, walaupun hanya exams, tapi I learnt a lot dalam dua hari tu.
Why? Because I made a lot of silly mistakes for my miniosce test (slide gambar, jawab soalan based on slide) . Sendiri tak sangka, macam tu sekali banyaknya budak ni cuai. Geram sebab bukan tak tahu jawapan dia apa tapi cuai sendiri. Tapi it's okay, He's teaching me a very valuable lesson. Moga disemat sampai bila-bila.
To be a safe doctor.
Biar silap sekarang, jangan silap nanti.
Okay bakal doktor sekalian ? :)
And for oral examination pulak, alhamdulillah dapat Dr yang sangat-sangat baik, sangat mesra and alhamdulillah lagi sebab tak blank. Soalan simple. Dr said well done and I went out from dr's office happily :) Yang kelakarnya masa baca nama Dr kat pintu, serious ingat tu Dr vascular disease. Kemain try recall everything about vascular, and bila masuk dalam pun Dr tanya pasal intermittent claudication hihi, sekali rupanya, tu Dr Thoracic Surgery ! hahaaa and I just found out about that few hours after. Tapi alhamdulillah, Allah helped me. I couldn't imagine myself freaking out kalau tahu dari awal tu Dr Thoracic...
So nak kata, biasanya kan pelangi tu muncul selepas hujan. So, sentiasalah yakin dengan kasih sayang Allah tu. Not just in exams, tapi dalam everyday life kita pun. Semua yang berlaku, yakinlah, semuanya dengan izin Dia juga. Sebab tu kita kena sentiasa buat yang terbaik dalam setiap apa perkara yang kita buat.
Semalam, masa tengah down (sebab miniosce tu), I stumbled upon this verse;
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.
AliImran ( 3;160)
Tawakkal.
Satu kalimah yang ringkas tapi maknanya besar.
Selamatlah belajar erti tawakkal dan cuba untuk bertawakkal dalam setiap apa yang kita lakukan in our everyday life.
Terima kasih sudi membaca orang membebel post-exam ni hahaa okay bai
oh, and just another message for you people ;
^^
No comments:
Post a Comment