Tuesday, January 27, 2015

Aku yang Terkandas II


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, selesai jua akhirnya final exam for Endocrine system  (tak official lagi lah sebab tak dapat result lagi) . 6 systems down, another 3 systems to go. Dan hanya lagi dua semester sebelum menjengah ke alam klinikal. Time really does fly ! Sangat cepat.

Moga dipermudahkannya.

Konklusi dari semester satu tahun 3 perubatan ni ?

Satu semester yang sangat hectic. Program tak henti-henti (yes, I volunteered cause kind of liking it, hehe ). Drama main emosi naik turun tiap kali before final. GIS ada kisah dia, MSS pun ada. ES pun. Cuma, cant help but thinking yang Dia nak saya belajar sesuatu tapi susah sangat nak ajar saya ni ha tu yang banyak kali sikit main emosi. luls. KEBAL FAZ, KEBAL. GAGAH. KUAT. Haa semua lah hahahaa.


Cuma bab emosi ni susah sikit. Typical perempuan kan. Buat kerja ni, fikiran melayang ingat benda lain. Teringin je nak berfikiran cam kaum syabab yang ada boxes. Masuk mood belajar okay bukak kotak belajar. Masuk mood problem solving, okay bukak kotak tu pulak. While me? Serabut dan messed up nya lah kotak tu ha semua nak letak setempat. =.= 

But at least I tried tau to classify things T.T dan masih belajar lagi. Its hard tapi boleh boleh, semua boleh! FUHHHH 

now jom sambung kisah stranded saya :)

warning ; super panjang. 
T-T / T.T / T_T = simbol orang menangis. Sebab ada orang pernah tanya so I just assumed that you guys don't know about it. Hehe.


*********************************************************************

Honestly, masa sedar the fact yang hilang passport tu dan tahu kena berpisah dengan Syu, I was like takpe lah ok je kut. Sebab dah tau nak buat steps apa lepas ni. (Go to embassy, issue emergency passport, etc) 

Just the fact yang saya stay dekat rumah strangers overnight, alone. Dan malam tu kan Saturday night, so dia and kawan-kawan ada macam buat game kat luar *living room* and biasa lah, games & drinks (kut tak pasti. but usually at least beer)

*oh, fun facts !
Italian people biasanya akan makan pizza and minum beer sekali.

Dan the fact yang living room tu betul-betul depan bilik saya, and mesti lah boleh dengar diorang chattering, dan tak faham diorang cakap apa HAHAHAA (Italian language) hm memang berkurung je lah dalam bilik. Nak keluar pun tak sedap hati hahaha tak. Tak berani sebenarnya. Duduklah berdua dengan HoHo sambil makan my last bekalan tuna for dinner. Nasib baik sedap jugak :P


the one that I'm holding. Nasib ada awak tau HoHo. hehe




But please jangan salah anggap. Diorang baik je, siap offer nak belikan pizza lagi. But, I don't have that much confidence to mingle dah ratio tak cukup. 3 Guys, 1 Lady. So, I will just stay on the safe side ><

The next day, awal-awal lagi saya dah gerak. By pukul 7 pagi lagi. I just left some appreciation note to him (the house's owner) and left. Really appreciate his help though. Buat police report kat Carabineri tu. Tumpang rumah extra sehari. Dan banyak lagi.



So, the next mission; mencari di mana Embassy of Malaysia, Rome.

Sebelum bermula perjalanan, teringat pesan seorang sahabat. Dia share, macam mana dengan Istighfar banyak banyak kali, dapat memudahkan semua urusan dia. Apa yang dia nak, tiba-tiba dia dapat. Pendek kata hari tu lancar lah.

Dan, saya memang tak ada tempat lain untuk bergantung selain dia, and so I tried. Istighfar banyak-banyak agar Allah permudahkan segala urusan.

Dan cuba teka, memang Alhamdulillah sangat, semua lancar. Dari naik train, tukar train station ke station utama. Sampai-sampai cari bus yang heading to kawasan Embassy tu. Yang paling penting sekali, tanya. Tak pasti ke ragu-ragu sikit ke, terus tanya orang kat situ. Biar lah nampak kelakar sebab banyak tanya, dari sesat kan? And along the way I met ramai orang yang sangat helpful. 

One of the funniest thing is, bila dah sampai ke tempat yang sepatutnya tu, saya turun, and tak nampak pun mana Embassy Malaysia nya hahahaa. Duk terpusing-pusing cari, dengan tarik hand luggage nya. Yang paling comel tak boleh lupa, ada tanya sorang pakcik ni, semangat dia nak reply dekat saya siap Google Translate. Sekali, the translated words ialah dia suruh saya tanya orang lain sebab dia pun tak tau ahhahaha PAKCIK WHY SO FUNNY XD 

And, saya pergi dekat bangunan terdekat, tanya. Dan cuba teka kat mana? Just across the road -.- Boleh lah eh faziera lepas ni berkira-kira nak beli spectacle ke tak. ==' 


And that feelings bila tekan loceng, dengar suara pakcik Melayu jawab :')


And that feelings bila nampak bendera Malaysia berkibar dekat tiang bendera :')

in front of Embassy of Malaysia, Rome.


Melonjak lonjak hormone Oxytocin (encourage trust, eliminate fear) hahaa over
Tapi serious tak tipu. Rasa Alhamdulillah sangat. Rasa at least dah selamat. *terharu lagi dan lagi*


Masuk je dekat hall tu, ada a Chinese couple yang lost their passport jugak. Diorang terkejut tengok saya sorang je. Bila bagitahu umur 20 tahun pun lagi la terkejut. Hihihiihi.... And ada encik yang tolong sekali, bagi borang, terang semua. Fatherly gilaaa T-T Okay sebenarnya bukan encik la, tapi Dato'. Tapi friendly sangat. Sempoi sangat.


Then settle things, okay kena ambil gambar passport, merayau jap cari kedai gambar (10 Euro okay -..-) then sambung settle untuk issue semergency passport then tiba waktu lunch. Oh, uncle yang tolong banyak tadi, nama dia Dato' Dzulkifli. Sekali diorang ajak lunch sekali wahaha segannya tapi rezeki jangan ditolak :P Lunch sekali dengan En. Amir dan En. (tak ingat nama sorry ==') Kitorang makan dekat a quite nice fast food restaurant yang halal ayam/dagingnya (lamaaa tak makan 2 minggu k puasa daging sobs). Diorang cakap diorang selalu je makan situ. Sempoi je. Dan sedap!  :) Ahahaha segan k makan depan 3 encik. Okay je la, sorang anggap macam ayah, lagi 2 orang status abang ==' But they were really friendly and helpful ! Lepas lunch, singgah minum kopi kejap. Italian style katanya ahahah luls

I just though that maybe diorang kesian kat saya. Ye lah, sorang-sorang perempuan kat kota Rome, pastu sesat hahaha. Anyway, its been a pleasure meeting everyone :)

Lepas lunch, emergency passsport dah siap, dan dah beli ticket to Amman then its time for me to bergerak to Roma Termini :3 (central bus/train station) dan ambil bus untuk head to Leonardo Da Vinci Aiport pulak.


And guess what, pertolongan dari Allah datang lagi 

Keluar je dari Embassy nak naik bas ke Roma Termini, dan terserempak dengan sorang kakak cantik ni. Kak Nadia kut nama dia. ke lain? Tak ingat, serious T-T Saya tak perasan pun, she approached me first. Kitorang pun borak-borak. Lagi sorang terkejut bila cakap yang I was just 20. HEHEEE terlalu muda eh untuk stranded di negara asing? :P *anggguk. yep I realized that already*  

Kak Nadia kahwin dengan orang Italian kut ! WHOAAAA 

She helped me cari kat mana area bas yang heading ke Airport. Belanja ticket siap. Aish nak nangiss je lagi tau T__T Macam-macam pertolongan yang Allah bagi through orang lain. Sobs.


Yes, Dia uji saya. Tapi, Dia tak pernah tinggalkan saya seorang diri. I am never alone. Ever. Sebab Dia sentiasa ada di sisi saya :')




Dan akhirnya, alhamdulillah, seorang akhawat bernama Faziera Diana selamat tiba di Leonardo Da Vinci Airport dengan macam macam perasaan bercampur baur. Kat mana-mana pun ada je tarbiyah dari Allah tu. Cuma, awak nak buka ke tak hati awak untuk terima. Awak nak pandang dengan pandangan kosong sahaja atau dengan pandangan penuh hikmah. Tu semua, pilihan diri sendiri. Choose wisely. 


Dengan penuh kesebalannya nak meninggalkan bumi Italy yang banyak juga mentarbiyah diri secara tak langsung ( sepanjang trip dekat Italy, dari Milan, Venice, Florence sampai lah Rome) then I made a facebook status. Serious, jarang sangat update facebook status. But I just felt that I need to tell everyone that I'm fine and will be home soon enough (home; Irbid, Jordan not Malaysia ye. sobs )

Not realizing ada lagi tarbiyah dari Dia yang menanti dekat Queen Alia International Airport *senyum sinis*  


And so thats it for my last 2 days in Italy. Panjang tak? hihi. Biasalah, luahan dari hati ni memang macam ni :P

Masa dalam plane pulak duduk sebelah a Chinese family, asal dari Taiwan or China, tak sure. Borak-borak dengan diorang. Siap dapat free biskut lagi kihkih 

And Alhamdulillah, sekitar 4-5 pagi macam tu, safely arrived dekat Amman. Tapi cuba teka saya keluar dari pejabat imigresen tu pukul berapa? Pukul 3 ke 4 petang jugak lah 

*another drama ~~~~~~~~

Kena tahan sebab saya takde passport, takde visa jordan. Dan emergency passport pulak tak diiktiraf Jordan. hm. Okay. 

Tapi, meskipun kena tahan lama, ada sorang pakcik pegawai kastam ni, Mr Faiz. Dia sangat baik. Sangat fatherly. Bagi saya duduk bilik dia (Ada dua bilik. Bilik lagi satu tu bau asap rokok =.=) , bagi food sikit bagi air T.T sobs 


After all the chaos and so, embassy call itu ini ~ dan akhirnya by 3-4pm, dapatlah kebenaran untuk cop visa dan keluar. Akhirnya ...


Kebetulan masa beratur dekat kaunter nak cop Visa tu (untuk ambil cop visa), there's this one guy who've been stranded jugak few hours (tak selama saya) sebab dia pun takde visa. We had a small chat. Dia nampak cam student, rupa-rupanya bila berborak, tau tak.. He has his own oil company in Sudan, and have been to Malaysia sebab urusan kerja (ada link with PETRONAS). And I was like, whoa. Okay. 

Then bila sampai kat kaunter, pegawai kat situ, ambil emergency passport saya and says, " Okay, 40 JOD please". AND I WAS STUNNED. weh kena bayar jugak ke ... I only have 5 Euros left in my wallet *sobs* Tetiba orang Sudan yang kebetulan kat sebelah tu offer nak bayarkan untuk saya. Lagi lah double triple stunnned. Tak tau nak buat apa. Nak terima serba salah, tak terima, memang takde duit. Pegawai kat situ menyampuk suruh terima je, orang nak belanja. 

MALUUU TAUU T.T Dah lah tu dia cakap tak payah bayar balik pun. Cuma, pray for him that he'll enter jannah. Tak nak bagitahu nama pulak tu. 

He just barely know me. I can be PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) or just anyone yang berbahaya. And he just helped me.. Mungkin bagi dia 40JOD tu apalah sangat, tapi bagi kita lagi-lagi bila kesempitan. Nilai dia sangat sangat tinggi. 

40JOD = keluar dari QAIA = balik rumah after 12h mereput kat pejabat kastam = rest lepas travel dan tak makan nasi+meats 2w = everything that I really want at that time


Last last lepas cakap, macam mana nak doakan dia kalau tak tau nama hahaaa then dia bagi tahu jugak. If I'm not mistaken, his name is Mr Rani. So everyone, lets pray for him okay. Wasilah yang Allah bagi untuk bantu saya T-T Wherever He is, his kindness shall not be forgotten. So nanti, bila ada orang dalam kesusahan dan terdesak, jangan lupa bantu. Mungkin bagi kita sikit je tapi bagi dia, nilai sangat tinggi and akan dikenang sampai bila-bila.

*****************************************************


So, these are some lessons that I've learnt. Terasa nak share dengan semua :)


1. Pergantungan 


"Atau apakah mereka mengambil penolong selain Allah. Katakanlah, "Apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatu apa pun dan tidak mengerti?".
Katakanlah, "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Az-Zumar, 39; 43,44)


Sebab kita selalu lupa. Lupa nak mohon pertolongan kepada yang punya segalanya. Bila dah keadaan mendesak tak tau apa nak buat baru kita kembali kepada fitrah; kembali kepada Dia. Itu memang fitrah manusia. Saya pun buat banyak kali :'( 

Tapi, kenapa mohon pertolongan dari manusia yang sebenarnya tak punya apa pun. Harta, kebijaksanaan, pangkat, semua milikNya, semua Allah punya. Allah bagi pinjam je kut. Tu pun dah jet jet kita ni. Padahal come on, Allah kut. He makes the sky tertegak tanpa tiang. Malam, siang yang bertukar ganti, gunung ganang yang terpasak indah. After all, He is the Almighty ;)


Manusia, sebagai wasilah. Hakikatnya, semua pertolongan tu datangnya dari Allah jua 

Siapa yang menggerakkan hati manusia? Allah jua. 

Bergantunglah kepada yang punya segalanya. Pasti, tak akan hampa. 



2. Reach out. Try. Explore. Learn

Hakikatnya, manusia memang begitu. Selagi keadaan tak mendesak, selagi tu dia tak buat sehabis baik. Tak semua lah. Sebahagian sahaja. Including me. 

Bila keadaan dah jadi macam ni, kena campak sorang-sorang, baru belajar betapa pentingnya communication skills. Reach out dengan orang lain, bukan hanya duduk bawah tempurung sorang-sorang mengurung diri. The more you reach out, the more you learn, and the more they (orang yang awak jumpa) learn. And its fun :)

Tapi yang penting, to always keep on being positive despite of what happened before. 

And always, ASK. Ask for help, ask for direction. Do not assume. 





Okay lastly, sekian je dua points tu. Masa tengah down tahap super down (sebab stranded kat pejabat imigresen QAIA for almost 12 h) , saya jumpa ayat ni ;


"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi?
Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) ? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat"
(An Naml 27; 62)


Masa selak-selak AlQuran, nak cari kekuatan, bila stumbled upon this verse, terus nak nangis rasa. Memang dah nangis pun k, hahaha ok. 

Perasaan mental breakdown dia, bila dah travel for two weeks (travel vs vacation lain taau) Rasa macam nak cepat sampai rumah, nak rest betul-betul atas katil semua and these things happened. Memang mental breakdown tahap tak tau la nak describe camne. Lepas tu bila dah ada sinar harapan nak balik Irbid, sampai kat QAIA stranded lagi sebab masalah visa. yup visa hilang sekali dengan passport dan diorang tak recognized that emergency passport. I need to contact embassy dan kawan-kawan kat irbid minta tolong macam-macam. 

Sepanjang dua hari tu, rasa macam sangat sangat banyak menyusahkan orang lain je T.T

Dan bila jejak Amman, I wanna go back to Irbid. Kena tahan lagi. Berapa banyak gelen air mata kalau takung pun tak tahu lah, untuk kumpulkan kekuatan tu.

But anyway, this verse T.T lagi lah rasa sangat terharu masa tu

Dia nak perkenankan doa kut. Awak doa je. Awak dalam kesulitan, yes, Dia tahu tu. Dapat tak rasa dia, betapa sayangnya Allah kat kita sebenarnya T_T Kita ? Waktu susah je ingat Dia. Waktu senang? Waktu lapang? AAAAA (tuju dekat diri sendiri . sobs ) Tapi, Allah tak pernah sekali pun, tinggalkan kita. Bila nak jadi hamba yang bersyukur ni Faz ? T-T


Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu, atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
(AliImran, 3; 29)


Okay.

Ayat  nak pujuk lagi. 

T.T *nangis for real*





Allah never leaves the believer


Have faith in Him okay. Manusia merancang dengan cita, Allah merancang dengan cinta :)


Moga perkongsian ni bermanfaat.




Wednesday, January 21, 2015

Aku yang Terkandas .


بسم الله الرحمن الرحيم



Berkata Abu Umamah ra, bahwasanya Nabi saw bersabda: ”Allah telah berfirman:

Wahai Malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala”

Maka para Malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para Malaikat lalu kembali mengatakan, ”Wahai Tuhan kami! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan.
Berfirman Tuhan: ”Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya”.
( Hadith Qudsi, Riwayat Thabrani )


Awak, 
pernah dengar kata orang? 

Bila Allah kirim ujian untuk kita, maknanya Dia rindu untuk mendengar rintihan kita. 


Lumrahnya, manusia memang begitu. Memang kita tak punya apa pun tanpa Allah. Serious tak tipu T_T Hm. Tapi, lumrah juga manusia (baca; kita) memang selalu sangat tertipu lagi dan lagi dengan permainan rancak dunia. Sampai terlupa yang keindahan dunia yang Dia bagi kita rasa sekejap ni sebenarnya untuk apa? 


Lumrah, bila kita kesempitan, di saat tu baru nak meminta pertolongan.  





Masa lapang pun satu ujian yang sangat besar. Contoh macam saya, exam ditangguh 2 minggu sebab ada snow storm. Lepas tu masa lapang, buat apa? Pergi duduk berteleku depan heater. Sambil? Sambil gosok-gosok tangan, scroll2 phone. Buang masa level 999 lah senang kata. Sedar tak sedar dah almost satu jam. 


*sigh*



Diberi nikmat masa lapang, kau persiakan
Diberi ujian masa sempit, kau mengeluh

Apa yang kau nak sebenarnya ?

*monolog* 
T.T


Tapi sekarang tak buat dah (ye ke.... ==' ) Sebab lagi less than a week, akan ada final exam for Endocrine System *doakan please* 


Tapi, terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya terkandas dekat negara asing masa fall trip yang lepas :) Apa guna Allah titipkan ujian, bagi saya pengajaran sebesar gunung kalau saya tak berkongsi kan ? 


(yes. Memang masa free last week tak teringat untuk share, masa sempit2 gini lah yg nak share :) )


Maka, bismillah. 


Sebenarnya, travel for two is fun ! Less kepala, less orang yg kita kena deal. Nak shopping untuk souvenir pun cepat je settle. Hahaaa cuma less meriah lah kut. Tapi mudah lah urusan tu Alhamdulillah.

Dan, yang menariknya masa travel tu, ialah macam dalam tempoh yang sangat pendek, tapi macam-macam pengajaran yang kita boleh dapat, pengalaman yang sangat mengajar, dapat kenal orang yang kita travel bersama tu dengan mendalam dan jugak dapat find our real self jugak

* and, I just realized that I can read maps (train maps included) ! WEEHOO BAGI HADIAH SIKIT ! hehee. I also have a little bit of sense of direction. Just a bit lah. Luls. Sesat tu memang tak payah kiralah berapa banyak kali, lagi2 masa kat Venice. HA HA HA 


can you see how small the passages are? 
And, the passages look identical (laluan dalam gambar ni is basically the routes that you have to go through. Yes, to anywhere )

Oh we didn't take the water taxi sebab costly sangat. Baik save duit tu beli pizza ke :P

Gondola?
80 Euro per ride per gondola (1 hour and half kut) 
boleh je kalau nak kongsi 6 orang (max capacity) tapi kitorang 2 orang je kut. So,
HA HA NO THANKS. 



So, lets start ~ 

-SABTU

Its all started when I realized that I dont have my passport in my bag. Okay cuak sikit. But I thought that I may have left it dekat Florence (previous visit) tapi lepas contact orang sana pun memang takde. Maka, jeng jeng jeng.

And so. Hm.

I think it was lost masa nak naik train dari Pisa ke Rome. Masa tu orang berpusu-pusu sangat. Sesak. 

Maka, saya belanja lah gambar the leaning tower of Pisa satu, dan a cathedral (church) sebelah dia. Pujuk hati sikit :)


tak la condong mana. Acah acah je. Lol :P *jk



Bila perasan hilang tu, (dah confirmkan dengan host dari Florence memang takde kat dia) kitorang pun cari cara to contact Malaysian's Embassy in Italy. And alhamdulillah memang ada Malaysian's Embassy dekat Rome. Cumanya, too bad masa saya contact tu hari Sabtu. Hari Ahad public holiday pulak -..- so kalau nak issue emergency passport, kena tunggu hari Isnin. Eh, tapi flight balik Jordan hari Ahad ! HAHAHA Maka bermulalah kisah stranded daku. Sobs. Sediakan tissue untuk lebih effect lebih dramatic. HAHAHA no tipu je. Acah-acah je. Tak dramatic pun




*jap, sebelum tu nak minta maaf awal-awal, entry kali ni macam terlebih gula dalam darah sikit (too much exaggerating emotions) sebab tadi makan brownies banyak sangat ! KEHKEH eh seronok la pulak kan caps lock hahaaa kbai kbai.

sorry . bear with my hm bipolarness? k merepek. ok kita sambung.




"Kenapa stay sorang je? Bukan ke travel partner awak ada? Cant you just ask her to stay?"

Haaa saya tau soalan korang , hehee



Did I mentioned that my travel partner, Syu, lost her wallet on our first day of the trip? Yep, indeed she had. Masa dekat Prague. Memang tak perasan langsung, sedar-sedar dah lesap :\ Really you gotta be careful with these bunch of people yang we call as professional pickpocketers. 

Kitorang pun dah nak end our trip, maka confirmlah duit pun makin takde Y-Y . Flight pulak tambang murah. Nak cancel, tak dapat ganti rugi, nak tangguh flight, paling dekat pun hari Rabu ke Khamis. Dah nak tidur mana pulak for the next few days tu. HAHAAA *ketawa sambil menangis*  Nak beli ticket flight baru pun terpaksa mintak ehsan kakak, apatah lagi nak belanja travel mate lagi satu ticket. HAHAAA 


Long story short, I have to say goodbye to Syuhaida sambil meminta dia doakan saya supaya dipermudahkan segala urusan. 




-AHAD

Maka keesokan harinya (Ahad), seorang Faziera pun mengucapkan farewell kepada travelmate nya Syuhaida Kamal. Dan menghabiskan sisa-sisa hari Ahad seorang diri dengan berkurung dalam bilik tempatnya bermalam itu. Dan actually, the extended night tu, tak bayar pun dekat host. Alhamdulillah host baik je T.T 

Did I mentioned yang kitorang duduk dekat rumah orang Italy jugak? Yep, kitorang cari rumah guna apps airBnB. Try la. Menarik jugak sebenarnya duduk dengan local ni. Cause you know, local knows best ;)

Dan masa hari Ahad tu jugak, host saya temankan buat laporan polis. Its a great thing yang host tu Italian. Permudahkan urusan semuanya. Tapi kesian jugak lah, sebab tak pasal2 dapat visitors yang buat masalah gini. Dia kata ni first time dia tolong orang hilang passport. Sobs. Hahahaha. ok. 

Then, I just spent the rest of the day finding strength for the adventure that I'll go through tomorrow. Receiving lectures from families, and soothing words from others. You wanna know a tip? When you see people in troubles, just do not blame them. Do not give advises just yet. They just need your soothing words to calm them down. Cause things that happened cant be undone just by listening to your advises.  

Tak, jangan salah faham. Boleh je bagi nasihat. Tapi nasihat macam,"Lain kali hati-hati" "Lain kali jangan careless sangat" 

Tak membantu pun orang yang sedang diuji tu. Its not like they wanted it to happen. It just did. Cukuplah bagi soothing words, calm them down and give reassurance yang everything is going to be okay. Allah's plan is always the best, right ? :D

Nanti bila dah reda sikit, dah selesai dari calamity yang melanda, then bagi lah nasihat yang sewajarnya. 

Kesimpulan? Hari penuh air mata. Lol hahhahaha seronok jugak. Lama tak menangis macam tu. Sedih sikit, menangis. Terharu sikit, menangis. Fragile dia, memang tak tahu lah nak cakap macam mana.

Orang fragile kan? Allah bagi ujian nak buat saya jadi tough sikit macam Mr muscle tu ha :)



-ISNIN

*tarik nafas panjang2, dan bermulalah kembara kita ;)*

Serious. the day yang I cant forget. 

The day yang penuh ibrah. 

Till then guys. I have to go know unfortunately. Nanti saya sambung okay, dengan izinNya :)













Monday, January 12, 2015

the 'typical Malaysian'



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Bukan, langsung tiada niat nak ulas apa-apa mengenai isu semasa yang semua orang dok post dan share dekat muka buku masing2. Cuma rasa nak berkongsi perasaan je. Tak sudi baca tak apa. Tak paksa. Boleh pelan pelan tekan red box with [X] tu. 

I've warned ya. So if you wanna keep reading, please go on :)





But seriously Malaysian.

It is already 2015.

What is it with the same bashing attitude?

Seriously, I cant even scroll my twitter's timeline as it gets more annoying these days.




"ANDAI KAU JUMPAI WANITA YANG TIDAK MEMINATI KPOP, MAKA KAHWINI LAH DIA"

RT - 2.5 k
Fav - 1.0 k





wait, what?

seriously, one of the densest (sorry i have to say this) quote I have ever heard. 

#faithinhumanityjatuhberkecai *bunyi pinggan kaca jatuh*







Guys please. I really cant accept those people yang keep bashing those poor girls. Yup, what they did is wrong. But is it fair enough to judge them to the max for that one mistake? Making you feel right enough to viralize their videos and pictures? 

Cakap pasal budaya bashing oleh typical Malaysian ni, memang tak berkesudahan. Entah. Lebih sikit sensitif dia sebab dulu ayah saya sendiri pernah menjadi mangsa sikap melulu 'typical Malaysian' yang rancak berkongsi keaiban orang dan share sesuka hati tanpa selidik. Sudahnya, kisah fitnah semata. Lagi worst? Orang siap korek wall Abah, up kan post post lama. Serang dari segenap sudut. Orang lain pulak tak menang tangan nak mengulas pendapat masing-masing. Persoalannya, layakkah awak memberi pendapat dan ulasan? Dah lah diri sendiri tiada di tempat kejadian, tak tahu pun details sebenar apa yang berlaku. Terus menganalisa dengan 'assumption'. Lagi-lagi bila tengok kawan sendiri pun nak ulas isu tu jugak, I really cant bear it. But Alhamdulillah, Dia tolong dan kebenaran pun muncul jua akhirnya. 

Tapi macam biasa, mentaliti masyarakat Malaysian masih sama. Dari 2013 hingga 2015. 



Maaf sebab saya tak berapa pandai menyusun kata. Tapi, entry di blog ni [Budak tomato ] saya rasa cukup untuk meluahkan apa yang saya rasa. Jemput baca dan fikir-fikirkan isinya. 







Dear my beloved Malaysians,

Nilailah seadilnya. Tapi mungkin cukup untuk berkata pada diri sendiri. Tak pun andai nak berkongsi pengajaran dari apa yang berlaku. Sangat tak salah dan amat digalakkan untuk berkongsi sesuatu yang baik. Cumanya, tak perlulah menghukum orang lain, sebab yang Al-Hakim kan dah ada. Yang akan menilai kita semua di padang mahsyar nanti, dengan pertimbangan yang paling adil dan saksama T-T *k takut* 

Sebelum tu ada sedikit saya nak share dengan semua :)

Sebelum berkongsi apa-apa di ruangan sosial, fikir balik semua. Orang kata; 


'think twice before you click the share button'

Sebab ianya boleh jadi saham akhirat, tapi saham belah mana? Yang akan menarik kita ke syurga yang indah mahupun yang boleh mengheret kita ke neraka yang apinya menjulang-julang. Tapi tu lah, cabaran untuk kita yang hidup di zaman fitnah. Pahala dan dosa, keduanya di hujung jari. 

Moga entri kali ini bermanfaat buat readers sekalian dan juga saya sendiri. Seronok perasaan bila kita tulis nasihat itu ini, lepas tu sentap sorang2 T_T 

Dan juga, moga readers sekalian bukanlah mereka yang saya mention di atas, yang punya mentaliti tipikal warga Malaysian. Sebelum buat keputusan apa-apa, nilailah dengan akalmu dan gerak hatimu, yang berpaksikan Alquran dan Assunnah.

Wallahu a'lam. 



*maaf kalau entri ni kasar sikit, dah bagi warning awal2 :P*








Thursday, January 01, 2015

the new beginning



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt, dear readers and 2015 :)



looking back in what happened through out 2014, was indeed a breath-taking experiences. So they said that experiences are the best teacher right? Betul lah tu. Cant agree more


Semoga Faziera yang dengan izinNya, survived the wild ride on 2014, become more stronger and tougher than she ever was before. Mungkin sebagai persediaan menghadapi 2015 yang entah apa pulak akan berlaku. Semuanya di bawah wisdom sang pencipta.

Entah

Bila fikir balik masa early 2014, tak pernah sangka semua yang dah berlaku ni akan berlaku (luls cliche I know tapi nak jugak state kan). Tapi semua tu as I said, adalah manifestasi Cinta dari yang Menciptakan kita semua. Cara dia atur kisah kita, dengan cantik dan tersusun. Masya Allah sangat :')


enough with the past. Yang penting, ambil iktibar dan move on


For the people that stays during my ups and downs, Thank you . 

Wouldn't make it through without you guys. And of course, Him <3 font="">


AllahAlJalil - Islamic Quotes & Reminders, hope, strength



Have faith :)