Saturday, June 30, 2012

di kelas Civilisation in Islamic Medicine :)

kitorang belajar mengenai perubatan zaman Rasulullah s.a.w; Al Tibb Al Nabawi.


antara cara ubatan serta pemakanan yang diamalkan ialah, berbekam, madu, tamar (kurma), cuka, habbatus sauda', buah zaitun, dan buah tin.


Mula-mula sekali , nak sentuh pasal berbekam. memang pernah dengar selama ni, tapi tak sangka banyak sangat kebaikan berbekam. Antaranya, dapat mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar. Lagipun, kita, umat islam diharuskan berbekam sekurang2 nya sekali seumur hidup. Berbekam ni kan sunnah nabi :)


man,this is so freaky ..


tengok laaa darah tu . aaaa o.O

tapi saya prefer berbekam dari guna benda alah ni =='




tapi yang saya nak share hari ni sebenarnya mengenai buah tamar, atau lebih mesra digelar sebagai kurma oleh rakyat malaysia ^^


waah, laazizunn jiddan :D *means; sedap sangat




pernah makan ? mesti  laa kan? lebih-lebih lagi masa Ramadhan, memang laku laa kurma ni,


uuuu, ni terkenal kut. yusuf Taiyoob B)




tapi, bila Ramdhan pergi meninggalkan kita, kita pun dah tak amalkan makan kurma ni kan ? saya cakap secara umum la, bukan semua, tapi mungkin ramai yang di antara kita. lepas tu, masa dalam kelas civil tu tiba-tiba ustazah Nabilah share satu hadith sahih ni ;


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Seriously, saya baru dengar tentang hadith ni. 


Sambung Ustazah ; sebab tu kurma ni sepatutnya ada di rumah kita sepanjang masa. bukan waktu bulan puasa je.


Oh, tertusuk seketika di situ . memang kalau bukan bulan puasa, jarang saya merasa buah tamar ni =='
Oleh sebab tu la, kita kena pastikan di rumah kita tu ada kurma, lagi pun best kut. sedap pun sedap kan, khasiat dah laa banyak. 


Antaranya , 
        Mencegah penyakit kronik dalam badan seperti penyakit jantung dan kencing manis
        Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran
        Tenaga segera ,


dan banyak lagi.untuk info lanjut boleh tekan sini :)




okay, tu je yang saya dapat kongsi untuk hari ini. cuma rasa macam ilmu baru laa yang saya dapat, so peeps, jom makan kurma hari-hari :DD hehee.



Friday, June 29, 2012

book review ^^

Ada satu buku ni, sangat menarik cover dia, dan tajuk dia pun best :)






tiba-tiba terdetik kat hati ni, nak tahu kisah2 wanita istimewa yang boleh kita jadikan idola, pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu. 


kalau dulu2 asyik baca cerita Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan lain-lain *banyak sangat* , apa kata kali ni cuba baca kisah yang real. bukan cerita dongeng punn. untuk dijadikan sebagai suri teladan


dalam buku ni ada banyak bahagian, antaranya ;


 wanita istimewa sebagai ibu, pengasuh dan penyusu
 wanita istimewa sebagai isteri
 wanita istimewa sebagai anak
 wanita istimewa berbaiah dan utusan
 wanita berjuang di sisi Rasulullah s.a.w
 wanita merawat dalam peperangan


dan banyak lagi. hehe. ada dalam sembilan bab la, harganya pun boleh la tahan kan. tak cecah puluhan pun :)


so, peeps, selamat mencuba ^^ boleh dapatkannya di kedai buku berhampiran anda. 


*saya beli di kedai buku kat Ole-Ole :DD



Tuesday, June 26, 2012

real facts bout theTWITTER

erm, ada twitter ? tak tahu twitter tu apa? bawah ni contoh nya :)



cuma nak cakap la; twitter ni sangat2 public. apa2 yang korang post *terutamanya kepada yang tak privatekan tu* semua orang dari segenap dimensi boleh baca. be careful with your words , tu je . hehe. serious, senang nak stalk orang guna twitter, so para stalkers, sila buat akaun twitter xD

ok, kidding ==' takde la. tapi si Admin tu yang nak share dengan satu dunia kan dia buat apa. so, don't blame people for reading it. tu je, thanks :)


oh, tadi ada presentation yang tak dijangka dan tak diduga. alhamdulillah, semuanya ok je, 

tajuk : Hukum Makan Sembelihan Ahli Kitab

serious, ingatkan kitorang tak kena sebab da la kitorang group yang terakhir, nasib baik semalam sempat bincang. lepas ni dah lepas, boleh gelakkan orang lain dengar presentation orang lain dengan fokus :P

Saturday, June 23, 2012

who can define bahagia ?

tiba -tiba terfikir, insyaAllah dalam masa lagi 6 ke 7 tahun saya akan bergelar seorang doktor :) amiiin perkataan tu berat, ya saya tahu. masa dulu2, orang tanya nak jadi apa, saya memang jawab, tak pasti, tapi memang bukan doktor la. dekat carta yang ditampal di belakang pintu kelas tu pun, saya tak letak 'doktor' sebagai cita2 saya. i choose a totally different field =='


ok. jangan pandang pelik dekat saya . 

maaf, intro agak tidak berkaitan dengan tajuk post ..
Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran
nak juga cakap, tolong cuba fahami lagi Hakikat Bahagia - UNIC, yang jadi lagu dekat blog saya ni. sebenarnya bahagia itu sangat luas maksud dia. sesiapa pun boleh jadi bahagia, kan ? cara dia senang je, hargai dan syukuri setiap apa yang kita ada setiap masa , setiap hari ^^

contoh ;
beberapa hari lalu masa dekat INTEC, saya tersalah print lecture notes. Instead of printing 6 slide in 1 page, saya print satu2. standard lecture notes ada berapa slides ? lebih kurang 80 kut. nak tak nak terpaksa gak hulur duit dalam keadaan tangan yang terketar-ketar. haha. *exaggerate* dan bermula laah pelan super-savers saya :)
FYI, saya sangat suka makan. Ia nya antara cara menghargai nikmat . hehe :) kalau dulu makan nasi 2 kali sehari, terpaksa cut down jadi sekali je. untuk tengahari, bawak bekal roti gardenia 3 atau 4 keping yang disapu dengan Nutella ^^ sedap dan berkhasiat. cecewah, then masa petang baru makan petang *untuk malam sekali laa. tak pun, makan roti dengan mushroom soup.

kesimpulan , memang rasa sedih sikit, tapi sebenarnya okay je. ada yang tak makan tengahari langsung, lagi kesian. mangsa2 yang dekat negara2 kekurangan makanan tu, lagi laa kesian, awak kena laa bersyukur, boleh makan roti dengan nutella pulak tu. then, masa makan tu, terbit laa rasa bahagia sebab boleh jugak isi perut ni :') buatnya, saya ditarik nikmat makan, ada ulser mulut ke,

jadi bersyukur laah dengan apa yang kita ada.
nikmat yang DIA bagi tu sangat tiada ternilai. jadi bila tiap kali kita bersyukur dengan apa yang kita ada, mesti kita akan rasa satu perasaan yang indah iaitu bahagia :)



jom hayati dan nyanyi sama sama ^^

Hakikat Bahagia -UNIC
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki





saya harap sangat readers akan jatuh cinta dengan makna lagu ni,
dan akan rasa  bahagia bahagia bahagia selalu :)

Wednesday, June 20, 2012

my first quiz :O

so, today will be the evaluation day ,
the first quiz ever which is ; a biology quiz . 


all the best to all my classmate , MEJ4 :D






wish me luck, peeps :)

Sunday, June 17, 2012

shawl .

korang ada masalah ke tengok orang pakai shawl ?


tadi, pergi blogwalking. pastu jumpa satu entri ni. dia cakap girls sekarang dah terbahagi kepada 3;

*ikut peringkat*
freehair --> shawl --> tudung . #blog tersebut adalah milik seorang lelaki


macam tu ke ? serious , rasa sangat amat amat tak puas hati . ye laah, sebab saya pun pakai selendang . well, sometimes .tau tak , kenapa kadang2 saya prefer pakai selendang than tudung bawal biasa ?


1. tak jarang dan tak perlu pakai inner.
2. dia kemas. fix je. kalau angin tiup2, tak kemek2 . tak payah nak jaga2 sangat laa kan. cool je B)
3. tak perlu gosok. hehe. tak senang kedut .
4. murah. 1 hanya rm10 sahaja, nak banding dengan tudung bawal yg mahal =='


cara pakai selendang tu terpulang laah dekat para muslimah, asalkan dia menutup dadanya. selendang ke tudung ke even kain apa2 pun, kalau boleh digunakan untuk menutup aurat, ia tetap digelar hijab kan . tahapnya tetap sama kan ? asalkan cukup syarat nya laah kan. kalau pakai tudung pun , tapi tak menutupi bahagian dada, tudung tu masih tak boleh digelar hijab. sebab, hijab itu bermaksud menutup, melindungi. sekiranya , kita pakai tudung tapi masih tak mampu melindungi diri kita dengan sepenuhnya; means, kita masih tidak memakai hijab yang sebenar2 nya .


memang laa lagi bagus kalau pakai tudung yang bidang besaar sikit, macam bidang 50, bidang 60 kan. tu lagi super duper bagus .two thumbs up kepada muslimah2 yang hebat ini :)


kita cuba ubah diri kita sikit demi sikit. insyaAllah . saya pun sama , nasihat ni nasihat bersama, untuk para readers dan juga saya ^^



"Dengar dan tengok betul-betul.. Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni..Hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa..Nak belit ka?? nak pusing ka?? nak boh ramu2 ka??macam mana pun boleh..janji 4 syarat tu kene ikut"

dan, syarat syarat dia ialah ; 
     * labuh sampai ke bawah, menutup dada
     * tak boleh jarang, mesti longgar, melindungi, menyelaputi, menyembunyi apa yang di dalamnya,
     * kedudukannya betul-betul di atas dada. tak boleh masukkan tudung dalam baju *macam kat plkn tu --' *
     * betul betul menutup kawasan dada dan sekitarnya (bawah dada dan atas pusat)




saya minta maaf . saya hanya meluahkan apa yang dirasa. 


saya pun masih banyak yang perlu dibaiki. so, lepas ni jangan laah sesuka hati nak classify orang. sama2 kita buang yang keruh, ambil yang jernih.


perubahan itu sukar, tapi tak mustahil. kita cuba sikit demi sikit , insyaAllah DIA akan hantar orang2 yg baik untuk tolong :)

kita belajar dari kesilapan .

don't judge me for my past,I don't live there anymore 


# serious ayat ni copy&paste je


haha. cukup laah. belajar dari kesilapan. jangan ulanginya buat kali yang kedua okay, 


fighting, awakk :D


insyaAllah :)

Friday, June 15, 2012

hanging out with the PALAMians .

hanging out dekat PKNS. haha. kitorang pergi jugak dekat SACC Mall. 

tau tak, plan asal patutnya mereka ni 'menjemput' saya di kolej Cemara. tapi tiba2 diorang  lambat sebab bas, pastu saya terpaksa laa jadi lone ranger jap, pergi jalan sorang2 ke Esso tu then tunggu bas. Baru tunggu 5 minit, lepas tu saya rasa better naik teksi , sebab masa tu dah pukul 3, bank tutup dalam pukul 4. Saya ada urusan sikit dengan bank . Nak tak nak, berani kan diri, baca doa banyak banyak banyak, then, I go for a taxi. tambang; RM6.60 . The most important thing is; I arrived safely. Alhamdulillah :)

kawan baru; hanis :)
dan syakirah <-- bekas tutor chemistry yang hebat ! 

ni kawan saya dari 2 februari 2010 :O

Lepas dah settle dengan Bank Simpanan Nasional, kitorang pun pergi SACC Mall tu. jauh 'beza' dua tempat tu. hahaa. dekat je. jalan kaki dalam dua ke lima minit dah sampai. yang paling best nya, dalam SACC tu ada macam2 ! yang paling paling penting ada MPH Bookstore. serious, saya sangat menyukai MPH , lagi2 notebooks dia, and the novels, books. waaah . heaven ! lama kut kitorang kat situ. hehe =='

sampai situ je, tengok2 dah pukul 5 setengah, budak2 UiTM Puncak Alam ni kena balik dah, saya pun. Again, naik teksi sorang2 lagi T.T I have no other choice. kalau nak tunggu bas, entah2 silap naik, tak pasal2 sesat kat bandaraya Shah Alam pulak. Alhamdulillah; I safely arrived at Kolej Cemara near 6 pm.

it was fun though, and it has been a challenging day for me; doing something new. Lepas ni tak nak buat dah. bahaya . A girl shouldn't walk alone. Ingat, jenayah berlaku bila ada peluang *I learnt this in PLKN* hehe. lagipun, dunia sekarang ni agak menakutkan. semua orang tak boleh dipercayai. hanya pada Allah je kita boleh berserah dan bertawakkal kalau2, ada keadaan macam tadi berlaku lagi .

ok, thats all for today. Rancangan mega bersama Ezlyni terpaksa postpone sebab dia ada other plans yang suddenly come up T.T sedih wooooo. tapi ok la, at least for today, I did spent my day at the shopping mall with these girls. mueheehe. 

masa untuk concentrate on the piles of assignments. sekian, terima kasih. thanks sebab sudi baca ^^

photoshoot for MEJ4 :)

warm up, before the real photoshoot session :P

Madihan, Khai dan Moi :)

bersama si comel Syarfa'  *suka la tuu*

sesi photoshoot mengejut. no blazzer, no props. tapi kami cool je . hee


so, ni laah hasilnya ^^



 formal punya . oh, find me if you can . haha :D





~ gaya bebas   :DD

 credit to Syazwan for the editing :)

Wednesday, June 13, 2012

biasa la tu. it's normal

cakap pasal apa eh ? pasal CRUSH . first time sentuh topik ni sejak bertahun2 blogging. woot woot ~ hahaa


cuma nak cakap la, having crush on someone is very normal. I've experienced it a lot. Hoho :P For me, having 'crush' on someone is like to have one tiny little seedling. Seandainya kita buat keputusan untuk semai benih tu, siram dia hari2, jaga elok, mesti la dia akan tumbuh dan membesar. It will grows fondly as time flies. But, if we made a decision to just ignore it, nothing will happen. seriously . haha .


post ni random , tiba2 je dapat idea lepas baca blog2 orang lain. saya hanya speaks out my mind. 
so, no offence. ok ? :)


Cuma nak cakap, suka itu normal. Manusia kan ada perasaan. Tapi, kita kena laah kawal laah. Tunggu masa yang sesuai , kan kan ?




ada kawan saya pernah pesan;
Seandainya kita suka pada seseorang sebab dia kacak ke, pandai ke, baik ke, comel sangat2 ke,kita tengok balik, siapa yang mencipta dia jadi macam tu. Allah kan ? so, kembalikan pujian itu kepada Allah. 




selamat menjaga hati,
insyaAllah, when the time has come, the perfect one will be there. jangan risau2, percaya pada janji2 Allah .




ingat, HE knows best :)

Saturday, June 09, 2012

ayuh lihat semuanya dengan mata hati ^^

subhanAllah ; 

Dr. Faziera Diana binti Mohamad Nasir 

 indah kan, bunyi nya. memang la, bukan mudah nak dapat 'title' Dr. tu. even nak dapat peluang macam yang saya dapat sekarang; iaitu dapat belajar di Intec, dan peluang untuk further study di Jordan, insyaAllah, rasa macam kerdil sangat saya ni. layak ke saya dapat semua ni ? even, yang straight A's tu pun sangat sangat rezeki :') baiklaah Allah kan ? walaupun saya mengaku, kadang2 selalu terkhayal dengan dunia ni, tapi DIA tak lupa pun dekat hambanya ni.

hari jumaat tu, masa ambil report di KPJ Specialist , Shah Alam, doktor yang check saya pun borak2 la. soalan biasa; nak amik course apa? saya pun jawab; perubatan . dia reply; oh, perubatan. tak susah mana pun. sambil senyum, dia sambung; yang penting kena rajin :) aaaaa . ok, thanks doktor  bagi saya kata2 semangat. hehe.

dulu kat dorm pun pernah laa main2, angan2 dengan Che and Lyni, yang kitorang nak masuk Intec sama-sama, study sama2, dan tak sangka. sekarang, saya dah pun bergelar siswi Intec, Shah Alam . *rasa nak nangis pulak* hoho. masyaAllah. Hebat sungguh Allah kan ? :')

jadi, bermula dari sekarang, semuanya, cabaran, cabaran, dan cabaran. Bak kata Ustaz Afwan, Allah telah berfirman;

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
 - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Hidup ini hanyalah suatu perjalanan, jadi, apa2 yang kita buat ni hanyalah untuk beribadah kepada Allah :) tak kisah laa, walau apa pun jalan yang kita lalui. Ingat, walau apa pun rezeki kita, dapat sambung in medic ke, engineering ke, pendidikan ke, finance ke, tak kisah la kan, bukan DIA saja2 suka suka bagi kat kita. there's reasons. 

jadi kawan2, lets fight ~ for the sake of umat islam, ayuh kita berjuang . Chaiyok ! :DD


everything happened for a reason :')

for her :')


Maher Zain; So Soon 

So Soon - Lyrics:

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around 
I miss the time you were around 
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever

Chorus:

You went so soon, so soon,
You left so soon, so soon,
I have to move on 'cause I know it's been too long,
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
I'll try to take it all, even though it's so hard,
I see you in my dreams but when I wake up you are gone,
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make 
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I'm so thankful for every memory I shared with you
'Cause I know this life is not forever

Chorus

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn't help asking why
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we'll return, oh

Chorus



oh by the way, sebab korang tak boleh nak pause kan lagu dalam blog ni, 
kalau nak dengar, boleh je tutup page ni and sambung layan di youtube, mesti dengar tau tau :)

Tuesday, June 05, 2012

HASNI, at last I found her ! :D

dia masuk INTEC hari ahad lepas, 3 Jun. Tapi baru tadi masa kitorang buat rehearse lagu UiTM baru dapat jumpa dia. Sibuk sangat dengan orientasi. Well, saya senior 2 minggu awak ! haha :P


sahabat till jannah ? insyaAllah :)

Saturday, June 02, 2012

serious, saya rindu intesaber !














missing all those moments :'(








till the very last moment, byebye intesaber.
you are one of the the sweetest thing that ever happened to me :)

INTEC, Shah Alam

its been weeks since I left home, and become a student of INTEC, UiTM. To be honest, the first day was like the most miserable day, I went there without any photocopied documents, not even my Dad's identity card's copy. I even didn't bring enough money to pay the fees, also, I didn't bring along any passport picture's of me. When the facilitators asked us to bring along our documents for the night, to prepare ourselves for registeration process, I was like ==' uuh. 

So, that late evening, I rushed to the printing shop, the KODAK shop, and so on. Alhamdulillah, Kak Rachel was there to help me. Hehee, thank you sis. Also, Wani helped me bought my dinner, well, I can't live without food. Hehe. Alhamdulillah, Tasneem was willing to lend me some of her money, so I can pay the fees. Although the day was quite miserable, in which I was suppose to be spending my day with Che and Ezlyni in Time Square that day , but its okay, HE knows best , right ? :) Though I have to face such situations, HE still sends people to help me out along the way, how sweet :))

oh, don't remind me how awful I look at the passport picture I took that evening -.-'

note that; It was a last minute call. Taraa~ surprise from collaboration between JPA-MARA. It was that morning during breakfast that I knew that I need to register for MEP, INTEC at that particular moment. I guess that explain my unorganized day. Haaha


And, so I went through the Minggu Destini Siswa with MARA's students, and my group is super awesome. 

*tepuk periuk*
Haiyaa Haiyaa Sodiqi 2x 
We are, the MUMTAZ elf :D

hehe, that was my group's cheers. But, we changed it ==' don't ask why :P and all the performances that final night was super hilarious. All of them were so funny, and spontaneous, and that sometimes made me wonder, why can't I be like them T.T Its okay, everyone have their own advantages :)

the awesome facilitators :D

and so, the orientation ended well. The next week, the class started. The journey of a college's student just started. Where , I have to buy my own food, shop my own groceries, count in the money I've used so that the money will be enough. The deans just started to give explanation about their subjects. Bout the researches, and warned us bout the lots and lots of presentation. English was our main language back there, in the class. And, everyone there are so awesome. 

New environment, new people, new atmosphere,

classmate, Syaqira. dr Kelantan. hee :)



hope that everything will be great and just fine here. InsyaAllah :)



hehee. cam tak cam tak ? hoho :P