بسم الله الرحمن الرحيم
Mula-mula betulkan niat dulu kenapa tetiba tergerak hati ni nak menulis dan bercerita kejap dekat anda anda semua, *tarik nafas* ok, insyaAllah. Hanya berkongsi pendapat, sila betulkan jika ada sebarang kekhilafan.
Nampak tak gambar 'let it go' yang dekat header saya tu?
Memang bukan mudah nak let go perkara yang kita suka, tapi kalau kita suka but Allah tak suka ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ayat ni mesti anda anda selalu dengar kan? common, tapi cuba kita try fahami ayat ni sama-sama. Orang biasa panggil; tadabbur. Yup, tadabbur ayat ni sama-sama jom :)
Ayat ni macam simple sangat. Boleh jadi kita tak suka sesuatu padahal benda tu baik untuk kita. Boleh jadi jugak kita amat suka dekat sesuatu tapi benda tu buruk untuk kita. Tapi bila kita dah suka biasanya kita akan get blinded of its negative side, betul tak ? Sebab kita hanya manusia biasanya dan hakikatnya, Allah lah yang lebih mengetahui atas segala sesuatu. Hatta sekecil-kecil makhluk yang hidup dalam lautan yang paling dalam sekali pun Allah tau kewujudannya, hebat tak hebat pencipta kita kan ^^
SubhanAllah
Nak highlight dekat point, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
I strongly believe that most of us have our dark ages, yang mana kita cuba untuk tinggalkan dan tolak jauh-jauh zaman tu, dan ramai yang jadikan waktu tu sebagai pengajaran. Tapi kadang-kadang tak boleh nafi ada sekelumit rasa rindu dekat jahiliyyah dulu, istighfar cepat-cepat. Tu semua tak lain tak bukan bisikan syaitan yang tak putus asa nak sesatkan manusia, musuh azali kita. Yang pelik tu, semua manusia mengaku dan tahu syaitan tu kita punya musuh, still kenapa ramai jugak yang ikut lagi bisikan dan hasutan depa tu ? *gedebuk*
Tapi its okay, kan pintu taubat itu terbuka seluas-luasnya, Allah kan ArRahman lagi ArRahim :)
Suka sangat dengan ayat ni, rasa dah ulang banyak kali dalam entry2 before tapi nak jugak cakap;
Syaitan berusaha sedaya upaya dan tak putus asa nak sesatkan kita,
So why not kita pun usaha sedaya upaya lawan hasutan syaitan dan terus berusaha dalam menggapai redha rabb kita,
Allah subhanallahuwa ta'ala
Allah subhanallahuwa ta'ala
And thus teruskan berjihad. Jaga pandangan, daripada makhluk-makhluk Allah yang indah seperti jejaka kacak di Jordan. Tu semua ujian, Allah sendiri yang mintak hambanya jaga pandangan. So, nak dengar siapa? Nafsu atau Allah ?
Last but not least nak cakap dekat anda-anda di luar sana, ingatlah, awak tak pernah berseorangan. Tak pernah. Jahiliyyah ? Many people have been there, I've been there too, tapi tak nak dah terlibat dengan perkara-perkara tu. Cukuplah sebagai pengajaran. Lagipun, Allah tak suka mesti ada sebab kan. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Dah, jangan pandang belakang, its still a long way to go ! :)
No comments:
Post a Comment