بسم الله الرحمن الرحيم
Maka adakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)
dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Al-mu'minuun, (23;115)
Ayat ni, buat saya tersedak kejap. Eherm .
Direct Allah tegur hambaNya, Allah tahu, manusia memang mudah terleka.
So apa dua tujuan utama hidup kita ? Baca yang dekat atas tu ^^
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sedar tak sedar dah masuk pun semester dua, di mana kitorang, pelajar medic dekat JUST akan start berkenalan dan belajar untuk berkasih dengan subject medic. Selamat datang dalam hidup saya wahai Anatomy, Physiology dan Histology, bermula detik ini kita akan berkenalan lebih rapat lagi dan semoga kita akan jadi teman yang paling baik sekali , insyaAllah
So bak kata senior semester 1 tahun 1 yang paling heaven dah over, masuklah fasa seterusnya, fasa budak medik. Sem 1 kitorang belajar yang basic je cuma detailkan lagi macam yang korang belajar dekat asasi,
Perasaan ? Excited tu memang ada, nak belajar benda baru tapi memang tipu lah kalau tak cakap ada jugak rasa cuak tu. Tetiba teringat pesan Ustazah CTIS masa dekat INTEC tu.
" Belajar itu fardhu kifayah, tapi bila ia menjadi satu kewajipan, secara auto belajar tu jadi fardhu ain. Contoh macam kalau kita nak jadi doktor. Belajar medik tu satu pilihan tapi bila kita nak jadi doktor, kita wajib untuk belajar apa yang kita perlu tahu as a doktor contoh cam Anatomy dan sebagainya, sebab benda tu penting untuk kita tahu as kita nak rawat orang nanti"
Faham tak ? Ayat macam tak betul sikit tapi harap korang faham apa yang saya nak sampaikan. Baca banyak kali sikit, hehe
Same goes la kalau korang nak jadi Engineer ke, wajib lah ada ilmu2 yang diperlukan untuk jadi Engineer tu sendiri dan jugak pekerjaan2 yang lain.
Maka secara tuntasnya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa *rindu sangat nak buat karangan BM Cikgu Saipul ni* kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam tiap satu perkara yang kita kerjakan. Bukankah Allah menilai usaha kita ? So, nak serap semua semangat-semangat yang ada dan ayuh kita mengorak langkah bersama, dan terus menggagahkan diri dalam perjuangan yang tiada henti ini, insyaAllah :)
Lets be best friends shall we ? :)
No comments:
Post a Comment