Friday, February 08, 2013

Egypt; a walk to remember #part1


  بسم الله الرحمن الرحيم

And the journey begins

 جولة (Jaulah) *lawatan* kitorang bermula cuti semester satu yang lepas, bertarikh 18 Januari sampai 26 Januari 2013 di Mesir :)

Sebenarnya banyak sangat benda nak cerita, macam-macam sangat عبرة (Ibrah) *pengajaran* yang Allah bagi dekat kitorang through out our journey. We went to so many places, great historical places, so I will go through by places, sebab kalau by hari nanti dia jadi panjang sangat.


Secara kasarnya, Mesir memang sangat berbeza dari Jordan. Sangat. Bangunan, jalan, rumah, and dekat Mesir diorang guna bakul tu *macam dekat movie 'ayat-ayat cinta'* dan juga lebih panas dan berdebu. Tapi dalam asyik membezakan antara bumi Mesir dan Jordan dan mengeluh tentang debu yang berterbangan, kedengaran satu suara kecil berkata;


 "Entah-entah debu yang menyapa kulit ini, debu yang sama yang pernah menyapa para nabi, para sahabat dan juga tokoh pejuang Islam pada masa dahulu




Mesir ;
bumi Nabi Musa juga bumi Firaun


     Kubu Salahudin Al-Ayubi      


Salahudin Al-Ayubi, insan yang sangat mulia di pandangan Allah, gah di mata dunia, pemerintah yang hebat suatu ketika dahulu di Mesir. Beliau telah berjaya membebaskan Jerusalem(Palestin) dari penakhlukan Kristian ketika perang salib suatu masa dahulu, yang sekarangnya sedang ditakhluk Yahudi Zionis. Semoga kita mampu membebaskannya semula suatu hari nanti . 







nampak tak lubang kecik-kecik tu ? dekat situ lah para pemanah duduk and get ready nak panah orang 





masjid yang dibina pada zaman pemerintahan selepas Salahudin Al-Ayubi


Sangat cantik seni binanya








Masjid Ali Pasha
Struktur binaannya sama dengan ada satu lagi masjid di Turki,

sangat cantik dekat dalam tu :)


 Dalam kawasan kubu tu, ada jugak muzium.

rentetan kisah bumi Mesir




membayangkan tentera Islam pada zaman dahulu. Mesti sangat gagah dan macho kan


     Sungai Nil     

Tahu tak, Sungai Nil ni ialah sungai yang terpanjang sekali di dunia dan juga menjadi sumber utama air di Mesir. Even penduduk Mesir sendiri sangat menghormati air dari Sungai Nil sampaikan bila diorang datang bertamu dekat rumah seorang ustaz ni yang bawak kitorang jalan hari tu, bila dihidangkan air yang dah dijerang mereka tak nak. Mereka nak minum air dari Sungai Nil itu sendiri sebab ada sesetengah penduduk Mesir percaya bahawa air dari sungai Nil datangnya dari syurga.*Tapi kakak2 senior cakap bahaya kalau nak minum sebab banyak bacteria! hehe* 

Sebenarnya kisahnya bermula macam ni, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a, terjadi masalah di Mesir, iaitu air di Sungai Nil semakin surut. Amru al-Asr yang menjadi gabenor di Mesir mendapat tahu bahawa penduduk Mesir masih lagi mengamalkan kepercayaan khurafat iaitu; mengorbankan gadis yang cantik agar air di Sungai Nil mengalir semula. Selepas diadukan masalah ini kepada Khalifah Umar, beliau menulis sepucuk surat dan meminta Amru al-Asr melemparkannya di Sungai Nil. Pada surat itu tertulis; 

“Dari hamba Allah, Umar Amirul Mukiminin untuk Sungai Nil, sungai kebesaran penduduk Mesir. Amma ba’du."


“Jika engkau mengalir kerana kemahuanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi jika engkau mengalir kerana perintah Allah SWT, maka aku meminta kepada Allah Yang Maha Esa agar menjadikan airmu mengalir seperti biasa.



 Selepas Amru al-Asr melemparkan surat itu di Sungai Nil, keesokan harinya air Sungai Nil mengalir dengan deras sekali. Wallahu a'alam , hanya Allah yang tahu dari mana air Sungai Nil tu datang, dan semua tu menunjukkan kekuasaan Allah subhanahu wa ta'ala. Dan sehingga hari ini air Sungai Nil tidak pernah kering walaupun musim kemarau dan average hujan di Mesir hanya dua kali je dalam setahun. Hebat bukan ?
MasyaAllah :)



.
bekerja tak menghalang awak dari solat 




 sungai Nil, bukti kekuasaan Allah



Sungai ini sekali lagi menjadi saksi kekuasaan Allah yang menyelamatkan Nabi Musa dan bukti kepercayaan teguh ibu nabi Musa kepada Allah. 

Sepanjang menyelusuri Sungai Nil yang penuh bersejarah, kak Tiza dan kak Nisa berkongsi kalimah cinta dari Allah berkenaan dengan kisah Nabi Musa, Asiah, dan Firaun. Bagaimana Allah merancang dengan cinta sedang manusia hanya mampu merancang dengan cita ;

rujukan; surah AlQasas (28)

وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلاَ تَخَافِي وَلاَ تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
[28:7] dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susuilah dia, dan apabila engkau bimbang terhadapnya (dari dibunuh oleh Firaun), maka lepaskanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau bimbang dan jangan pula besedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari Rasul-rasul Kami."

وَقَالَتِ امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِّي وَلَكَ لاَ تَقْتُلُوهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَهُمْ لاَ يَشْعُرُونَ
[28:9] Dan berkatalah isteri Firaun: "(Bayi ini) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia menjadi anak"; padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya)." 




وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِن قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ
[28:12] dan Kami telah mencegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusui (nya) sebelum itu. Maka berkatalah ia (kakak Musa) : "Mahukah aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ (seorang surirumah) yang akan dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?".


Akhirnya, dipertemukan jua ibu dan anaknya, Nabi Musa. SubhanAllah. Hebat bukan ? :)









Sedikit sharing session.
 "Akak nak minta semua orang tulis apa perkara yang dia nak tinggalkan dekat sini, biarkan dibawa arus tenang sungai Nil dan hilang terus ditelan lautan Merah. Pastikan apa yang kita tu kita dah betul-betul tinggalkan di sini dan jangan bawak balik Jordan dah, lepas tulis tu tinggalkan kertas tu dalam sungai ni"



maka, berlakulah sedikit moment sentimental.
Tak apa lah, lepaskan apa yang kita suka sebab Alah tak suka kan, just let it go :')

Baru dua tempat ni, dah panjang lebaaaaar. Its okay.Harap sangat-sangat readers dapat sedikit sebanyak ibrah daripada apa yang dapat saya share kali ini. Ingat; jangan pernah putus asa dalam mencari redhaNya :)


 Nantikan sambungannya in #part2 and #part3 insyaAllah. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah . Subhanallah . Maka beruntunglah orang2 yang beriman . Sejuk hati tgOk nana ngn sahabat2 dpt jelajah sambil berkongsi kebesaran Allah . Barakallah ;) miss u dear ^,^ ku dOakan yg trbaek untuk kalian . dOakn aQ jugak tau ;p

    ReplyDelete
  2. subhanallah!!!! cantiknya! ya Allah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, jemput datang ke bumi anbiya' :)

    ReplyDelete