بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Hari ni , tak boleh fokus sangat dalam kelas EP , sebab dapat tau satu isu ni bila scroll TimeLine Twitter. Dulu isu video seminggu, lepas tu isu kahwin dekat Thailand. Semuanya saya tahu dekat laman sosial twitter.
kita hidup dekat zaman canggih, zaman IT .
zaman di mana hanya dengan satu klik dekat button share, boleh dah dapat pahala, tapi boleh jugak dapat dosa.
-----------------------------------------------------------------------
Anon : "Kau tahuu, tadi kan Si polan tu gitu gituu haa, teruk betul ! "
Anon2 : "Ehh kau ni, tak baik tau tuduh2. Entah-entah tak betul. Kalau kau buat fitnah, berdosa besar tau tak ?"
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Anon :"Eh, apa pulak dosa ? Si polan tu memang buat benda tak elok ! biar lah kita share, bagi dia insaf sikit haaa, lagi pun bukan fitnah. Aku nampak woii, aku dah baca semua fakta !"
Anon2 : "Kau pernah dengar ghibah tak ?"
“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan mengumpatnya dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
Anon : "Errk, alamak. Habis tu selama ni aku share-share gossip hangit pasal orang. alaah, aku ingat as long as benda tu betul tak apa. Ye lah, dunia di hujung jari kan. Kat mana-mana pun ada maklumat sini sana. Hmm"
Anon2 : "Maklumat dari mana kau dapat tu ? Kau ada dekat tempat kejadian ke ? Kau dah bersua dengan si polan tu ke , atau dengar dari orang lain ?"
Anon : "Dari facebook dan twitter . Tak cukup tepat lagi ke maklumat dalam tu ?"
Anon2 : *pengsan*
---------------------------------------------------------------------------
Bahaya kan akhir zaman ni ? Betul lah, akhir zaman ni fitnah tersebar, berleluasa dengan sesangatnya. Ye lah, dengan hanya satu klik pada button share, pada artikel buruk pasal orang, dah berapa ramai kawan-kawan atau kenalan facebook kita baca benda tu. Lepas tu kenalan kita pergi share lagi, kawan-kawan dia baca, lepas tu share lagi dan lagi. Sampai bila rantaian dosa tu nak putus ? WAllahu A'alam
Kali ni, kena dekat orang yang paling saya sayang , insan istimewa yang buat saya tak sabar-sabar nak balik Malaysia , *lagi sebulan je lagi dekat Jordan ni, yeahh*
Mula-mula baca dekat TimeLine , Twitter macam terkejut. Biar betul kan ? Lepas tu tengok orang-orang lain bash sana sini. Salahkan orang tu , orang ni. Ya Allah geram sangat rasa, tapi sebab tak tahu kesahihan, saya diamkan diri dulu.
*siapa tak sakit hati kalau orang kutuk your own dad. your first hero kan ?*
HEADLINE - PELAJAR NON MUSLIM SEKOLAH *** MAKAN DI TANDAS SEMASA RAMADHAN.
(*** tu sekolah mana ayah saya hmmm )
then ayah saya kena bash . orang pergi selongkar facebook dia, cuba carik lagi kesalahan-kesalahan dia, kaitkan, burukkan lagi.
then ayah saya kena bash . orang pergi selongkar facebook dia, cuba carik lagi kesalahan-kesalahan dia, kaitkan, burukkan lagi.
eherm nak tanya. korang puasa ke tak sebenarnya?
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”
[AlHujurat, 49; 12]
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku ialah
read and think .
Sebagai manusia sememangnya lah tak lepas dari salah dan silap.
Siapa kita nak menghukum ? Nak bagi tahu satu dunia pasal kesalahan dan buka aib orang tu ?
Janganlah letak 100% kesalahan tu dekat encik Guru Besar tu je . Tak wajar , tak patut.
and to my Abah, semoga kuat . Kan tengah dalam fasa Pengampunan, ada orang ramai-ramai yang kutuk Abah tu, tengok-tengok pahala diorang Abah yang ambil. Entah-entah sebenarnya Allah nak bagi Abah banyak banyak banyak pahala kan :')
so dearest all muslims yang saya sayang ,
please stop spreading bad rumors. Whether its true or not, it still sinful . Tak rasa rugi ke penat-penat tahan puasa berjam-jam, end up macam ni pulak . But its okay, Allah kan maha pengampun :')
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۚ يَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن
يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia memberi ampun kepada siapa yang Dia kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Ali-Imran, 3 ; 129]
Okay thats all. lagi 31 days nak balik Malaysia, please clear your schedule for me ! hehe.
Ramadhan Kareem,
May Allah bless :')
salam. excited gila jumpa blogger baru dalam batch kita. unfortunately, the first post i read is really something unfortunate. Sorry for what had happened.
ReplyDeletecumanya, mungkin kritikan-kritikan pedas masyarakat tu perlu jugak diambil peduli. biasalah orang tak tahu, cuma tahu komen. tapi, macam-macam mana pun, kalau ada sedikit yang benar tu, walau pahit, terimalah. saya tak kata sapa-sapa salah.
I'm sorry :)
wassalam, hahaa, aku dah lama lah jadi blogger. cuma tak famous je. hehe
Deletenah its okay, things happen kan ? Cuma harap people takde lah over sangat dalam mem 'bashing' ni. Nak betulkan apa yang salah tu je, tak sanggup dah dengar or baca yang buruk2 pasal ayah sendiri. no one is flawless kan ,
and people should really stop spreading bad rumors too. that's it.
*dah macam anak artis* lol
hehe. . , sayanggg faz. . .
ReplyDeleteSabar eh faz...daddy faz is a strong man! Sb tu kene uji mcm ni...sume org syg ayah kan faz.mdihan faham.hope everything will be allright.
ReplyDeleteits okay. yup, Allah knows whats best :')
ReplyDelete29:2 (:
ReplyDelete