بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, apa khabar semuaaa, ye saya dah masuk tahun dua perubatan, oh yeah. Alhamdulillah :)
How was it? AWESOME, dan sekarang ni tengah fatrah imtihan. Lagi dua hari exam Biostatistic lepas tu exam Pathology, lepas tu exam lab lepas tu ulang balik exam okay bosan tak dengar banyak sangat exam, lol
Baru hari ni lepas exam Microbiology, and baru je few days lepas exam Pharmacology. hahaa, so macam mana nak ambil medik tak semua? Tak nak? Good. Haha over je semua tu. K macam banyak merepek almaklumlah lama tak mencoret isi hati di laman sesawang yang serba indah ini. Sobss, terharu pulak :')
Okay macam ni nak share sikit,
Sebelum exam Pharma tu ada exam Genetic. Ada gap dalam seminggu laa lepas tu cuba teka, saya jatuh sakit dalam gap tu. Kemuncak dia masa hari sabtu, iaitu hari cuti dan masa tu semua orang belajar, lepas tu saya tak boleh nak baca pun anything badan panas sangat rasa berat kepala and saya terlantar dekat katil all day long. Waktu tu tak tipu, rasa macam hopeless, macam stress sebab material Pharma dah la banyak lepas tu tak sempat pun nak baca apa2 T.T dah telan aspirin, panadol pun tak kebah jugak.
Then esoknya, pergi jugak la ke markaz sihhi ( baca; pusat kesihatan ) terpaksa ponteng kelas. Kalau kat sini Ahad dah start sekolah. Haha macam budak2 pulak panggil sekolah kan. Then, sekali doktor check, suhu 38.9 degree celcius! I am still stunned by the fact yang sebenarnya i was that hot! Hahaaa, literally meant that dont take it seriously k :p
Lepas take medication, and another day burnt tanpa study but Alhamdulillah, dah makin sihat. Dan dalam tempoh tu ada lah rasa homesick sikit k sebenarnya tak la sikit banyak jugak la sampai rasa macam nak balik Malaysia winterbreak ni. Siap call abah, touching2 semua. Hahahaaa, ok kelakar kan, emosi orang sakit kan memang terumbang ambing lagi lagi pre exam. Hahaaa.
Dan dalam tempoh tu jugak kawan2 aka housemates jaga saya baik2, lap kan badan, tukar towel basah kat dahi by time, masak sup favourite siap buat mushroom soup lagi awwweee, hehe. Lepas tu siap dapat bubur lagi dari orang. Alhamdulillah, Allah hantar orang-orang caring sebegini. Tu lah, bila dah jauh dari keluarga, kawan2 lah yang jadi keluarga kedua , :')
*perkenalkan ahli bayt yusra aka my 2nd family*
They are my wonderwalls, awwwwe :3
Okay, lepas tu terasa laa sebenarnya diri ni nak ditarbiyyah, nak diajar sesuatu yang mungkin dah lupa sebenarnya.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah;
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(at-Taghaabun, 64; 11)
*nangis*
Hmm, sebenarnya apalah sangat kan dugaan yang Allah bagi ni, sakit before exam nak bandingkan dengan dugaan dugaan para sahabat zaman dulu, sangat tak tertanding. Lepas tu nak sedih lebih2 ? Ouch, rasa tertusuk sendiri T.T
Lepas tu terfikir , sebab sakit tu betul2 before masuk tahun hijrah baru, iaitu bulan Muharam, rasa macam sakit tu sendiri Allah datangkan sebagai kafarah dosa sepanjang tahun ni. Mesti dah banyak sangat salah yang saya buat, but then Allah yang Maha Penyayang lagi sweet bagi sakit sebab nak gantikan dengan dosa-dosa saya yang agaknya dah sama tinggi dengan gunung everest tak? Mungkin tak lah semua, at least susut lah jugak gunung dosa tuu. Hmm, sendiri tulis lepas tu terasa lagi. Ok, *nangis*
So sweet kan Allah tu. Maka yang saya nak share dekat sini, apa-apa pun yang jadi dekat kita, yang Allah takdirkan mesti ada hikmah tersembunyi. Walaupun waktu tu kita tak nampak, tapi by time, kita akan nampak jugak rahmat dan kasih sayang Allah tu. Kan ?
Jadi kepada mereka yang rasa-rasa tengah lemah semangat tu, come on, gather up yourself and listen to these words ,
conclusion :) jom bersangka baik dekat Allah ye , insyaAllah everything will be just fine
Jadi kepada mereka yang rasa-rasa tengah lemah semangat tu, come on, gather up yourself and listen to these words ,
conclusion :) jom bersangka baik dekat Allah ye , insyaAllah everything will be just fine
suka sangat baca entry ni :)
ReplyDeletethanks, moga bermanfaat :)
Delete