بسم الله الرحمن الرحيم
Kecewa . Sangat kecewa dan masih dalam state yang terkejut .
Alhamdulillah hari ni dah selesai exam biochemistry. Then, singgah kedai beli barang, shopping sedikit sakan (baru habis exam susah kan. hehe) and balik rumah tu dah zohor.
On the way balik ke rumah, singgah kedai runcit kejap nak beli air mineral. Kebetulan dekat kedai pakcik tu ada tv, tengah siarkan berita tentang keadaan dekat Mesir. Pakcik tu pun cakap, dah lebih dari 300 orang syahid di mesir.
Masa tu macam, wah dahsyat nya . tapi ingatkan sekali dengan jumlah syahid yang sebelum sebelum ni.
Lepas tu balik je rumah bukak facebook, berderet deret orang update status, share status pasal isu Mesir. Lepas tu baru tahu yang sebenarnya, apa yang berlaku kat Mesir hari ni dahsyat rupanya. Para tentera dah ambil tindakan kasar nak leraikan perhimpunan aman tu. Hasilnya ? Bilangan yang syahid terus meningkat, yang cedera tak payah cakaplah. Para ulama' AlAzhar pun menjadi mangsa juga.
Rasa macam, sedih sangat. sebab Mesir tu sangat dekat . Baru je bermusafir ke Mesir masa winter break January lepas. Banyak sangat dapat Ibrah dari bumi barakah tu.
sungai nil menjadi saksi .
Semoga Allah kuatkan saudara saudara kita dekat Mesir sana tu, untuk terus berjuang tegakkan yang hak, iaitu kebenaran, dan tumpaskan kebatilan. Walaupun terpaksa dibayar dengan harga nyawa sendiri. Hebat sungguh mereka. Allahu :'(
dah tak sanggup dah tengok gambar-gambar akhawat, ikhwah, dan kanak2 , dekat egpyt yang dalam keadaan dasyat tu. darah dah macam maple syrup. its everywhere.
boleh luangkan sedikit masa , bacakan doa ni untuk umat Islam yang ditindas di seluruh dunia.
*tarik nafas*
tetapkan balik niat kenapa nak belajar medik. kenapa dekat Jordan.
semoga somewhere, somehow, dapat juga menyumbang tenaga untuk ummah yang tenat ni.
No comments:
Post a Comment