بسم الله الرحمن الرحيم
kadang-kadang, bila sedih, bila stress,
kita lebih cenderung untuk mengadu pada hambaNya.
silap
rupanya kita lupa
lupa untuk mengadu pada Sang Pencipta.
Tuhan kepada si hamba itu.
Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya."
AliImran [3;29]
*senyum sorang2 *
Haha parah dah ni. Stress kejap lepas tu tergerak hati nak dengar Hakikat Bahagia by UNIC. Lepas tu senyum lagi. Rasa dah ingat balik kenapa waktu first year dulu suka sangat dengar lagu ni ulang dan ulang kali.
Kenapa? Apa yang best sangat?
Kerana ia mengingatkan saya, betapa indahnya definisi bahagia tu sendiri. Definisi sebenar bahagia, bukan seperti yang dimomokkan di kaca televisyen.
Oh, by the way, tahniah dan syabas jugak dekat adik-adik yang baru dapat result SPM. Walau ke mana pun hala tuju lepas ni, first and foremost mesti tetapkan niat. Kenapa nak further dalam bidang ni , bidang tu etc. Pergantungan dan tawakkal pada Allah , tu sangat sangat penting. Kenapa?
Sebab Allah itu kan Maha mengetahui *senyum lagi*
Dan sebab tu juga la sebagai pelajar medik yang sedang belajar makhluk kompleks yang cukup indah (baca;manusia) tak boleh putus asa jugak ! Final for CVS will be in less than a week. Mohon tembakan segala doa *-*
Sebabnya, medan amal setiap orang itu kan berbeza-beza :')
Tolong lah dengar lagu Hakikat Bahagia tu. HAHAAA tak tahu ni dah kali ke berapa promote dalam blog.
Sekian. buku dah memanggil.
lagi bahagia kalau sntiasa dekat dgn pencipta :)
ReplyDeleteyup, cant agree more :)
ReplyDeletealdabest^____^
ReplyDeletemay Allah ease us always:)
thanks amra, insyaAllah ^^
Delete