Sunday, April 06, 2014

Ibrah Sang Artisan Dinding

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah ala kulli hal, selesai Cardiovascular System (CVS) dan sekarang ni tengah belajar Hematopoietic Lymphatic System (HLS) pulak .

HLS ni, banyak berkait dengan darah lah lebih kurang. So macam mana exam CVS yang lepas? Tak tipu, sangat sangat cuak. Siap call parents, minta maaf dengan semua orang, check balik mana-mana hutang kut kut ada ke ._. Rasa debar tu memang rasa macam lebih lagi dari waktu SPM dulu haahaaa ye ye je. Tapi serious tak pernah rasa debar over macam ni sepanjang ambil exam dari first year. 

First time masuk system kan? Rasa lah kelainannya. 

Masa jawab exam tu memang, fully tawakkal dekat Allah. Nak kata confident tu, entahlah. Baca tu memang dah tapi banyak sangat info sampai tak boleh nak recall dengan kemas, makanya Allah lah tempat bergantung. Then masa usrah tetiba bincang topik tawakkal. Beza tawakkal orang biasa dan tawakkal seorang daei. Apa bezanya?

Biasanya, orang akan bertawakkal bila ditimpa kesusahan. Bila rasa macam dah tak mampu nak buat apa-apa lagi. 

Habis tu? Apa special si daei ni?

Tawakkal si daei adalah tawakkal sepanjang masa bukan waktu susah je. *adeh masa tulis ni pun sentap lagi T_T*



Maka apa kaitan Title post? 

Alkisahnya, selepas selesai exam ni, konon nak reward diri lah, pergi cat dinding bilik. Padahal satu dinding je, and it took me almost a week to finish it up. Really, painting walls ain't as easy as it may seem. Panjat meja study, tampal selotape, nak golek-golek roller tu bagi sekata warna cat tu. 

Alhamdulillah siap jugak lah kan. Tapi rancang benda lain, jadi benda lain. (as in the design)


Makanya, 
Ibrah (baca; pengajaran) yang saya nak kongsi dengan para pembaca ni daripada kisah dinding saya ,


Kadang-kadang, hidup tak semestinya akan bergerak ikut apa yang kita rancangkan, tapi keep calm and dont freak out sebaliknya take your time dan fikir. Fikir solusi kepada masalah yang timbul. Running away wont solve anything. Semestinya juga ada hikmahnya kenapa apa yang kita rancangkan tu tak jadi. Sebab DIA  kan Maha Mengetahui :)


Tu lah antara pengajaran besar yang saya belajar. 

Just dont freak out if your life doesn't  go as you planned. 


Sekarang ni pun tengah belajar sedikit demi sedikit untuk mengurangkan kegelabahan dan menjadi lebih tenang. Ehh, doktor mana boleh gelabah gelabah kan hehee *senyum dengan cool*


Haaa yang macam ni cool tak? 


*keh keh terasa poyo pulak*




InsyaAllah
 in the future :)

4 comments:

  1. pembaca setia dari VolgogradApril 6, 2014 at 4:58 PM

    heheeeehe,
    comellah awak ni.
    kita sukaa.<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh nur ezlyni eddy azly ni, ingat orang tak tau ke tu dia hehe
      Awak bila nak update blog awak tuuu :p

      Delete
    2. pembaca setia dari VolgogradApril 7, 2014 at 2:21 AM

      kita rindu awak sungguh !
      nanti free brth eh faz.
      kita skype ?

      Delete
    3. Yes, we should certainly do that :P

      Delete