Showing posts with label JUST. Show all posts
Showing posts with label JUST. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Paeds posting


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilah,

selesai 3 postings :) (acah-acah gaya Malaysia heee, sebenarnya kat sini kitorang biasanya guna term 'rotation' tapi macam cool pulak bila cakap posting heeee)

Semalam osce exam for pediatrics rotation, and Alhamdulillah it went well. Except that I cant remember another controller for asthma management except corticosteroid (for counselling station) tapi okay lah, sebab tak baca sangat pun pasal asthma hahaa ><" , at least I went out from the pediatrics clinic dengan hati berbunga dan seronok.

Oh for your information, untuk osce pediatrics ada 3 stations, yang pertama station history taking, second for physical examination, the third one is counselling (ala-ala viva). Each station for 6 minutes. Habis je 6 minutes tu, and doctor will ring the bell, okay go to the next station.

Back to perasaan berbunga-bunga tu, kenapa? It's not that I performed really well or beyond excellent ke apa, but the doctors/specialists yang jaga stations tu sangaaaaaat baik dan supportive. Rasa macam nak peluk jeee semua semua doctor bila dah habis tiga-tiga station tu. But mind you, the doctors semua lelaki ==' Bila doctors baik macam tu, less nervous dan rasa seronok je masa exam, alhamdulillah once again :) In the end, it's not about the marks pun, but that satisfying feelings when we felt that we already tried our best. But again, all the praises should be returned back to Him 

And I just have to say this, walaupun materials untuk pediatrics ni luar biasa banyak jugak, but I really enjoy everyday rounds and history taking/examination with those innocent and blissful souls. Kalau antara tiga rotations ni (surgery vs internal med vs pediatrics) as for now I will say my most favorite one is paeds :) Okay terbanyak pulak bebel. Bila je faziera ni tak bebel masalahnya heee :PP

Okay, now masa untuk fokus pada final ! Sikit lagi ni, bertahanlah semuaaaaa !!
Bittaufiq everyone, may Allah ease :)



because makcik is too mainstream :P








Tuesday, December 29, 2015

post-surgery exams rants#43




Assalamualaikum wbt

alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)

Dia yang takkan pernah jauh daripada hambaNya, Dia yang sentiasa mendengar isi hati dan permintaan hambaNya, beruntungnya kita kan? Sentiasa ada Dia yang menjadi tempat sandaran kita

Siapa Dia yang saya maksudkan? Mestilah Allah subhanahuwata'ala, the only Rabb


Okay dan alhamdulillah jugak, baru je lepas oral examination tadi for surgery rotation. Semalam, mini osce. Alhamdulillah jugak lagi sekali sebab Allah permudahkan segala urusan untuk menghadapi exams ni.

Entah, walaupun hanya exams, tapi I learnt a lot dalam dua hari tu.

Why? Because I made a lot of silly mistakes for my miniosce test (slide gambar, jawab soalan based on slide) . Sendiri tak sangka, macam tu sekali banyaknya budak ni cuai. Geram sebab bukan tak tahu jawapan dia apa tapi cuai sendiri. Tapi it's okay, He's teaching me a very valuable lesson. Moga disemat sampai bila-bila.

To be a safe doctor.
Biar silap sekarang, jangan silap nanti.
Okay bakal doktor sekalian ? :)

And for oral examination pulak, alhamdulillah dapat Dr yang sangat-sangat baik, sangat mesra and alhamdulillah lagi sebab tak blank. Soalan simple. Dr said well done and I went out from dr's office happily :) Yang kelakarnya masa baca nama Dr kat pintu, serious ingat tu Dr vascular disease. Kemain try recall everything about vascular, and bila masuk dalam pun Dr tanya pasal intermittent claudication hihi, sekali rupanya, tu Dr Thoracic Surgery ! hahaaa and I just found out about that few hours after. Tapi alhamdulillah, Allah helped me. I couldn't imagine myself freaking out kalau tahu dari awal tu Dr Thoracic...


So nak kata, biasanya kan pelangi tu muncul selepas hujan. So, sentiasalah yakin dengan kasih sayang Allah tu. Not just in exams, tapi dalam everyday life kita pun. Semua yang berlaku, yakinlah, semuanya dengan izin Dia juga. Sebab tu kita kena sentiasa buat yang terbaik dalam setiap apa perkara yang kita buat.

Semalam, masa tengah down (sebab miniosce tu), I stumbled upon this verse;


Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.
AliImran ( 3;160)


Tawakkal. 

Satu kalimah yang ringkas tapi maknanya besar.

Selamatlah belajar erti tawakkal dan cuba untuk bertawakkal dalam setiap apa yang kita lakukan in our everyday life. 

Terima kasih sudi membaca orang membebel post-exam ni hahaa okay bai



oh, and just another message for you people ;

Someone Has Been Leaving Cute Motivational Post-It Notes On The Train:

^^




Wednesday, November 04, 2015

rants #40

6 years and 1 day .

Guess what , that is the age of my dearest blog :) happy belated birthday ! Too bad i missed it .. ==' but nevermind.

You see,

I used to talk very fast. But living with other normal-paced-speech-people had taught me to slow down my speech. Well, a bit. A lot actually. You should have meet the 7 years old me. Uish, semua orang jumpa akan bagitahu saya cakap macam kereta api. Orang kata, orang yang cakap laju ni biasanya otak dia pun fikir laju. Orang kata, bukan saya :P hehee . But yeah, my mind do wanders a lot. Especially in a moving vehicle. Reason? No idea at all. Ilham datang mencurah-curah kalau duduk dalam bas ke kereta ke, macam-macam otak ni fikir tanpa sebarang paksaan  (read; brainstorming) .

Nak katanya, melalui medium blog ni lah, saya belajar menyusun apa-apa yang terlintas macam kereta api kat minda ni.

So yeah, kudos blog < 3


***************

so let's talk about my clinical life. Again. Hahahaa k =='

Maka, minggu ni group kitorang berada di outpatient department. It is awesome and there is 2 more days to call it a week. Semalam ikut Dr yang specialized dalam chest surgery. Banyak sangat cases, bertalu-talu datang pesakit. Tengok CT scan, X rays. For today dapat Dr yang specialized in peripheral vascular diseases, tengok Dr bersihkan luka (diabetic foot), ada skin graft, follow up patient yang baru amputate. *tarik nafas dalam-dalam* I have to say this, "you still have a very long way to go, Faziera Diana"

Minggu lepas masa round dekat hospital dengan Dr, Dr pergi dekat icu, tunjuk contoh for drainage. The patient survived a road traffic accident (RTA), ada internal bleeding and dia tengah drain blood from the chest. The patient is a young kid. Kesian sangat dekat dia. Masa cakap 'salamtik' (which means; sejahtera ke atas kamu. It is a common phrase untuk doakan orang dekat sini) pun I couldn't hide my concerned and sad face :( which I shouldn't show as a professional future physician. But yeah, the learning process will take time. And I shall be tough cause things are only getting harder from now on.

Tapi terngiang-ngiang lagi muka si comel Salam masa round paediatric dulu. I hope she is getting better now :)


*****************



Entah, sedar tak sedar dah tahun 4. Lagi 2 tahun setengah je lagi. Yes, I am scared of the future. Can I make it through? Can I be a reliable and competent doctor? Most importantly, can I survive being a doctor in Malaysia? What about my family and future family? Sometimes I cant help but thinking of who would have wanted a doctor as a wife =='

Okay, stop. Jangan jauh sangat, patah balik jom.


So yeah, the future depends on what we do in the present.

Focus on doing your best right now. Have faith in Him. Put your trust in the One who knows every single thing that had happened and going to happen. Cause we are just mere humans after all. All weak and fragile. Without His mercy, we are nothing.



May Allah guide us all the way through :)

Thursday, January 01, 2015

the new beginning



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt, dear readers and 2015 :)



looking back in what happened through out 2014, was indeed a breath-taking experiences. So they said that experiences are the best teacher right? Betul lah tu. Cant agree more


Semoga Faziera yang dengan izinNya, survived the wild ride on 2014, become more stronger and tougher than she ever was before. Mungkin sebagai persediaan menghadapi 2015 yang entah apa pulak akan berlaku. Semuanya di bawah wisdom sang pencipta.

Entah

Bila fikir balik masa early 2014, tak pernah sangka semua yang dah berlaku ni akan berlaku (luls cliche I know tapi nak jugak state kan). Tapi semua tu as I said, adalah manifestasi Cinta dari yang Menciptakan kita semua. Cara dia atur kisah kita, dengan cantik dan tersusun. Masya Allah sangat :')


enough with the past. Yang penting, ambil iktibar dan move on


For the people that stays during my ups and downs, Thank you . 

Wouldn't make it through without you guys. And of course, Him <3 font="">


AllahAlJalil - Islamic Quotes & Reminders, hope, strength



Have faith :)



Sunday, December 21, 2014

hikmah dari dia

بسم الله الرحمن الرحيم



mencari mencari dan mencari

hikmah

*senyum lebar sampai nampak gusi*


menarik betul macam mana Allah atur hidup kita kan? Macam mana dia susun satu satu perjalanan kita, lepas sekian, sekian. Perfectly done. MasyaAllah sangat :') 


sejujurnya, I should be doing something else instead I choose to be here. ceh. procrastinate lagi. 


Alhamdulillah, baru je selesai final untuk GIS (GastroIntestinal System) dan sekarang baru belajar Endocrine System and its final is just within 3 weeks hahahaaaaaaaaaaaa #perksofbeingamedicalstudent

habis je final lab for GIS hari tu ingat nak relax jap, take some time for myself. Tapi lepas tu terus banyak benda lain menderu deru menuntut hak masing-masing yang diketepikan sementara fokus exam hari tu T.T dush dush dush Dia tengah ajar awak cara nak survive dalam kesibukan dunia ni. Biasakan diri dengan penat-penat ni nanti dah kerja nanti lagi lah kan penatnya mcm mana. Tu pun sekarang ni saya still tidur paling kurang 5 jam tapi biasanya 6 jam lagi walaupun dah 3rd year med student. Cannot lah tido tak cukup ni T_T takpe lah sikit2 belajar kut kalau dah desperate sangat nanti. luls

hm

kenapa nak tulis blog kan? sebab kat twitter cam dah tak bebas sangat nak luahkan apa yg kita rasa. And segan pun actually sebab kawan baca kehkeh. Kalau kat sini macam entah. Rasa lagi free untuk luahkan everything :P


talking about hikmah?


hikmah hilang passport
hikmah passport sampai super lambat
hikmah iqamah pun tak settle
hikmah tak dapat pergi mana-mana untuk winter break ni


tetiba dalam penat-penat ni rasa la jugak macam I need some time for myself. Mungkin winter break kali ni Dia nak bagi saya rest kejap dari berkejar ke sana sini. Serious tak tipu nak habis cepatt sem ni, its hard enough T_T hahaaaaa talking about hard things, well next sem dah ambil subjek PNS, CNS, UGS haaaaaaaaaa well. hm. cam tu la ceritanya. 


disebabkan seorang faziera boleh merepek sesuka hatinya di blog miliknya, nak masuk ke topik lain pulak. 

somehow, it feels amazing macam mana Allah tegur lagi saya secara indirectly through orang lain. Dan syabas saya ucapkan kepada orang tu cause it makes me think. Quite deeply. Mungkin sebab teguran tu datang dari a person of opposite gender. So macam tu lah. Baru cell-cell neuron get connected dan berlaku lah flashback balik semua dari zaman dulu-dulu. 

And through that jugak, I just realized that side of me.

sebab tu dalam Islam, Allah sentiasa suruh kita bersederhana, dan berhati hati. 

takpe lah, take it as a lesson 

Hikmahnya. Sangat berhikmah. *nangis lagi T.T*







sementelaah itu, kami (warga eminence) baru sahaja menjayakan Eminence Sport's Day. so, belanja lah gambar team kitorang satu hehee


akhir kata, doakan saya.

moga mampu menunaikan hak-hak yang menderu-deru datang menuntut . 





squeeeeee ><

Sunday, April 06, 2014

Ibrah Sang Artisan Dinding

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah ala kulli hal, selesai Cardiovascular System (CVS) dan sekarang ni tengah belajar Hematopoietic Lymphatic System (HLS) pulak .

HLS ni, banyak berkait dengan darah lah lebih kurang. So macam mana exam CVS yang lepas? Tak tipu, sangat sangat cuak. Siap call parents, minta maaf dengan semua orang, check balik mana-mana hutang kut kut ada ke ._. Rasa debar tu memang rasa macam lebih lagi dari waktu SPM dulu haahaaa ye ye je. Tapi serious tak pernah rasa debar over macam ni sepanjang ambil exam dari first year. 

First time masuk system kan? Rasa lah kelainannya. 

Masa jawab exam tu memang, fully tawakkal dekat Allah. Nak kata confident tu, entahlah. Baca tu memang dah tapi banyak sangat info sampai tak boleh nak recall dengan kemas, makanya Allah lah tempat bergantung. Then masa usrah tetiba bincang topik tawakkal. Beza tawakkal orang biasa dan tawakkal seorang daei. Apa bezanya?

Biasanya, orang akan bertawakkal bila ditimpa kesusahan. Bila rasa macam dah tak mampu nak buat apa-apa lagi. 

Habis tu? Apa special si daei ni?

Tawakkal si daei adalah tawakkal sepanjang masa bukan waktu susah je. *adeh masa tulis ni pun sentap lagi T_T*



Maka apa kaitan Title post? 

Alkisahnya, selepas selesai exam ni, konon nak reward diri lah, pergi cat dinding bilik. Padahal satu dinding je, and it took me almost a week to finish it up. Really, painting walls ain't as easy as it may seem. Panjat meja study, tampal selotape, nak golek-golek roller tu bagi sekata warna cat tu. 

Alhamdulillah siap jugak lah kan. Tapi rancang benda lain, jadi benda lain. (as in the design)


Makanya, 
Ibrah (baca; pengajaran) yang saya nak kongsi dengan para pembaca ni daripada kisah dinding saya ,


Kadang-kadang, hidup tak semestinya akan bergerak ikut apa yang kita rancangkan, tapi keep calm and dont freak out sebaliknya take your time dan fikir. Fikir solusi kepada masalah yang timbul. Running away wont solve anything. Semestinya juga ada hikmahnya kenapa apa yang kita rancangkan tu tak jadi. Sebab DIA  kan Maha Mengetahui :)


Tu lah antara pengajaran besar yang saya belajar. 

Just dont freak out if your life doesn't  go as you planned. 


Sekarang ni pun tengah belajar sedikit demi sedikit untuk mengurangkan kegelabahan dan menjadi lebih tenang. Ehh, doktor mana boleh gelabah gelabah kan hehee *senyum dengan cool*


Haaa yang macam ni cool tak? 


*keh keh terasa poyo pulak*




InsyaAllah
 in the future :)

Saturday, March 22, 2014

Bahagia lah selalu ye ? :)




بسم الله الرحمن الرحيم



kadang-kadang, bila sedih, bila stress,
kita lebih cenderung untuk mengadu pada hambaNya. 

silap
rupanya kita lupa
lupa untuk mengadu pada Sang Pencipta. 
Tuhan kepada si hamba itu. 


Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya."
AliImran  [3;29]

*senyum sorang2 *


Haha parah dah ni. Stress kejap lepas tu tergerak hati nak dengar Hakikat Bahagia by UNIC. Lepas tu senyum lagi. Rasa dah ingat balik kenapa waktu first year dulu suka sangat dengar lagu ni ulang dan ulang kali. 

Kenapa? Apa yang best sangat?

Kerana ia mengingatkan saya, betapa indahnya definisi bahagia tu sendiri. Definisi sebenar bahagia, bukan seperti yang dimomokkan di kaca televisyen. 

Oh, by the way, tahniah dan syabas jugak dekat adik-adik yang baru dapat result SPM. Walau ke mana pun hala tuju lepas ni, first and foremost mesti tetapkan niat. Kenapa nak further dalam bidang ni , bidang tu etc. Pergantungan dan tawakkal pada Allah , tu sangat sangat penting. Kenapa?

Sebab Allah itu kan Maha mengetahui *senyum lagi*


Dan sebab tu juga la sebagai pelajar medik yang sedang belajar makhluk kompleks yang cukup indah (baca;manusia) tak boleh putus asa jugak ! Final for CVS will be in less than a week. Mohon tembakan segala doa *-* 



Sebabnya, medan amal setiap orang itu kan berbeza-beza :')





Tolong lah dengar lagu Hakikat Bahagia tu. HAHAAA tak tahu ni dah kali ke berapa promote dalam blog. 


Sekian. buku dah memanggil.

Friday, March 07, 2014

pre CVS exam syndrome




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t 

First and foremost, saya minta maaf sangat2, tak sempat nak update pasal project sulung Eminence Relief Society. Tak sempat jugak nak share travelogue winter break ke UK hari tu  


nah, teaser sikit hihi.


*Piccadily Garden, Manchester


*M&M World, London



Rasa, boleh rasa masa yang makin menghimpit :|

Almaklumlah, baru masuk system kan. Dah pulak start dengan Cardiovascular system, (CVS) antara system yang boleh tahan jugak kriktikalnya. Sebenarnya nak buat entry ni pun memang rasa macam, okay I think that I need to spill, tak boleh dah tahan lagi. Tolak kejap buku nota physio ke tepi =='


Makanya, apa yang berlaku lately?

Lagi seminggu je tinggal untuk study CVS ni, lepas tu 2 minggu study weeks. Then terus exam. Exam dia sekali je pulak tu, takde dah first, second exam. Untuk exam theory, 60 marks, exam lab pulak, 40 marks, terus sum up kan dapat 100, then darab kredit hour iaitu 6. Orang cakap, the only chance lah, takde dah buat come back ke segala bagai tuu aaaaaa cuaknya T_T

Lepas tu, hmm lately ni disebabkan aktiviti harian yang makin busy sedikit, maka penyakit hati berbolak balik pun datang. Dapat berita tak berapa baik, emo kejap. Dapat berita gembira or alami sth yg soothing, terus gembira senyum sampai telinga. Mak aih, dah syndrome bipolar ni +.+ Lepas emo tu menyesal sendiri aigooo. Ye lah, tu lah yang susah, bersabar saat rasa nak marah tu. Sebab tu banyak ganjaran bagi orang-orang yang bersabar ni. Sebab, tak mudah.


Tak mudah tapi tak mustahil ! YOSH hahahahahahaaaa

Okay so i shall study now. Banyak lagi tanggungjawab lain selain study ni, makanya moga mampu melaksanakan tanggungjawab itu semua dengan berjaya


Tapi kan sebenarnya, kalau stress ke apa, try motivate yourself dengan tulis macam ni ke. Really, it helps :)



Okay thats all for now



these words are more than enough to soothe me :')



Panjang umur kita jumpa lagi InsyaAllah, teruskan berjuang !
 Sebab kita kan Jundullah, mesti lah punya kuasa super power yang AWESOME xD

Saturday, January 18, 2014

hai. saya tengah final

بسم الله الرحمن الرحيم


Hai hai assalamualaikum

minta maaf, sebab post kali ni macam hm haha. entah. tajuk dia pun cam kaitan sangat je dengan intipati post kali ni. HAHA. *stressed*

Esok, saya exam biostatistic. Doakan ye kalau rajin. Hahaa. Pelik, tetiba rasa nak update jugak T.T insyaAllah, in less than 2 weeks, sem 1 akan berakhir wooohoo *jejoget

Sila bayangkan encik monyet berjoget riang

Sorry, minda sedikit pelik. Final exam mood kan. =='

And insyaAllah, masa winterbreak nak jenjalan dengan cousins,kakak semuaa wheeeee moga Allah permudahkan :)

Sebenarnya nak sangat2 kongsi sesuatu, pasal kem pelarian Syria. Sebab hari tu batch kitorang buat program, untuk bagi bantuan ke kem pelarian syria tu. So, i happened to be one of the AJK, maka dapatlah pergi. Hehee. I wish i could write longer. Hm but i cant. 

InsyaAllah ada masa lagi nanti saya share eh, tunggu lah sampai bulan 2 nanti ye insyaAllah :)

Till then 

*teaser* 






:') 





Thursday, November 14, 2013

special .


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, warahmatullahi wabaraktuh 


Hm 
I dont know much bout them, (the arabs)


But just now, i just witnessed, this one special guy. Walaupun keadaan dia macam istimewa, macam muscular dystrophy, but i'm not sure. Tapi penyakit ni biasanya genetic. Nampak lah, the posture isn't right, jalan pun susah, senang kata, he's a little special dari kita, tapi dia tetap nak jugak pegi university, nak tuntut ilmu. Walaupun, susah kut. Ye lah, JUST ni quite besar, nak jalan mmg jauh, nak berebut gonggok lagi. (*gonggok ialah nama manja bagi bas yang kitorang guna untuk pusing jami'ah (JUST) )  Tapi he still has the will and urge untuk pergi university, yang penuh dgn manusia, dan mungkin manusia yang suka bagi pandangan pelik-pelik, i dont know tetiba rasa inspired by him.


Dia yg Allah cipta istimewa sikit, pun ada semangat nk tuntut ilmu sungguh2, kita yg lengkap semuanya? Yang takde defect dekat genes ni? Still dare nak ponteng? Allah, tarbiyah Allah bagi di pagi buta, sebelum bergerak ke lab genetic :') 



55:13
Sahih International
So which of the favors of your Lord would you deny?


Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 



Alhamdulillah, alhmdulillah alhamdulillah, bersyukur katanya. 

Maka, apakah manifesti syukurnya? 

*tertusuk di jiwa* T.T

Tuesday, June 25, 2013

Summer Semester, oh, yes raya in Jordan too !


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

so , rasa macam nak paksa diri ni update walaupun rasa macam takde apa2 nak cerita. cuti 3 minggu, dah habis, buat apa je kat rumah ? tepuk dada tanya hati. erkkss T.T

anyway,
summer sem dah masuk. YAH SEMANGAT SEMANGAT xD

tapi rumah tak settle lagi,  

Abang kat mesir nak balik rumah tengah bulan Julai ni

Kakak dekat london nak balik rumah hujung bulan Julai ni.


well, at least I'm not all alone, abang dekat Australia tak balik for raya jugak, high five sikit Ail ! 

Dah dah, whatever happens, kena selalu ingat;

Allah tu kan AlHakeem, maha bijaksana, IlmuNYA sangatlah luas, dan DIA tahu apa yang terbaik untuk kita

so, JUST tengah mengajar awak erti pengorbanan

ni baru baby steps ke arah menjadi seorang doktor ye tak? nanti dah jadi doktor , *insyaAllah* macam-macam lagi pengorbanan awak kena buat. so, stay strong babe 







lets just do the best for summer semester, 

 may Allah decides whats best :)




sila kenang saya dalam doa kalian sewaktu beraya di Malaysia,
 I'm staying here for you ppl pun kan ;)


Friday, May 31, 2013

Alhamdulillah, its over .


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, 

Maka dengan ini, hampir genap sehari dah habis final exam. yaabedaa bedoo *jejoget* hihi. Alhamdulillah. Selalunya waktu cuti sem ni ramai la yang pergi melancong, tak pun balik Malaysia. Tapi saya, masih kekal di sini. Menjadi the Guardian of Irbid T.T

Takde lah sangat sebenarnya tengah saving sikit, kan nak pindah rumah baru, so semua pun kena beli baru, katil baru, meja belajar baru, etc, so kena guna quite banyak la jugak duit. oh by the way, I did said that nak tunjuk gambar rumah baru tu kan? 

here it is , Taraa :D



*yang tingkat atas tu je *

dan masih dalam pembinaan, belum siap sepenuhnya lagi. InsyaAllah dijangka siap awal atau pertengahan bulan 6 nanti .

Alhamdulillah, selesai dengan sem kedua tahun pertama. Alhamdulillah juga, sempat buat bulatan gembira dengan kak Nina, Umi dan Syarfa' sekejap sebelum kak Nina balik Malaysia hari ni. Semua pun share lah pasal exams, dan segala-gala yang berlaku in the past 2 weeks. 

Baru je lepas 2nd sem untuk first year ni dah rasa lega. Rasa dia beza sangat dengan untuk 1st sem. Ye lah, naik 2nd sem kan dah mula berkenalan dengan subjek medik. *tarik nafas* dan dalam masa 3 bulan ++ , bakal bergelar pelajar medik tahun 2 pulak. yup, orang cakap tahun 2 yang paling mencabar. Tapi takpe, 

kan Allah dah berfirman dalam love letters nya;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 

[Surah Al-Baqarah, 2: 286]



cam familiar ? Alah, ada dekat ma'thurat yang kita baca hari2 tu :)




so, everytime kita rasa down, or rasa macam,

"Eee, rasa macam dah tak mampu , rasa macam nak redha je apa jadi pun."

"I don't think I can do this. Aku memang takkan mampu pun :("


Hey hey, berhenti kejap. Tarik nafas dalam-dalam dan pergi ambil Al-quran, dan selak Albaqarah, 49 m/s, 286 , baca dan cuba fahami dengan hati ayat tersebut :)


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَها  لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ  رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا  رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا  رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا  أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 


So, tiap kali kita rasa macam kita tak mampu, ingat macam ni je

Rasa atau perasaan tu semua hanya bisikan syaitan. Yup, syaitan yang sejak dahulu lagi sememangnya tak suka dekat kita. Tak nak tengok kita berjaya, sebab? Sebab syaitan itu sememangnya musuh yang nyata. Dia siap dah mengaku lagi. Tak percaya ? 

Selak surah Ibrahim (258 m/s) ayat 22


Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu"



Semoga juga kita mampu melawat hasutan dan bisikan serta tipu daya syaitan, 

p/s . Dah Allah rasa kita boleh, mesti lah kita boleh kan. kita kan Khalifah Allah yang hebat ? :')





Doakan kami,
5 years and counting. semoga berjaya survive , :)


Sunday, February 17, 2013

Spring is almost here !


Hari tu semangat pergi lecture awal sebab nak singgah kejap-kejap along the way and snap gambar bunga yang cantik and baru nak berkembang. Unfortunately, hari tu angin sangat amat tersangat kuat sampai banyak bunga-bunga jadi kuncup sikit T.T

However,  look at those, still so beautiful :) SubhanAllah 

yang ni dekat dengan pintu masuk university :)











yes , I know. Cantik kan ? :)


 Tadi sebenarnya masa on the way balik ke rumah dari jami'ah, terserempak dengan sorang makcik Arab ni. Tapi dia jalan depan kitorang laa, tetiba dia macam toleh belakang, and I just threw a smile , and dia pun senyum balik sambil cakap something yang kitorang tak faham *sorry, so beginners in Arabic =='* masa tu tengah jalan bertiga , dengan kawan-kawan.

Jalan dan jalan, tetiba dia macam terbual dengan kitorang, dia cakap, dia dari Syria. Then jalan dan jalan dan jalan dia cakap lagi, *maksudnya lebih kurang macam ni la* dia nak try daftarkan anak dia dekat sekolah tapi macam susah. Ada anak laki dia jalan kat depan, kecik lagi, macam dalam darjah 2 ke 3 camtu lah. Lepas tu makcik tu nak cross jalan, and we bid   مع السلامة  (goodbye)


Then perjalanan yang hanya tinggal beberapa langkah sebelum tiba di Sakan Dani terus terisi dengan ingatan-ingatan terhadap saudara-saudara kita yang dekat Syria. Hari-hari baca dekat newsfeed di facebook mengenai kegawatan di sana, hari ini menyaksikan sendiri salah seorang penduduk Syria datang ke Jordan, mungkin untuk hidup dengan lebih aman, atau mungkin ada saudara-mara dia di sini, wallahua'lam, dan di Jordan sendiri memang dah ramai pelarian Syria.

Teringat akan kisah di 'The Kite Runner' , mengenai Afghanistan. Bagaimana askar-askar Russia yang semakin mengganas menyebabkan penduduk di sana terpaksa keluar dari situ in order to survive, *tapi cerita tu wholly pasal persahabatan, best ! oh, I cried =='

Betapa kita ni sangat lah kena bersyukur sebab macam-macam nikmat yang Allah dah bagi. Ada sampai korang terpaksa tinggalkan tempat lahir korang sendiri semata-mata nak survive? Pernahkah kita rasa peritnya rasa terancam setiap hari setiap detik? Pernahkah kita rasa pilunya kehilangan mereka yang kita sayang dalam tempoh yang sangat sekejap? Pernahkah kita rasa terlalu sempit dalam hidup sehingga terpaksa menjatuhkan ego lantas meminta-minta di jalanan demi meneruskan perjuangan hidup?

Pernah korang bayangkan tak , satu petang yang damai, korang tengah duduk tengok tv dengan keluarga sambil makan keropok lekor. Tetiba ada orang ketuk pintu kuat-kuat. Then dia suruh korang sekeluarga kosongkan rumah tu secepat mungkin, lepas tu without any reasons ayah and abang korang kena tahan, tu pun kalau orang tu tak nak sentuh yang perempuan. Sedih sangat. 

So ambillah masa sejenak, fikirkan mengenai saudara-saudara seislam kita yang berada di seluruh dunia. 


Sungguh, pertemuan tadi membuatkan saya berfikir sejenak ,


Please people, stop demanding, be grateful of what you have 



kredit : facebook

Sabda Rasulullah;  محمد صلى الله عليه وسلم



"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"


 last but not least syukran Dayah sebab kongsi kan hadith ni tadi :) 

Wednesday, February 06, 2013

Sem 2 membuka tirai

 بسم الله الرحمن الرحيم

Maka adakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) 
                      dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 
                                                    Al-mu'minuun,  (23;115)

Ayat ni, buat saya tersedak kejap. Eherm . 
Direct Allah tegur hambaNya, Allah tahu, manusia memang mudah terleka.
So apa dua tujuan utama hidup kita ? Baca yang dekat atas tu ^^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sedar tak sedar dah masuk pun semester dua, di mana kitorang, pelajar medic dekat JUST akan start berkenalan dan belajar untuk berkasih dengan subject medic. Selamat datang dalam hidup saya wahai Anatomy, Physiology dan Histology, bermula detik ini kita akan berkenalan lebih rapat lagi dan semoga kita akan jadi teman yang paling baik sekali , insyaAllah 

So bak kata senior semester 1 tahun 1 yang paling heaven dah over, masuklah fasa seterusnya, fasa budak medik. Sem 1 kitorang belajar yang basic je cuma detailkan lagi macam yang korang belajar dekat asasi,

Perasaan ? Excited tu memang ada, nak belajar benda baru tapi memang tipu lah kalau tak cakap ada jugak rasa cuak tu. Tetiba teringat pesan Ustazah CTIS masa dekat INTEC tu. 


" Belajar itu fardhu kifayah, tapi bila ia menjadi satu kewajipan, secara auto belajar tu jadi fardhu ain. Contoh macam kalau kita nak jadi doktor. Belajar medik tu satu pilihan tapi bila kita nak jadi doktor, kita wajib untuk belajar apa yang kita perlu tahu as a doktor contoh cam Anatomy dan sebagainya, sebab benda tu penting untuk kita tahu as kita nak rawat orang nanti" 


Faham tak ? Ayat macam tak betul sikit tapi harap korang faham apa yang saya nak sampaikan. Baca banyak kali sikit, hehe

Same goes la kalau korang nak jadi Engineer ke, wajib lah ada ilmu2 yang diperlukan untuk jadi Engineer tu sendiri dan jugak pekerjaan2 yang lain. 

Maka secara tuntasnya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa *rindu sangat nak buat karangan BM Cikgu Saipul ni* kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam tiap satu perkara yang kita kerjakan. Bukankah Allah menilai usaha kita ? So, nak serap semua semangat-semangat yang ada dan ayuh kita mengorak langkah bersama, dan terus menggagahkan diri dalam perjuangan yang tiada henti ini, insyaAllah :)






Lets be best friends shall we ? :)

Wednesday, December 12, 2012

eh, nak pergi mana tu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dah lama tak jenguk blog. Miss me much? Hehee, its okay, orang cakap when you miss someone, sedeqah kan Al-Fatihah untuk dia :)

Dah tiga bulan lebih saya duduk dekat sini. Macam kejap je kan? Pejam celik pejam celik, lagi dua tiga minggu dah final exam untuk semester satu pun, ==' memang takkan berhenti lah, exam je memanjang. Sebab sistem dekat JUST ni exam-based learning kut. Its okay ye Faz, insyaAllah lepas habis exam ni nak treat myself dengan melancong ke Egypt! So, kena make it worth it la. So yeah, i need to work harder ! Tapi tu lah masalahnya, lepas second exam hari tu *which is last week* rasa macam malas je, tak menusuk lagi semangat tu, *ambil pisau stab myself*


Kadang-kadang, masa on the way nak pergi JUST (Jordan University of Sciece & Technology) macam-macam sangat idea mencurah-curah nak update blog. Sadly bila sampai rumah, nampak katil tu lagi menarik, tak pun dah lupa sebab kena buat house chores lain, tak pun sebab kena study sebab exams. You see, banyak kan halangan? Tapi takpe, kali ni je, nak share sikit apa yang saya rasa mungkin boleh bermanfaat dengan you guys ,


eh, nak pergi mana tu? 
Apa yang saya nak cuba cakap ni kan? Okay, fikir balik jap.
Siapakah yang selalu pergi waktu kita perlukan dia? 
Atau kita tak appreciate dia masa dia ada?


Yeah, I am talking about the 'TIME' . Lately ni rasa macam banyak sangat buang masa. Set jam handphone awal, then bangun tutup. Padahal kalau lepas subuh tak tidur macam-macam boleh buat, study ke apa ke. But its frigging cold yaaah =.= susah sangat lawan tempation lagi-lagi musim shita' ni T.T  Yup, indeed time is always running and it never stop, tak pernah even berpaling pun dekat kita kan. So, jom duduk kejap, fikir kejap je, kita dah gunakan masa kita sebaiknya ke? Berbaloi ke hari ni, hari semalam? 

Actually entry kali ni nak naikkan semangat saya nak hargai masa lebih lagi sebenarnya, sebab rasa macam dah banyak buang masa dengan tidur, tidur dan tidur T.T *musim shita' (sejuk) la katakan* 

Kejap,  lagi berapa minggu je nak masuk 2013, dah nak masuk 19 tahun dah, oh my tuaa nya :(


*وَالْعَصْرِ* إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ 
*إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian
,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar.


Nak ke kita jadi orang yang rugi ? Tak nak kan? Mesti semua orang nak jadi orang yang beruntung kan?

So from now on, jom jadi seseorang yang hargai masa sebaik-baiknya, what past is past, tak payah nak kenang-kenang lagi, melainkan kita jadikan pengajaran je :)




so that's all je lah. Entah tak tahu bila lagi nak update, ye lah, final is coming T.T

Lastly, semoga kita jugak termasuk dalam golongan mukmin yang beruntung nanti, amiin ^^

*sekarang dah update pasal masa kena sangat sangat jaga masa, Allah kan tak suka siapa yang menyuruh orang buat kebaikan padahal dia pun tak buat. reflect diri dekat depan cermin kejap :'|, may Allah ease everything*