Showing posts with label intec. Show all posts
Showing posts with label intec. Show all posts

Tuesday, August 07, 2012

so fast ~

SUBHANALLAH. 

cepatnya masa berlalu. Ramadhan pun dah nak meninggalkan kita. erm, apa je yang saya dah buat sepanjang Ramadhan ni. dah manfaatkan betul-betul ke ? confirm ke tahun depan sempat jumpa Ramadhan lagi ? :|


it do sounds very simple. 
but these verses have the deepest meaning , 



dan , lagi sepuluh hari je saya dekat INTEC. next week, final exam lepas tu clearance :) 2 minggu lepas raya, insyaAllah, jika tiada aral melintang bakal meneruskan perjuangan di bumi Anbiya' , iaitu di bumi Jordan. 



Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


 hargailah setiap detik itu, kerana hatta emas setinggi langit pun tidak akan mampu membeli nilainya satu detik tersebut. 


Wednesday, July 18, 2012

Usrati di Intec a.k.a smart group :)


waah, nampak sedap kan . NYUM NYUM :) tak laah, bukan saya yang buat pun, tapi kakak Naqibah usrah saya yang buat. Sebab usrah kitorang ada tiga orang yang lahir bulan tujuh . hehe. 
sedapnya, moist chocolate cake tu *gulp 

selepas selesai azan isya' dan usrah pun bermula. topik favourite kitorang, macam biasa laah, cerita pasal Dr. Morsi. Kak Mufidah ni dulu belajar dekat universiti di Mesir. Jadi banyak laa jugak yang dia tahu pasal keadaan di sana dengan Ikhwanul-Muslimin, dan sebagainya. Asalnya nak cakap pasal persediaan Ramadhan rasanya. Tapi , tiba-tiba terbincang pasal ni pulak. Sebab kitorang baru je balik dari BTN. Oh, tak buat lagi entri pasal BTN. lepas ni la kut. 

Dalam pukul 10 macam tu, sesi mensyukuri nikmat Allah pun bermula :DD




hehe, sedap sangat la tu :P


oh seriously. yang kanan sekali belah bawah *karamel* SEDAP WEH ! 



See, best tau ada usrah ni. Usrah tu dalam bahasa melayu bermaksud keluarga. Sekurang-kurangnya sekali laa dalam seminggu kalau tiada aral melintang, kak Mufidah akan buat la usrah ni. Bagi saya, usrah ni penting. At least, ada juga la sesi muhasabah sikit2, nak cuci2 sikit hati ni. Kadang-kadang kita tak sedar, dah terlalu terleka dengan keasyikan dunia ni *ayat tak boleh blaah >.<
yer, saya teringat zaman selepas PLKN dahulu. KBSW, ONEHD, MTV, FB setiap hari wajibb layan semua tu =.=' 

Kalau zaman sekolah dulu ye lah, usrah diwajibkan, setiap maghrib dan isyak ada kuliah, jadi macam terjaga la jugak. tapi bila dah masuk Universiti atau Kolej, kena pandai2 cari sendiri. InsyaAllah, ada je :)

akhirun kalam; usrah best xD


oh btw, hari tu exam physics. mid-term punyaa. Oh Myyyyy, susahh TT.TT serious tak beberapa nak yakin dengan jawapan. dan, tawakkal laah sebaik-baik penyelesaian. 

HE knows best . JYEAH :DD 
*chill awak , chill .

Saturday, June 30, 2012

di kelas Civilisation in Islamic Medicine :)

kitorang belajar mengenai perubatan zaman Rasulullah s.a.w; Al Tibb Al Nabawi.


antara cara ubatan serta pemakanan yang diamalkan ialah, berbekam, madu, tamar (kurma), cuka, habbatus sauda', buah zaitun, dan buah tin.


Mula-mula sekali , nak sentuh pasal berbekam. memang pernah dengar selama ni, tapi tak sangka banyak sangat kebaikan berbekam. Antaranya, dapat mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar. Lagipun, kita, umat islam diharuskan berbekam sekurang2 nya sekali seumur hidup. Berbekam ni kan sunnah nabi :)


man,this is so freaky ..


tengok laaa darah tu . aaaa o.O

tapi saya prefer berbekam dari guna benda alah ni =='




tapi yang saya nak share hari ni sebenarnya mengenai buah tamar, atau lebih mesra digelar sebagai kurma oleh rakyat malaysia ^^


waah, laazizunn jiddan :D *means; sedap sangat




pernah makan ? mesti  laa kan? lebih-lebih lagi masa Ramadhan, memang laku laa kurma ni,


uuuu, ni terkenal kut. yusuf Taiyoob B)




tapi, bila Ramdhan pergi meninggalkan kita, kita pun dah tak amalkan makan kurma ni kan ? saya cakap secara umum la, bukan semua, tapi mungkin ramai yang di antara kita. lepas tu, masa dalam kelas civil tu tiba-tiba ustazah Nabilah share satu hadith sahih ni ;


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Seriously, saya baru dengar tentang hadith ni. 


Sambung Ustazah ; sebab tu kurma ni sepatutnya ada di rumah kita sepanjang masa. bukan waktu bulan puasa je.


Oh, tertusuk seketika di situ . memang kalau bukan bulan puasa, jarang saya merasa buah tamar ni =='
Oleh sebab tu la, kita kena pastikan di rumah kita tu ada kurma, lagi pun best kut. sedap pun sedap kan, khasiat dah laa banyak. 


Antaranya , 
        Mencegah penyakit kronik dalam badan seperti penyakit jantung dan kencing manis
        Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran
        Tenaga segera ,


dan banyak lagi.untuk info lanjut boleh tekan sini :)




okay, tu je yang saya dapat kongsi untuk hari ini. cuma rasa macam ilmu baru laa yang saya dapat, so peeps, jom makan kurma hari-hari :DD hehee.



Friday, June 29, 2012

book review ^^

Ada satu buku ni, sangat menarik cover dia, dan tajuk dia pun best :)






tiba-tiba terdetik kat hati ni, nak tahu kisah2 wanita istimewa yang boleh kita jadikan idola, pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu. 


kalau dulu2 asyik baca cerita Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan lain-lain *banyak sangat* , apa kata kali ni cuba baca kisah yang real. bukan cerita dongeng punn. untuk dijadikan sebagai suri teladan


dalam buku ni ada banyak bahagian, antaranya ;


 wanita istimewa sebagai ibu, pengasuh dan penyusu
 wanita istimewa sebagai isteri
 wanita istimewa sebagai anak
 wanita istimewa berbaiah dan utusan
 wanita berjuang di sisi Rasulullah s.a.w
 wanita merawat dalam peperangan


dan banyak lagi. hehe. ada dalam sembilan bab la, harganya pun boleh la tahan kan. tak cecah puluhan pun :)


so, peeps, selamat mencuba ^^ boleh dapatkannya di kedai buku berhampiran anda. 


*saya beli di kedai buku kat Ole-Ole :DD



Tuesday, June 26, 2012

real facts bout theTWITTER

erm, ada twitter ? tak tahu twitter tu apa? bawah ni contoh nya :)



cuma nak cakap la; twitter ni sangat2 public. apa2 yang korang post *terutamanya kepada yang tak privatekan tu* semua orang dari segenap dimensi boleh baca. be careful with your words , tu je . hehe. serious, senang nak stalk orang guna twitter, so para stalkers, sila buat akaun twitter xD

ok, kidding ==' takde la. tapi si Admin tu yang nak share dengan satu dunia kan dia buat apa. so, don't blame people for reading it. tu je, thanks :)


oh, tadi ada presentation yang tak dijangka dan tak diduga. alhamdulillah, semuanya ok je, 

tajuk : Hukum Makan Sembelihan Ahli Kitab

serious, ingatkan kitorang tak kena sebab da la kitorang group yang terakhir, nasib baik semalam sempat bincang. lepas ni dah lepas, boleh gelakkan orang lain dengar presentation orang lain dengan fokus :P

Saturday, June 23, 2012

who can define bahagia ?

tiba -tiba terfikir, insyaAllah dalam masa lagi 6 ke 7 tahun saya akan bergelar seorang doktor :) amiiin perkataan tu berat, ya saya tahu. masa dulu2, orang tanya nak jadi apa, saya memang jawab, tak pasti, tapi memang bukan doktor la. dekat carta yang ditampal di belakang pintu kelas tu pun, saya tak letak 'doktor' sebagai cita2 saya. i choose a totally different field =='


ok. jangan pandang pelik dekat saya . 

maaf, intro agak tidak berkaitan dengan tajuk post ..
Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran
nak juga cakap, tolong cuba fahami lagi Hakikat Bahagia - UNIC, yang jadi lagu dekat blog saya ni. sebenarnya bahagia itu sangat luas maksud dia. sesiapa pun boleh jadi bahagia, kan ? cara dia senang je, hargai dan syukuri setiap apa yang kita ada setiap masa , setiap hari ^^

contoh ;
beberapa hari lalu masa dekat INTEC, saya tersalah print lecture notes. Instead of printing 6 slide in 1 page, saya print satu2. standard lecture notes ada berapa slides ? lebih kurang 80 kut. nak tak nak terpaksa gak hulur duit dalam keadaan tangan yang terketar-ketar. haha. *exaggerate* dan bermula laah pelan super-savers saya :)
FYI, saya sangat suka makan. Ia nya antara cara menghargai nikmat . hehe :) kalau dulu makan nasi 2 kali sehari, terpaksa cut down jadi sekali je. untuk tengahari, bawak bekal roti gardenia 3 atau 4 keping yang disapu dengan Nutella ^^ sedap dan berkhasiat. cecewah, then masa petang baru makan petang *untuk malam sekali laa. tak pun, makan roti dengan mushroom soup.

kesimpulan , memang rasa sedih sikit, tapi sebenarnya okay je. ada yang tak makan tengahari langsung, lagi kesian. mangsa2 yang dekat negara2 kekurangan makanan tu, lagi laa kesian, awak kena laa bersyukur, boleh makan roti dengan nutella pulak tu. then, masa makan tu, terbit laa rasa bahagia sebab boleh jugak isi perut ni :') buatnya, saya ditarik nikmat makan, ada ulser mulut ke,

jadi bersyukur laah dengan apa yang kita ada.
nikmat yang DIA bagi tu sangat tiada ternilai. jadi bila tiap kali kita bersyukur dengan apa yang kita ada, mesti kita akan rasa satu perasaan yang indah iaitu bahagia :)



jom hayati dan nyanyi sama sama ^^

Hakikat Bahagia -UNIC
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki





saya harap sangat readers akan jatuh cinta dengan makna lagu ni,
dan akan rasa  bahagia bahagia bahagia selalu :)

Wednesday, June 20, 2012

my first quiz :O

so, today will be the evaluation day ,
the first quiz ever which is ; a biology quiz . 


all the best to all my classmate , MEJ4 :D






wish me luck, peeps :)

Sunday, June 17, 2012

kita belajar dari kesilapan .

don't judge me for my past,I don't live there anymore 


# serious ayat ni copy&paste je


haha. cukup laah. belajar dari kesilapan. jangan ulanginya buat kali yang kedua okay, 


fighting, awakk :D


insyaAllah :)

Friday, June 15, 2012

photoshoot for MEJ4 :)

warm up, before the real photoshoot session :P

Madihan, Khai dan Moi :)

bersama si comel Syarfa'  *suka la tuu*

sesi photoshoot mengejut. no blazzer, no props. tapi kami cool je . hee


so, ni laah hasilnya ^^



 formal punya . oh, find me if you can . haha :D





~ gaya bebas   :DD

 credit to Syazwan for the editing :)

Saturday, June 09, 2012

ayuh lihat semuanya dengan mata hati ^^

subhanAllah ; 

Dr. Faziera Diana binti Mohamad Nasir 

 indah kan, bunyi nya. memang la, bukan mudah nak dapat 'title' Dr. tu. even nak dapat peluang macam yang saya dapat sekarang; iaitu dapat belajar di Intec, dan peluang untuk further study di Jordan, insyaAllah, rasa macam kerdil sangat saya ni. layak ke saya dapat semua ni ? even, yang straight A's tu pun sangat sangat rezeki :') baiklaah Allah kan ? walaupun saya mengaku, kadang2 selalu terkhayal dengan dunia ni, tapi DIA tak lupa pun dekat hambanya ni.

hari jumaat tu, masa ambil report di KPJ Specialist , Shah Alam, doktor yang check saya pun borak2 la. soalan biasa; nak amik course apa? saya pun jawab; perubatan . dia reply; oh, perubatan. tak susah mana pun. sambil senyum, dia sambung; yang penting kena rajin :) aaaaa . ok, thanks doktor  bagi saya kata2 semangat. hehe.

dulu kat dorm pun pernah laa main2, angan2 dengan Che and Lyni, yang kitorang nak masuk Intec sama-sama, study sama2, dan tak sangka. sekarang, saya dah pun bergelar siswi Intec, Shah Alam . *rasa nak nangis pulak* hoho. masyaAllah. Hebat sungguh Allah kan ? :')

jadi, bermula dari sekarang, semuanya, cabaran, cabaran, dan cabaran. Bak kata Ustaz Afwan, Allah telah berfirman;

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
 - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Hidup ini hanyalah suatu perjalanan, jadi, apa2 yang kita buat ni hanyalah untuk beribadah kepada Allah :) tak kisah laa, walau apa pun jalan yang kita lalui. Ingat, walau apa pun rezeki kita, dapat sambung in medic ke, engineering ke, pendidikan ke, finance ke, tak kisah la kan, bukan DIA saja2 suka suka bagi kat kita. there's reasons. 

jadi kawan2, lets fight ~ for the sake of umat islam, ayuh kita berjuang . Chaiyok ! :DD


everything happened for a reason :')

Tuesday, June 05, 2012

HASNI, at last I found her ! :D

dia masuk INTEC hari ahad lepas, 3 Jun. Tapi baru tadi masa kitorang buat rehearse lagu UiTM baru dapat jumpa dia. Sibuk sangat dengan orientasi. Well, saya senior 2 minggu awak ! haha :P


sahabat till jannah ? insyaAllah :)

Saturday, June 02, 2012

INTEC, Shah Alam

its been weeks since I left home, and become a student of INTEC, UiTM. To be honest, the first day was like the most miserable day, I went there without any photocopied documents, not even my Dad's identity card's copy. I even didn't bring enough money to pay the fees, also, I didn't bring along any passport picture's of me. When the facilitators asked us to bring along our documents for the night, to prepare ourselves for registeration process, I was like ==' uuh. 

So, that late evening, I rushed to the printing shop, the KODAK shop, and so on. Alhamdulillah, Kak Rachel was there to help me. Hehee, thank you sis. Also, Wani helped me bought my dinner, well, I can't live without food. Hehe. Alhamdulillah, Tasneem was willing to lend me some of her money, so I can pay the fees. Although the day was quite miserable, in which I was suppose to be spending my day with Che and Ezlyni in Time Square that day , but its okay, HE knows best , right ? :) Though I have to face such situations, HE still sends people to help me out along the way, how sweet :))

oh, don't remind me how awful I look at the passport picture I took that evening -.-'

note that; It was a last minute call. Taraa~ surprise from collaboration between JPA-MARA. It was that morning during breakfast that I knew that I need to register for MEP, INTEC at that particular moment. I guess that explain my unorganized day. Haaha


And, so I went through the Minggu Destini Siswa with MARA's students, and my group is super awesome. 

*tepuk periuk*
Haiyaa Haiyaa Sodiqi 2x 
We are, the MUMTAZ elf :D

hehe, that was my group's cheers. But, we changed it ==' don't ask why :P and all the performances that final night was super hilarious. All of them were so funny, and spontaneous, and that sometimes made me wonder, why can't I be like them T.T Its okay, everyone have their own advantages :)

the awesome facilitators :D

and so, the orientation ended well. The next week, the class started. The journey of a college's student just started. Where , I have to buy my own food, shop my own groceries, count in the money I've used so that the money will be enough. The deans just started to give explanation about their subjects. Bout the researches, and warned us bout the lots and lots of presentation. English was our main language back there, in the class. And, everyone there are so awesome. 

New environment, new people, new atmosphere,

classmate, Syaqira. dr Kelantan. hee :)



hope that everything will be great and just fine here. InsyaAllah :)



hehee. cam tak cam tak ? hoho :P