Showing posts with label academic. Show all posts
Showing posts with label academic. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

random rants lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Lamanya tak bertandang kat sini. Acah-acah sibuk je sebenarnya. Sibuk atau tak mampu mengatur masa dengan baik sebenarnya ? k, sila jawab dalam hati.

Berbaki lagi 4 minggu je untuk posting pediatrik. I have to say this, tahun 4 ni berlalu dengan sangat pantas. Too fast ! Lagi berapa minggu je boleh round dengan ahli group A1 kesayangan. Every one of them have their significant roles. The smart one, the funny one, the one who always saves us from specialist yang tanya soalan macam-macam, the lay-back one, the suka cari pasal one, *cries* I will certainly miss you guys :') #overlyattachedgirl #yesthatsme

When life gives you lemon, you just have to take that lemon, squeeze it out, add some water and sugar and daa~ a fresh lemonade is now ready ! ps/ lama tak minum lemonade Tasneem *I know you're reading this, Tas. So silakan memerah lemon sekarang :3 hihi

Well, final is coming real soon whether you are ready or not. Brace it, and we can do this ! InsyaAllah :)


Nouman Ali Khan, love for Allah quotes:

well, cause awesome things aren't cheap :')

Thursday, January 14, 2016

Just another clinical rants

Hey, assalamualaikum wbt

So it's been a while isn't it? I've started my internal medicine rotation for almost 2 weeks now. How was it? Still belum grasp it betul2 tapi macam menarik jugak lah sebenarnya. Mostly belajar pasal heart, respiratory, penyakit darah, etc. Today I met a very cooperative uncle. The chief complain is chest pain. We (my friend and I) did a full physical examination on him (inspection + palpation + percussion + ausculatation). Moga Allah permudahkan urusan pakcik :)

Ingat lagi masa minggu first masuk hospital and start touch (buat physical examination)  patient. Awkward  yang amat hahaaa 😂😂 tapi by time, perlahan2 belajar & improvise.

Just like how we should do to ourselves, kan? 


2016 dan tambah lagi satu angka dekat umur. Tapi takde pun rasa beza 21 ke 22 ke, sama je hehe. Hakikatnya lama lagi nak cecah exactly 22 tu mungkin sebab tu lah takde rasa beza kut. Anyway, what is your new year resolution? I am still searching for mine. This time kena cari yang betul-betul solid. Resolutions bersama reasons. Kalau tak, memang sampai pertengahan tahun pun dah hmm. 

Yang pasti, semua orang pun mesti nak yang terbaik untuk diri sendiri, kan ? 

Stepping out from your comfort zone is never going to be easy, but it'll be worth it *tiup2 semangat sikit* 




Best of luck with your 2016. 

Wait, baru sedar sebenarnya lagi 2 tahun lebih je nak grad, cepatnya T_T 

Tuesday, December 29, 2015

post-surgery exams rants#43




Assalamualaikum wbt

alhamduillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)

Dia yang takkan pernah jauh daripada hambaNya, Dia yang sentiasa mendengar isi hati dan permintaan hambaNya, beruntungnya kita kan? Sentiasa ada Dia yang menjadi tempat sandaran kita

Siapa Dia yang saya maksudkan? Mestilah Allah subhanahuwata'ala, the only Rabb


Okay dan alhamdulillah jugak, baru je lepas oral examination tadi for surgery rotation. Semalam, mini osce. Alhamdulillah jugak lagi sekali sebab Allah permudahkan segala urusan untuk menghadapi exams ni.

Entah, walaupun hanya exams, tapi I learnt a lot dalam dua hari tu.

Why? Because I made a lot of silly mistakes for my miniosce test (slide gambar, jawab soalan based on slide) . Sendiri tak sangka, macam tu sekali banyaknya budak ni cuai. Geram sebab bukan tak tahu jawapan dia apa tapi cuai sendiri. Tapi it's okay, He's teaching me a very valuable lesson. Moga disemat sampai bila-bila.

To be a safe doctor.
Biar silap sekarang, jangan silap nanti.
Okay bakal doktor sekalian ? :)

And for oral examination pulak, alhamdulillah dapat Dr yang sangat-sangat baik, sangat mesra and alhamdulillah lagi sebab tak blank. Soalan simple. Dr said well done and I went out from dr's office happily :) Yang kelakarnya masa baca nama Dr kat pintu, serious ingat tu Dr vascular disease. Kemain try recall everything about vascular, and bila masuk dalam pun Dr tanya pasal intermittent claudication hihi, sekali rupanya, tu Dr Thoracic Surgery ! hahaaa and I just found out about that few hours after. Tapi alhamdulillah, Allah helped me. I couldn't imagine myself freaking out kalau tahu dari awal tu Dr Thoracic...


So nak kata, biasanya kan pelangi tu muncul selepas hujan. So, sentiasalah yakin dengan kasih sayang Allah tu. Not just in exams, tapi dalam everyday life kita pun. Semua yang berlaku, yakinlah, semuanya dengan izin Dia juga. Sebab tu kita kena sentiasa buat yang terbaik dalam setiap apa perkara yang kita buat.

Semalam, masa tengah down (sebab miniosce tu), I stumbled upon this verse;


Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal.
AliImran ( 3;160)


Tawakkal. 

Satu kalimah yang ringkas tapi maknanya besar.

Selamatlah belajar erti tawakkal dan cuba untuk bertawakkal dalam setiap apa yang kita lakukan in our everyday life. 

Terima kasih sudi membaca orang membebel post-exam ni hahaa okay bai



oh, and just another message for you people ;

Someone Has Been Leaving Cute Motivational Post-It Notes On The Train:

^^




Monday, April 13, 2015

post PNS.


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah .

Masa baru je nak mula sistem PNS (Peripheral Nervous System), I only wished to come out from it alive. I know it's gonna be hard. And it is indeed. By far, the most stressful system (masa study week). Padahal masa ada je nak belajar, tak ada banyak komitmen lain pun. Lain dengan masa MSS & GIS dulu. Tapi banyak sangat sangat yang nak kena hafal tu ._. But nevertheless I enjoyed learning PNS. At least the anatomy ada pathway and nampak la the arrangement semua tak macam masa MSS, hafal secara membuta* je the muscles and the bones :| (i dont really like MSS) 


Anyway, say Alhamdulillah again. Walaupun tak keluar lagi result lab, dan result theory like 'wow' *cries* tapi Dr Ahmad dah warning awal-awal kan. HA HA HA

Macam kakak saya cakap, once you entered a medical school, its not about getting good grades (its a bonus lah kalau dapat) but its about passing the year. So, insyaAllah. Yang penting kita usaha kan? Sebab sebagai hamba memang apa je yang kita mampu kan. Takdir dan ketetapan semuanya Allah dah tuliskan, untuk kita. Yep, kita tak tahu tapi percayalah, bila kehidupan kita ditulis oleh Yang Maha Penyayang, Yang Maha Bijaksana, yang tahu segalanya inside and out, what do you expect? 

Mestilah yang terbaik kan ? *grin*




Oh, nak share satu ayat ni dengan semua. Masa dalam fasa stress tu (study week), saya cari lah kata kata semangat dari Dia. Sebab dulu masa first year, ada few verses ni yang memang saya pegang. Boleh tengok surah AnNajm (53;39-41) Waktu tu kalau rasa malas je, tengok balik ayat-ayat ni. Lepas tu terus rasa semangat balik. Alahai the first year me :")


Right, and then accidentally I stumbled upon this verse


"Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan."[Luqman , 31;22]


Masa baca ayat ni memang sentap tak terkata :') 


Kadang-kadang kita kena sedar. Jangan tenggelam dengan arus kesibukan. Jangan sampai alat dan matlamat tertukar. Terlau sibuk dengan dunia, terlalu sibuk nak capai itu ini, kita buat untuk apa sebenarnya? Untuk siapa? Kenapa kita gunakan youth kita dengan belajar mengenai ciptaan Allah yang paling kompleks? (*am directing this questions to myself too *cries)

Lain orang, lain medan amalnya. 

Dan sebagai pelajar perubatan, medan amal saya yang ni. If only I realized kan? Siapa yang berserah diri kat Allah sedangkan dia tengah berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali yang kukuh.

Equation ; buat kebaikan + berserah diri ---> berpegang dengan tali super kukuh

Come on, tali Allah kut. Dia macam Allah nak tanya, tak cukup yakin lagi ke awak dengan Allah ? (SUPER SENTAP. T-T) Awak tengah buat kebaikan kan (yes, amal tu luas. Menuntut ilmu is one of them) dan awak mengaku awak berserah diri kepada Allah kan ? (read; tawakkal). Then you should have no worries, sebab awak tengah berpegang dengan tali yang kukuh ;)

This verse is very universal and can be applicable to many other situations too. 

Cumanya, situasi saya sebagai seorang pelajar dan dari sisi pandangan saya, ni lah yang saya boleh rasa dan kongsikan.


So, macam mana pun natijah yang Allah bagi, percayalah dengan sepenuh hati, itulah yang terbaik. As long as apa yang kita buat itu adalah suatu kebaikan dan kita serahkan sepenuhnya pergantungan dekat Allah :)

Susah kan nak percaya dengan apa yang kita tak nampak lagi. Yet in the future, we will look back in the past and say, yep it is for the best. 

Susah memang susah. 

To have faith without knowing what will happen next. But at least, try. Kenapa?

Sebab, manusia merancang dengan cita, Allah merancang dengan cinta :)




Makanya, insyaAllah ada satu lagi sistem yang perlu dihadam which is UGS (Urogenital System) . Lepas tu summer semester. Lepas tu masuk tahun empat dah (insyaAllah, doakan saya dan kawan kawan Eminence) WEHHH TIME FLIES ! 

Dah dekat tiga tahun duduk Jordan, dan insyaAllah tiga tahun lagi berbaki. Moga Allah permudahkan segalanya, dan moga kita jugak sama sama ambil peluang ni untuk grasp every ilmu dekat sini yang kita tak dapat kat Malaysia nanti. 

May Allah ease everything. 

And all the best people ! 

Be patience and have faith.





Saturday, March 22, 2014

Bahagia lah selalu ye ? :)




بسم الله الرحمن الرحيم



kadang-kadang, bila sedih, bila stress,
kita lebih cenderung untuk mengadu pada hambaNya. 

silap
rupanya kita lupa
lupa untuk mengadu pada Sang Pencipta. 
Tuhan kepada si hamba itu. 


Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya."
AliImran  [3;29]

*senyum sorang2 *


Haha parah dah ni. Stress kejap lepas tu tergerak hati nak dengar Hakikat Bahagia by UNIC. Lepas tu senyum lagi. Rasa dah ingat balik kenapa waktu first year dulu suka sangat dengar lagu ni ulang dan ulang kali. 

Kenapa? Apa yang best sangat?

Kerana ia mengingatkan saya, betapa indahnya definisi bahagia tu sendiri. Definisi sebenar bahagia, bukan seperti yang dimomokkan di kaca televisyen. 

Oh, by the way, tahniah dan syabas jugak dekat adik-adik yang baru dapat result SPM. Walau ke mana pun hala tuju lepas ni, first and foremost mesti tetapkan niat. Kenapa nak further dalam bidang ni , bidang tu etc. Pergantungan dan tawakkal pada Allah , tu sangat sangat penting. Kenapa?

Sebab Allah itu kan Maha mengetahui *senyum lagi*


Dan sebab tu juga la sebagai pelajar medik yang sedang belajar makhluk kompleks yang cukup indah (baca;manusia) tak boleh putus asa jugak ! Final for CVS will be in less than a week. Mohon tembakan segala doa *-* 



Sebabnya, medan amal setiap orang itu kan berbeza-beza :')





Tolong lah dengar lagu Hakikat Bahagia tu. HAHAAA tak tahu ni dah kali ke berapa promote dalam blog. 


Sekian. buku dah memanggil.

Friday, March 07, 2014

pre CVS exam syndrome




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t 

First and foremost, saya minta maaf sangat2, tak sempat nak update pasal project sulung Eminence Relief Society. Tak sempat jugak nak share travelogue winter break ke UK hari tu  


nah, teaser sikit hihi.


*Piccadily Garden, Manchester


*M&M World, London



Rasa, boleh rasa masa yang makin menghimpit :|

Almaklumlah, baru masuk system kan. Dah pulak start dengan Cardiovascular system, (CVS) antara system yang boleh tahan jugak kriktikalnya. Sebenarnya nak buat entry ni pun memang rasa macam, okay I think that I need to spill, tak boleh dah tahan lagi. Tolak kejap buku nota physio ke tepi =='


Makanya, apa yang berlaku lately?

Lagi seminggu je tinggal untuk study CVS ni, lepas tu 2 minggu study weeks. Then terus exam. Exam dia sekali je pulak tu, takde dah first, second exam. Untuk exam theory, 60 marks, exam lab pulak, 40 marks, terus sum up kan dapat 100, then darab kredit hour iaitu 6. Orang cakap, the only chance lah, takde dah buat come back ke segala bagai tuu aaaaaa cuaknya T_T

Lepas tu, hmm lately ni disebabkan aktiviti harian yang makin busy sedikit, maka penyakit hati berbolak balik pun datang. Dapat berita tak berapa baik, emo kejap. Dapat berita gembira or alami sth yg soothing, terus gembira senyum sampai telinga. Mak aih, dah syndrome bipolar ni +.+ Lepas emo tu menyesal sendiri aigooo. Ye lah, tu lah yang susah, bersabar saat rasa nak marah tu. Sebab tu banyak ganjaran bagi orang-orang yang bersabar ni. Sebab, tak mudah.


Tak mudah tapi tak mustahil ! YOSH hahahahahahaaaa

Okay so i shall study now. Banyak lagi tanggungjawab lain selain study ni, makanya moga mampu melaksanakan tanggungjawab itu semua dengan berjaya


Tapi kan sebenarnya, kalau stress ke apa, try motivate yourself dengan tulis macam ni ke. Really, it helps :)



Okay thats all for now



these words are more than enough to soothe me :')



Panjang umur kita jumpa lagi InsyaAllah, teruskan berjuang !
 Sebab kita kan Jundullah, mesti lah punya kuasa super power yang AWESOME xD

Sunday, May 19, 2013

its the FINAL COUNTDOWN !


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t readers dan segala tetamu yang bertandang , Keif halukum ? EnshaAllah quwaisah a'aa :)


Eceehh, tetiba nak cakap bahasa arab ammi apa ke hal nya. hahahah, takpe lah, practice makes perfect ! The things is, dah lama tak practice cakap arab so dah agak terabur. Cuti sem nanti kena manfaatkan dengan sebaiknya dan belajar lagi bahasa arab ni. GO FAZ GO XD


Okay, Alhamdulillah paper final Anatomy dah pun lepas. *lega* result ? jangan lah di tanya, sangat takut nak tunggu result keluar , sebab material dia banyaknya punya lah boleh lah nak melopong, lepas tu soalan MCQ hanya 40. So, tak semestinya apa yang kita baca tu keluar sebab banyaakk sangat chapter nak kena cover T.T tapi, tu lah tanggungjawab medical student kan, macam mana nak rawat pesakit nanti kalau benda2 basic pun tak tahu *tikam diri sendiri T.T*

And, upcoming papers, *papers la sangat* Histology, Organic Chemistry, and Physiology. May Allah ease everything, tapi di samping tu kita pun kena berusaha segigih-gigihnya jugak, kan 


By the way, Alhamdulillah sangat sebab dah jumpa dah rumah baru. Sangat dekat dengan mujamma' sheikh khalil tu. sangat cantik, siap ada balkoni yang, cantik >< Alhamdulillah sangat, InsyaAllah petang ni buat akad, doakan semuanya selamat. Kalau ada kesempatan nanti saya post gambar2 rumah baru tu. hehe.


And, 96 days left till 23 August. please, wait for me :')


Pinned Image

yeah 1 down 3 more to go !




NAK BALIK RUMAAHHH T.T

Thursday, March 14, 2013

Ibrah of the Day


  بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, selesai sudah dua exam. Tinggal Histology on 19 and Anatomy on 27. Just now, selesai menjawab Organic Chemistry, and Allah sempat uji kejap before masuk exam hall, and for that Alhamdulillah jugak.

Sepatutnya, exam start pukul 4.30 dekat bangunan baru sebelah library, tapi bergerak dari library lepas Asar (Asar pukul 4.10) lepas tu terus bergegas cari tempat exam tu. Okay, my bad sebab tak survey dulu tempat exam tuu T.T

And off we go and cari cari dan cari tempat exam tu. Dia ala-ala mini lecture hall, lepas tu sesat, tak jumpa. Masa tu dah pukul 4.25. Alhamdulillah juga terserempak dengan lagi sorang classmate. Siap tanya semua orang yang ada , siap ada sorang lelaki arab yang cuba nak tolong kitorang *too bad dia pun tak tahu jugak* and dalam kekabutan berlari anak tu sempat lagi terlanggar beg seorang rakan syabab melayu ni, hanya sempat cakap 'sorry' tanpa pandang muka pun *terasa rude di situ T.T* and lastly jumpa jugak, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, my heart races macam hape je. Masuk-masuk je hall tu, orang lain dah start jawab, tapi kitorang lewat dalam 3-5 minit je lah, 

Alhamdulillah lagi sekali, Doktor yang jaga hall tu bagi kitorang masuk, dan dengan efficient nya terus bagi paper Organic Chemistry yang sememangnya digeruni itu. Sebab, ada kes masa subject Physiology, kawan saya terlewat berapa minit je, Doktor tak bagi masuk and suruh dia buat make-up exam. Sangat menakutkan kan ? 

Masa mula-mula nak start jawab soalan tu ada lah macam gelabah sikit, asyik tengok jam, but few minutes lepas tu dah boleh jawab dengan relax. *serious rasa nak nangis je masa sesat tadi* but hey, did you forget what Allah promised us ? :)


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
So, verily, with every difficulty, there is relief
 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً
Verily, with every difficulty, there is relief
                                                                                                   (94; 5,6)

Tengok tu, siap buat penekanan lagi. Dalam surah Al-Insyirah, Allah tegaskan yang dalam setiap kesusahan PASTI ada kesenangan. Dan, janji Allah adalah pasti. pasti. :)

For Organic Chemistry, Alhamdulillah, I did try my best, tapi result wallaha'alam, semoga dapat result yang terbaik untuk saya jugak, insyaAllah . Tapi kan, sweet sangat kan Allah. DIA saja je nak bagi kita ujian sikit , lepas tu baru hadiahkan kita nikmat yang best best sangat. Baru la thrill kan ? Takkan nak happy all the time, entah-entah kalau kita asyik gembira je boleh sampai terlalai, bahaya pulak kan macam tu.

So, hari ni, pada detik ni, waktu sedang menaip bait-bait kata di blog ni baru terfikir satu pengajaran yang sangat penting yang Allah nak bagi pada waktu-waktu kriktikal macam tadi iaitu; 

Pergantungan kepada Allah


Yang paling best, tu lah dia. Pergantungan pada Allah, whatever happens, kita akan sentiasa ada tempat bergantung. Bukan kepada manusia, yang hanya hambaNYA, yang juga meminta. Bukan kepada benda yang tak hidup. Tapi pada Allah the Almighty. Allah yang Maha Hebat Maha Perkasa :)



Seronok kan bila kita ada tempat untuk bergantung  

Wednesday, February 06, 2013

Sem 2 membuka tirai

 بسم الله الرحمن الرحيم

Maka adakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) 
                      dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 
                                                    Al-mu'minuun,  (23;115)

Ayat ni, buat saya tersedak kejap. Eherm . 
Direct Allah tegur hambaNya, Allah tahu, manusia memang mudah terleka.
So apa dua tujuan utama hidup kita ? Baca yang dekat atas tu ^^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sedar tak sedar dah masuk pun semester dua, di mana kitorang, pelajar medic dekat JUST akan start berkenalan dan belajar untuk berkasih dengan subject medic. Selamat datang dalam hidup saya wahai Anatomy, Physiology dan Histology, bermula detik ini kita akan berkenalan lebih rapat lagi dan semoga kita akan jadi teman yang paling baik sekali , insyaAllah 

So bak kata senior semester 1 tahun 1 yang paling heaven dah over, masuklah fasa seterusnya, fasa budak medik. Sem 1 kitorang belajar yang basic je cuma detailkan lagi macam yang korang belajar dekat asasi,

Perasaan ? Excited tu memang ada, nak belajar benda baru tapi memang tipu lah kalau tak cakap ada jugak rasa cuak tu. Tetiba teringat pesan Ustazah CTIS masa dekat INTEC tu. 


" Belajar itu fardhu kifayah, tapi bila ia menjadi satu kewajipan, secara auto belajar tu jadi fardhu ain. Contoh macam kalau kita nak jadi doktor. Belajar medik tu satu pilihan tapi bila kita nak jadi doktor, kita wajib untuk belajar apa yang kita perlu tahu as a doktor contoh cam Anatomy dan sebagainya, sebab benda tu penting untuk kita tahu as kita nak rawat orang nanti" 


Faham tak ? Ayat macam tak betul sikit tapi harap korang faham apa yang saya nak sampaikan. Baca banyak kali sikit, hehe

Same goes la kalau korang nak jadi Engineer ke, wajib lah ada ilmu2 yang diperlukan untuk jadi Engineer tu sendiri dan jugak pekerjaan2 yang lain. 

Maka secara tuntasnya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa *rindu sangat nak buat karangan BM Cikgu Saipul ni* kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam tiap satu perkara yang kita kerjakan. Bukankah Allah menilai usaha kita ? So, nak serap semua semangat-semangat yang ada dan ayuh kita mengorak langkah bersama, dan terus menggagahkan diri dalam perjuangan yang tiada henti ini, insyaAllah :)






Lets be best friends shall we ? :)

Wednesday, October 17, 2012

si daun pandan :O

ahaaha, dah lama tak buat post yang saja2. okay, ni sebab sikit punya stress. Alhamdulillah, tengahari tadi baru je exam Chemistry, online exam tu. bila tekan button proceed terus keluar markah. dasyat kan ? huhh ==' esok bakal menghadapi Physics. YEAH, its goning to be a GREAT 50 minutes WAR for me esok, pada pukul 8.15 , insyaAllah. Then, sabtu ni ada exam Biology pulak, then nak jalan jalann pergi Amman, yeaaayy :DDDD

pagi tadi, tak tau macam mana boleh teringat dekat nasi lemak so saya pun tanya Tasneem soalan paling tak patut dekat dunia.

"Eh, agak2 kan boleh tak ganti kan santan dengan susu nak masak nasi lemak? kalau buat kari boleh je kann"

"Faz ==' nasi lemak lain, letak santan supaya ada rasa lemak2 di situ"

"ohh ! and daun pandan kan?"

"yupp, mak Tasneem selalu tak letak santan pun. letak daun pandan je"

Cakap pasal daun pandan tetiba teringat masa kecil2 dulu. Mama dulu pernah ada pokok padan kat depan rumah *tanam dalam pasu je* then everytime nak makan nasi lemak mesti mama akan cakap, "Nana, tolong amik daun pandan kat luar" and I was like *urgghhh malasnyaa* hehe. teringat je. lepas tu terindu pulak :)

Dah berapa tahun dah eh, lama sangat. I seriously wan'na meet her again, one day. Tapi kena jadi superb laah sebab nak jejakkan kaki dekat syurga *amiiin*

Syurga itu amat indah, tapi Allah pagarkan dengan kepayahan,
                                             & syaitan berjanji untuk menyesatkan.

In a few days, I will turn 18. Dah 18 hidup, apa eh jasa saya? Banyak lagi kena improve ni. And thanks a lot to my superb mama yang berjaya lahirkan anak terakhir dia nih, yeayy to Mum ^^ insyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa eh. people who read this post boleh jugak sedekah kan AlFatihah to my Mum. semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. Amiin ~

Tuesday, September 18, 2012

Assalamualaikum, Jordan :)

hey , long time no see! ahha, poyo semacam je kan :P Assalamualaikum, syukhbarak? means, apa khabar? hehe. its been almost a week dekat Urdun. orang Jordan kat sini panggil negara diorang ni Urdun. Pada tanggal 9 September, 8.10 malam, *lebih kurang lah* saya pun pergi laaah meninggalkan negara Malaysia yang tercinta ini :'( tu laah, dulu ye ye je mangat nak fly oversea. lepas tu nak sedih2 pulak ==' 

and alhamdulillah, the flight went well, kitorang berjaya sampai di lapangan terbang Amman dengan selamat :) oh and before that, masa dekat KLIA, ramai sungguh yang menghantar kami (zarif dan saya) cewah. perasan je lebih kan. diorang sebenarnya nak hantar zarif tu, and alang2 hantar saya sekali. haha, tapi papehal pun thanks la for making time for us tau LEGACIANS sekalian :) termasuk lah che dan saba walaupun tiada dalam gambar ye. haha



and also my lovely family ~


so, hows Jordan ?

hehh, common question right ? So, for me Jordan is fine. As a newcomer, mestilah saya akan selalu terbandingkan Malaysia dengan Jordan. Tak sengaja ok. Haha. Sorry. Dekat sini, saya kurang gemar sangat sebab orang-orang dekat sini suka sangat merokok. Macam ramai laa yang merokok tu. Even kalau naik teksi pun, or coaster *macam mini bus , driver yang bawak tu pun ramai jugak yang smoking. Even dekat tempat yang ada pendingin hawa tu pun. urgh, tension ='= I miss the fresh air in Malaysia. Tapi nak buat macam mana, tu mungkin tabiat or hobi diorang dari dulu kut kan. okay, husnu dzon . 

The next thing is, oh jus kat sini memang fresh ! kalau beli jus mangga dalam kotak tu, bila minum rasa macam minum jus mangga yang diperah fresh dari ladang. Jus buah atau Asiir, *arabic* terbaik la dekat sini. Bagi two thumbs up :D

Oh dan yang paling penting kat sini kalau masa tengahari ke petang, panas dia, memang betul-betul terik. Uish, kalau tak pakai lip balm, atau any other moisturisers, memang la kering kulit korang. sebab kan kat sini cahaya matahari dia memancar direct , sebab awan dia tak banyak dekat sini. Lepas tu senang nak gelap kut. Oleh itu, gunalah sunblock. Ye kawan2, 

dan yang paling menarik dekat sini ada empat musim, YEAY :DD cuma yang paling tak menariknya ialah, senior2 cakap musim shitak *sejuk ni ialah masa di mana ramai orang naik berat badan sampai berkilo-kilo. 6kg, 8kg ada yang 10kg . yup I know, it is scary for girls kann. == 

okay so thats all for the first question :)


so, hows so your first class?

Ngaaah o.o entah macam mana entah pengurusan kat JUST , jadual kelas keluar lambat. Sepatutnya hari Ahad dah start kelas tapi apakan daya, jadual saya keluar hari Ahad malam tu. Lepas tu pergi lah tawaf satu sakan*my tempat tinggal, a little bit macam mini apartment* bagi tau semua kawan-kawan suruh check. Sekali hanya dua tiga orang je kawan-kawan perempuan yang dah keluar jadual T.T lepas tu kan, tiada siapa pun yang kelasnya bermula pada jam 8.15 . *DANG* terpaksa laah gagahkan dan perkasakan jiwa untuk bertolak dari sakan seorang diri sampai ke JUST. Dari sini kena naik coaster, sampai ke mujammak sheikh Khalil (nama stesen bas) and then dari situ naik la bas untuk ke JUST. Oh, by the way, JUST tu short form for Jordan University of Science and Technology ^^ Jauh la jugak JUST tu dari sini. Nak duduk dekat sana tak boleh sangat sebab kat sana macam tiada apa-apa sangat, hanyalah padang pasir yang tandus dan sedikit2 bangunan. Time duration dia cam lebih kurang 30-40 minit lah jugak ,

Bila sampai dekat mujammak sheikh Khalil tu rasa lega sangat ada terjumpa seorang kakak senior walaupun tak kenal nama, tapi tahu dia dari Malaysia is more than enough . Then, kakak senior tahun 5 *Kak Jie* tu pun tolong tunjukkan saya jalan untuk ke Science Hall 1 for my first lecture :’) Rasa bersyukur sangat.

Then, masuk je dekat Lecture Hall, tak jumpa satu pun Malay ! Oh my, tauu T.T duduk je lah sebelah orang arab *konon nak jadi friendly* tegur laa, Assalamualaikum ^^ Then tak berapa lama kemudian dia pindah duk tempat lain dengan orang arab lain. Sound pathetic kan ? I don’t care. Duduk je la sorang-sorang, menghadap Mr. Saleem, lecturer Chemist. Then, dia pun tanya siapa yang tak faham bahasa arab sangat, saya pun angkat laah tangan. Siapa faham kalau belajar chemist in Arab kan.  It tends to be that I was the only one who raised up. Semua pandang, nasib baik duduk depan, so who cares kan.  Lepas tu, encik lecturer pun meneruskan kelasnya dengan bertutur separuh English, separuh in Arabic. Okay lah. Accepted. Hehee

Bila keluar lecture hall tiba-tiba ada seorang mamat ni tegur, in Bahasa Malaysia tau ! Dia cakap la lebih kurang macam ni, Awak ok ke? Mesti sukar kan bagi awak tadi. Of course I’m surprised! Tapi dalam hati je la, reply je la kan dia cakap apa. Tanya la dia dari mana. And he replied, saya dari palestin, tapi pernah duduk Malaysia selama 2 bulan. *Ohh, tapi dalam dua bulan je dia dah boleh cakap macam2, gempak2*  Awak duduk mana? Kuala Lumpur? And I replied, tak,  dekat Selangor *ahaha, kau tau ke* Lebih kurang macam tu lah, oh and I forgot to ask his name ==’ terkejut sangat kut. Haha. Tapi suara dia sangat soft, nak je tanya pasal Palestin, tapi macam tak berani lagi lah. Next time maybe.

Then, heading to English class. Tak tau dekat mana, bantai je tanya orang Arab tu, then masuk kelas. Lecturer tu namanya Madame Munirah,very nice. Dekat kelas saya tu ramai laah jugak budak2 yang muka macam orang Europe, orang UK, Russian and so on, sekali cakap arab petah sangat sangat sangat. Haha, jangan tanya laah handsome ke tak, korang rasa ? Hehe, takde lah. Tapi orang dekat sini memang cantik2 dan handsome2. Kena jaga pandangan selalu :) Betulkan niat balik. *istighfar* Tapi betul, lagi-lagi  bila tengok mata orang arab ni, cantik sungguh. Subhanallah ~

Habis English class, saya pun tunggu Syaqira kat depan Science Hall 1 tu. Bila dia keluar tetiba Mukhriz muncul entah dari mana. Lepas tu Zarif pulak muncul dari Hall tu jugak. Hahaha, first time excited dapat kumpulkan orang Melayu. Rupa-rupanya Mukhriz satu lecture hall dengan saya tapi dia duduk belakang and terlewat sikit ==’ Tau tak dia cakap apa, Laah, aku ingat aku sorang Melayu. Aku carik orang pakai tudung cam ni *refer to syaqira yang pakai tudung bawal* tapi tak nampak pun. Hhaha. I was wearing shawl that day :P Then tetiba Jie , Nafis, Porr, Kimie muncul dari belakang. Hhahaa, kelakar pun ada gak. Masing2 cerita pengalaman masuk dalam lecture hall yang dipenuhi dengan orang Arab. Hahaaa

I think I had answered more than enough. Tetiba entry ni terpanjang pulak, maaf ye readers. Saya rindu sangat2 dekat blog saya nih :’)


And here some pictures ;D


Permandangan di lapangan terbang quenn aliyah, Amman


Jordan University of Science and Technology *pintu gerbang dia*


Future doctors and dentists

Masjid di JUST


Whatever it is, Malaysia is still the number one in my heart :)
I wanna go home so badly next year, please pray with me that I have enough money to buy airplane tickets and go back home :DD



I was on the phone with my little sister when she asked, bila kak Nana nak balik Malaysia? I replied, Tahun depan kut. She said, baguslah ! I asked, kenapa? Dia pun jawab, sebab acha sayang kak Nana ! isn’t that sweet. Double triple lagi rindu dekat Malaysia T.T

biiznillah, kita jumpa lagi yer readers :)

Tuesday, August 07, 2012

so fast ~

SUBHANALLAH. 

cepatnya masa berlalu. Ramadhan pun dah nak meninggalkan kita. erm, apa je yang saya dah buat sepanjang Ramadhan ni. dah manfaatkan betul-betul ke ? confirm ke tahun depan sempat jumpa Ramadhan lagi ? :|


it do sounds very simple. 
but these verses have the deepest meaning , 



dan , lagi sepuluh hari je saya dekat INTEC. next week, final exam lepas tu clearance :) 2 minggu lepas raya, insyaAllah, jika tiada aral melintang bakal meneruskan perjuangan di bumi Anbiya' , iaitu di bumi Jordan. 



Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


 hargailah setiap detik itu, kerana hatta emas setinggi langit pun tidak akan mampu membeli nilainya satu detik tersebut. 


Wednesday, June 20, 2012

my first quiz :O

so, today will be the evaluation day ,
the first quiz ever which is ; a biology quiz . 


all the best to all my classmate , MEJ4 :D






wish me luck, peeps :)

Monday, May 28, 2012

sorry readers :P

I know, its been a hectic and WHOA week for me, sorry laah. I've been dying to update my blog and share all my new awesome experiences. 


I know, saya baru tukar layout dan sebagainya, dan tiba2 I just left it , getting all rusty and dusty T.T

no worry ok, lepas ni insyaAllah saya akan rajin kan diri untuk update blog , and share my life with you guys . hee. well. sorry for disappointing btw =='

so, this week I learnt that human only plans, but Allah's plan is the best :)

ingat, always have your confidence in HIM. There's nothing going out of the lane as long as we put our faith in HIM. Rasa macam diberi peluang kedua selepas MARA reject saya, dan alhamulillah saya dapat perubatan timur tengah, program kerjasama JPA-MARA. InsyaAllah, bumi Jordan adalah yang terbaik untuk saya. I will try out my best , well , I SHOULD. its Medicine by the way . 



guys, don't worry okay. rezeki orang lain2. yang penting usaha dan tawakkal, HE will settle the rest for us. mesti ingat ni; 



Everything happened for a reason, that sometimes we just don't need to know

yang penting semoga kita dapat jadi insan yang berguna kepada, keluarga, masyarakat, dan bangsa, insyaAllah. Lets strive for the best pal ! SPM is over, lets start the whole new journey ! :D




Wednesday, May 16, 2012

HE knows best :)






Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)








in any forms, it still 
sedap :D

Sunday, May 13, 2012

interview, -.-

7 mei 2011,

haha, tak start bebel lagi dah buat muka bosan macam tu. mesti korang tak semangat nak baca kan ? haha, chill sudah.di sini, saya nak kongsi la pengalaman diinterview dengan Lembaga Zakat Selangor. diulangi, kongsi pengalaman, bukan lah tips. haha. kalau nak cari tips boleh google page lain. k bye

actually, result untuk tahu berjaya ke interview tahu dah lama, like two weeks before kut, siap before pergi Melaka lagi dah tahu dah, tapi biasa laah -.-'' ok. yang ini korang jangan ikut, kena ulangkaji betul2.

pagi tu sepatutnya sampai kat Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam around 8 a.m tapi sebab saya silap tengok ingatkan Bangunan Sultan Salahuddin =='' tak pasal2 tambah lagi setengah jam. tak jauh pun kedudukan dua bangunan tu, tapi kalau dah terlajak nak buat macam mana kan. kena jugak pusing jauh2. Ingat kan dah tak ada harapan dah =.=


Abah ; Ingat Shah Alam ni macam Kuala Selangor ke ? Senang2 je nak pusing2      kalau lambat memang bukan salah Abah. Kalau tak, dah sampai . . . . 
Me    ; Bah, dah la tu. Dont stress me ok. Sorry la TT.TT 

macam gitu laah cerita nya . sedih ? sedikit la, buat Alhamdulillah, when i reached the Masjid, masih tengah pendaftaran, uuh. sangat2 lega. 


lebih kurang pukul 9 camtu, exam pun bermula. Its kind of exam Bahasa Arab Tinggi semula, serious tak tipu. I'rab, Balaghah, Nahu dan Sorof, Insya', Hikam wa amsal , semua nya ada :) so, kalau ada yang baru nak ambil test tu, sila baca betul2, jangan jadi macam saya =.='' and oh, ada ujian pendengaran juga. kena fokus laa, insyaAllah, dapat tangkap kut.


Then, lepas habis exam yang selama 2 jam tu, kitorang diberi rehat setengah jam dan disambung kepada sesi  interview ! haa , mesti korang readers excited kan :) Kitorang diinterview individualy, so takde la rasa macam kena compete. *hakikatnya, sama je* ada lebih kurang 6 bilik interview, dan di setiap bilik tu ada ditampal senarai nama. Masa cari nama tu cuak la jugak, kalau boleh jangan awal sangat, takut --' tapi bila check , sekali dapat giliran ke2. Okay.


Lepas tu, rupa2nya budak yang giliran 1 tu tak datang. Okay. Means, yup saya giliran yang FIRST O.O haha, redah je laah. nak buat macam mana.


untuk sesi interview, terbahagi kepada dua iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Alhamdulillah, mungkin sebab saya ni orang first kena interview dia macam baik sikit, in Arabic tu tanya soalan simple2 je :)


questions in Arabic (sudah ditranslate)
1. nama anda, tempat tinggal, belajar
2. baca petikan 
3. mengenai rasulullah, macam sirah dia laah, 
4. susunan khulafa' rasyidin
5. siapa anak khalifah rasyidin yang kahwin dengan rasulullah
6. siapa anak rasulullah yang berkahwin dengan salah sorang khalifah rasyidin
7. bagi tahu satu hadith dari rasulullah. 
8. soalan pasal nahu, sorof sikit2. 


and of course semua soalan wajib dijawab dalam lughatul arabiyah.
 kalau tak faham soalan, cakap la; asifah, la afham, then encik arab tu will repeat. no worries :D


questions in Malay
*okay, sebenarnya saya tak ingat sangat susunan. belasah je la*
1. nama menteri besar selangor. 
2. nama sultan selangor <----- yang ni tak dapat jawab. ampun tuanku T.T
3. betulkah doktor pakar yang islam kat Malaysia ni tak ramai ? 
4. namakan universiti2 di Mesir yang kamu tahu  *hehe,nasib baik dengar ceramah MedMesir :)*
5. Apa yang kamu tahu tentang Revolusi Mesir ?
6. Adakah Bersih 3.0 sama dengan Revolusi Mesir                      boleh tanya saya pasal ni T.T
7. Adakah awak hafal surah2 ni ; AlSajjadah, AlMulk, *ada lagi dua surah, tak ingat*

okay laah. tu je kut. ini je laa yang mampu saya recall setelah 5 hari diinterview. hopefully, info2 di sini berguna untuk anda anda di luar sana yang bakal menduduki ujian untuk dermasiswa Lembaga Zakat Selangor. chaiyok ! ^^

last but not least, enjoy these beautiful pictures :D

ni Miza Firzana, schoolmate :)


Indahnya kan 

perkongsian hanya sampai di sini.
 Kita hanya mampu berusaha, dan DIA akan tentukan the rest, 
so, CHAIYOK xD

Saturday, May 05, 2012

dear heart, seriously ?

erm, saya tak tahu laah nak cakap macam mana. tapi lepas habis fill-in semua borang dan saya dengan tegar dan yakin nya telah memilih perubatan dalam semua application form yang saya isi, tiba2 baru sekarang rasa cuak dan gementar.


tapi kann, DIA dah janji, di setiap kesusahan pasti ada kesenangan :)


tutup buku lama *SPM* buka buku baru *medicine* insyaAllah . DIA akan bantu if awak betul2 ikhlas


by the way , Isnin ni ada ujian untuk dermasiswa zakat Selangor ke timur tengah. dengar cerita dari kawan2 macam tough =='' please2 pray for me, haha. doa kan yang terbaik je laah. kalau ada rezeki tak ke mana kan ? okay, kena study dulu . haha. k bye .




future doctor? insyaAllah . aamiin :)

Thursday, March 22, 2012

u see, nothing is impossible :)

hai readers , pagi tadi ambil result SPM , alhamdulillah ada rezeki merasa laah jugak straight A's tu walaupun campur2. hahaa, tapi kat sini saya nak ceritakan pasal satu subjek yang saya rasa agak inspiring dan berharap dapat inspires adik2 yang baru nak ambil SPM tu.

ini kisah pasal subjek yang paling saya takuti ;
BAHASA ARAB TINGGI 

uuh. hahaa. seriously awak2 sekalian. masa Standardized Test 1 2010, saya dapat A-. waah :DD ye laah.ujian awal2, boleh laa cerita nak poyo2.tapi, lepas tu, C, C+ yang paling pathethicnya buat pertama kali dalam sejarah, saya fail :( saya dah pernah post benda ni dalam entri yang ni . Memang mula2 rasa down sangat dengan matapelajaran ni. tiap kali nak subjek bahasa arab je mesti macam.

uuh , malas nya =,=
aaaa, bahasa arab -.-''
err, bahasa arab laah lepas ni :|

tapi, bila dah masuk tahun 2011, saya dah mula sedar. wehh aku nak ambil SPM ni.
bak kata teacher Yani, tak kisah laah awak minat ke tak minat subjek yang awak ambil tu, yang penting awak kena dapatkan A jugak untuk cantikkan result awak tu.

Ujian Selaras 1, dapat B+ ! seriously happy sangat. tapi bila masuk soalan ikut format SPM as in Mid year exam dengan trial, saya masih dapat C. serious cuak. ye laah, TRIAL wehh. dah dekat sangat2 dengan real SPM nih :( kecewa, memang kecewa. tapi, kita tak boleh putus harapan.selagi keputusan SPM belum ada, selagi tu kita masih boleh usaha semampu yang boleh,

Alhamdulillah, ada gap seminggu antara chemistry (last subject for yang ambil 9 tu) dengan Bahasa Arab Tinggi. try manfaatkan semua masa yang ada.keputusan yang lepas2 tu, dah.jangan fikir dah.yang penting SPM.buat yang terbaik.

and, once again, Alhamdulillah, dengan berkat pertolongan kawan2; Ain Athirah, Siti Sabarina, Che Syaza, Ilham Alia, Alia Nabila dan lain2 dan jugak Ustaz Amir and Ustaz Wahid yang tak pernah berputus asa dengan kitorang, saya berjaya mendapatkan yang terbaik untuk Bahasa Arab Tinggi iaitu, A .seriously, sangat2 terharu :')

kesimpulan ; keep on fighting and never give up okay ! nothing is impossible :D

ps/ buat kawan2 yang tak berjaya mencapai keputusan yang diinginkan, jangan sedih2.
ingat, HE knows the best kann :)