Showing posts with label tak tau. Show all posts
Showing posts with label tak tau. Show all posts

Friday, December 25, 2015

3 days prior to miniOsce

Hi everyone, assalamualaikum ! :)

Biasanya waktu-waktu getir macam ni, seorang faziera akan berada di twitter, merepek2 sebab terlalu anxious dah dekat sangat dengan exam tapi nak lawan nafsu malas tu haiyarghh haahhaa. Akan tetapi disebabkan seorang faziera telah pun broke up (dengan cara baik *kut) dengan twitter, maka here I am again.

KU SERU SEMANGAT STUDY ! T-T

seriously apa yang saya buat di sini .....




The journey is going to be tough, but you have to keep moving. Cause the moment you stop, you'll fall.

Ayuh serap semangat cycling 14km keliling the wall of Xi'an Old Town !




Pesanan penaja ; Oh, have you met Diana Aiman? We accidentally shared the same name so I call her 'kakak' even she's smaller than me :P She's one cute and multi-talented girl, you should get to know this interesting cute little girl :D


pss/ pray for me and my friends T_T miniOsce and Oral exam is coming in a few days! *pengsan

Sunday, December 21, 2014

hikmah dari dia

بسم الله الرحمن الرحيم



mencari mencari dan mencari

hikmah

*senyum lebar sampai nampak gusi*


menarik betul macam mana Allah atur hidup kita kan? Macam mana dia susun satu satu perjalanan kita, lepas sekian, sekian. Perfectly done. MasyaAllah sangat :') 


sejujurnya, I should be doing something else instead I choose to be here. ceh. procrastinate lagi. 


Alhamdulillah, baru je selesai final untuk GIS (GastroIntestinal System) dan sekarang baru belajar Endocrine System and its final is just within 3 weeks hahahaaaaaaaaaaaa #perksofbeingamedicalstudent

habis je final lab for GIS hari tu ingat nak relax jap, take some time for myself. Tapi lepas tu terus banyak benda lain menderu deru menuntut hak masing-masing yang diketepikan sementara fokus exam hari tu T.T dush dush dush Dia tengah ajar awak cara nak survive dalam kesibukan dunia ni. Biasakan diri dengan penat-penat ni nanti dah kerja nanti lagi lah kan penatnya mcm mana. Tu pun sekarang ni saya still tidur paling kurang 5 jam tapi biasanya 6 jam lagi walaupun dah 3rd year med student. Cannot lah tido tak cukup ni T_T takpe lah sikit2 belajar kut kalau dah desperate sangat nanti. luls

hm

kenapa nak tulis blog kan? sebab kat twitter cam dah tak bebas sangat nak luahkan apa yg kita rasa. And segan pun actually sebab kawan baca kehkeh. Kalau kat sini macam entah. Rasa lagi free untuk luahkan everything :P


talking about hikmah?


hikmah hilang passport
hikmah passport sampai super lambat
hikmah iqamah pun tak settle
hikmah tak dapat pergi mana-mana untuk winter break ni


tetiba dalam penat-penat ni rasa la jugak macam I need some time for myself. Mungkin winter break kali ni Dia nak bagi saya rest kejap dari berkejar ke sana sini. Serious tak tipu nak habis cepatt sem ni, its hard enough T_T hahaaaaa talking about hard things, well next sem dah ambil subjek PNS, CNS, UGS haaaaaaaaaa well. hm. cam tu la ceritanya. 


disebabkan seorang faziera boleh merepek sesuka hatinya di blog miliknya, nak masuk ke topik lain pulak. 

somehow, it feels amazing macam mana Allah tegur lagi saya secara indirectly through orang lain. Dan syabas saya ucapkan kepada orang tu cause it makes me think. Quite deeply. Mungkin sebab teguran tu datang dari a person of opposite gender. So macam tu lah. Baru cell-cell neuron get connected dan berlaku lah flashback balik semua dari zaman dulu-dulu. 

And through that jugak, I just realized that side of me.

sebab tu dalam Islam, Allah sentiasa suruh kita bersederhana, dan berhati hati. 

takpe lah, take it as a lesson 

Hikmahnya. Sangat berhikmah. *nangis lagi T.T*







sementelaah itu, kami (warga eminence) baru sahaja menjayakan Eminence Sport's Day. so, belanja lah gambar team kitorang satu hehee


akhir kata, doakan saya.

moga mampu menunaikan hak-hak yang menderu-deru datang menuntut . 





squeeeeee ><

Friday, August 29, 2014

A BIT OF JORDAN. A LOT OF RANDOM RANTS

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

Maaf sangat, sangat. Lama sangat tak update blog. Bila tengok last post, whoa bulan lima kut. Dah dekat tiga bulan jugak lah menyepi. Bukan apa, sibuk sikit. Hehee. Memang ada je nak update masa cuti sem 2 hari tu, tapi dah nama pun balik Malaysia kan. Bahagia sangat :P Bila naik sem 3 (summer sem ) sangat-sangat hectic. Padat, sendat hahaa, belajar pun semua last minute tapi Alhamdulillah, selesai jugak summer semester. Dan, masih lagi tak boleh bagi gelaran pelajar tahun 3 Perubatan selagi result tak keluar *nangis* Immune susah weh, doakanlah saya ye T.T


So, sebab dah tiga bulan, its going to be quite a long post. Lepas rindu orang kata, ekekee

Izinkan saya ya, saya dah bagi warning kan :)


Okay, wanna know something about me? Saya suka monolog dengan diri sendiri, suka bercakap, suka nak bagi orang dengar pendapat saya (walaupun kadang-kadang tak necessary pun lol) 

And sometimes, I think a bit too much. More than my very own brain's capacity (literally), lepas tu Tasneem bebel cakap Faz asyik tension je sebab overthinking lepas tu nanti banyak angin, lepas tu pening kepala, tumbang. Hahaaaa okay merepek lagi. Lama tahu tak merepek gini. Kat mana lagi tempat kita boleh cakap apa je yang kita nak without people judging? Kat sini je lah ;) (Well, my blog isn't that famous so there'd be no one who would bash me or ada anything yang nak viralkan from here) and thanks God for that hehee 

*sambung merepek*

Tapi, sebab umur pun dah 20 kan. Makin banyak lah yang kena fikir. Dan, banyak je kena fikir tapi saya malas nak fikir tapi sebenarnya perlu, entah *sigh* But hey, I'm not really 20, masih 19 okay hehee. Yeah, wtv anyway, I need to accept the fact that I'm a young adult now. Tak main dah 'teen'ager as bila masuk twenty, that nineTEEN will be gone. Sikit demi sikit, kena improve life skill, social skill, etc semua lah yang diperlukan bila makin tua. ergh, annoying jugaklah. Kecik2 kemain nak besar cepat nak pakai heels, bawak handbag bergaya semua bila dah makin besar baru sedar, being an adult bukan sekadar ada salary sendiri and being able to have anything you ever wanted without even merengek kat parents je, BUT?

You have to manage your own finance, deal with so much different people with their own unique traits, learn skills so and so, adapt with all the changes around you, I just cant find the right word to describe how troublesome it is. 

*sometimes I just wish to go back in time, and live a happy life as a baby, or 5 y/o child who knows nothing but play, eat and sleep. I know, most of us do that sometimes aite?*

Spider-man: "With Great Power Comes Great Responsibility" 9 x 14 Print. $14.00, via Etsy.

Well, he's right


Sejujurnya, sepanjang dua tahun duduk Jordan ni, banyak sangat mengajar saya. Banyak. Serious. 


Bila fikir balik, I was only 18 when I left home and pergi tempat orang, jauh dari family untuk sambung belajar. Kecik lagi kut? Hahaa, ye lah I think so. But really, despite of all that complaints just now, I am still glad to be chosen to taste the wonder of Jordan.


Bukan sekadar terpaksa berhadapan dengan pakcik teksi yang dalam ratio (7/10) bila naik teksi, diorang merokok dan kita terpaksa tahan nafas tutup hidung buat muka annoyed dengan harapan dia perasan (which is mostly failed)

Bukan sekadar bila lalu syari3 jame3h (university street) kena ganggu dengan orang arab yang kurang civilized dan tak tahu membezakan sini(chinese) dan orang asia lain, mahupun memanggil kami ali baba

Bukan sekadar belajar untuk bersabar dan cuba nego baik-baik bila ada pakcik arab menipu dengan niat nak mengaut untung lebih-lebih, mahupun yang berjanji 1/2 jam = 5 jam

Lebih dari tu ibrah(pengajaran) yang ada di sini.

Pernah ke saya mention pasal sheikhah tempat saya belajar tajweed dulu, tiap kali lepas kelas mesti dia prepare makanan arab yang super sedap marvelous memang favourite ah

Pernah ke saya cakap pasal adab orang arab di sini yang sangat sangat suka mendoakan orang lain, tiap kata-kata disulami doa, "Allah yusalmik (Semoga Allah sejahterekan kamu) ", "Allah yaktikal afiyah" dan banyak lagi doa yang saya tak hafal T.T *tembakdirisendiri

Pernah ke saya cakap pasal cara orang Arab layan tetamu? Memang tip top habis, meskipun baru je first time jumpa. Hari tu, saya dan kawan-kawan tengah survey rumah, lepas tu tak sure pun nak rumah tu ke tak sekali bertembung dengan makcik ni (jiran dekat area tu), borak-borak sikit, terus dia ajak masuk rumah dan introduce kat kitorang makanan arab ni. Lukhyyah nama dia. Sedappp sangatt, one of my favourite hahaa

Dan sebenarnya ada je lah, pakcik/makcik arab yang super baik ni. Dan diorang selalu panggil malayzi (malaysian) as muhtaramin (tapi sebenarnya rasa tak layak pun T.T) lepas tu bagi harga murah2, semua and so on lah

Tak pernah lagi kut saya mention orang arab yang civilized, yang gentleman (hahaa kbai) even dalam coaster (mini bus) yang penuh kalau masuk most of them willing to give their sit to the ladies, even kalau kita nak duduk sebelah perempuan2 je dia sanggup bangun tukar seat (bukan macam dekat page intec confession pfft *iykwim), tahankan pintu and all that other common senses, are quite common here, and hows uncommon is that in Malaysia sampai bila orang lelaki buat gitu, instead of calling him a gentleman orang anggap dia nak mengorat pulak ==' kasihan. hahahaha

Dan, sohib rumah kitorang baik sangat ya ampun T_T 

Kesimpulannya, semuanya depends lah dekat kita nak letak benda tu macam mana. Kalau the bad side je yang kita mampu tengok, rugi lah gitu kan? Padahal yang baik tu ada je berbondong-bondong sebenarnya. Cuba, cuba lihat betul2. Memanglah leceh nak belajar banyak2 skill hidup tapi bila dah belajar memang sangat memudahkan hidup, hahahah (ayat macam ---)

Untuk sesiapa yang bakal terbang ke Jordan, jika nilai ketabahan yang anda cari, InsyaAllah anda akan menemuinya. 

Yup, kuat. Orang Rebid kuat belaka ekekee 

(ps/ rebid is a nickname for irbid)

Quran 2:185

maka, tenanglah wahai jiwa :)



So, macam mana? Masih mampu nak go on bersama saya? heheee


And here we go :P

Okay, so I hm have hm I dont think I should talk about it in public. (Tapi saja je buat gini kan baik tak payah tulis langsung tett) Anyway, I really think that I shouldn't be thinking about this right now as it isn't the right time yet, and I solely believe in Him for everything that happened and will happen. I'll just rest the case to Him, and put my whole trust in Him okay?



okay?

Okay :)


[Post tfios - ps/ Gus is so charming can I ever met a guy like him *dream*]

Thursday, July 25, 2013

rise and shine :)



بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . So how are you guys doing ? Better than yesterday ? Well, hope so :)

setiap hari tengok tengok kalendar tu, okay lagi 7 hari nak 2nd exam for Environment Protection and Visual Basic. Lagi 9 hari nak exam Biochemistry pulak. In less than a month juga , dah nak balik Malaysia dah. Wheee ~



Tentang apa yang berlaku recently, 

entah malas nak ulas lebih-lebih. Banyak dah blog-blog lain cakap pasal ni, and i bet thousands people dah bagi pendapat dan ulasan macam-macam. Siap status FB my sister keluar paper tu rasa macam tak boleh blah gila, like seriously people ? -.-' 

Bagi saya sebenarnya, macam quite unfair for people yang complain walhal diorang hanya tau a little pasal benda tu. 

Dia macam , pernah dengar tak kisah beberapa orang buta, sorang pegang belalai gajah, sorang pegang kaki gajah, sorang pegang gading gajah. End up, ada yang cakap gajah tu macam tiang besar la tapi lembut, ada yang cakap gajah tu keras dan licin la and so on. Hmm. Faham tak ? Haha. [Kisah Gajah]


So saya buat keputusan untuk deactivate kan account twitter for a while. Sakit hati jugak baca tweet2 orang, but it cant be help cause people will never stop talking. Padahal isu ni dah settle dah pun. Nak jugak buat ulasan. It ain't gonna benefit anyone. Well, I just have to brace myself and sumbat telinga dengan cotton bud, hehe. *ehh puasa =='*


lastly nak share wisdom words from sister Yasmin Mogahed. 
MasyaAllah, perfectly said;


As much as you can, keep dunya (worldly life) in your hand--not in your heart. 
That means when someone insults you, keep it out of your heart so it doesn't make you bitter or defensive. When someone praises you, also keep it out of your heart, so it doesn't make you arrogant and self-deluded. When you face hardship and stress, don't absorb it in your heart, so you don't become hopeless and overwhelmed. Instead keep it in your hands and realize that everything passes. When you're given a gift by God, don't hold it in your heart. Hold it in your hand so that you don't begin to love the gift more than the giver. And so that when it is taken away you can truly respond with 'inna lillahi wa inna ilayhi rajioon': 'indeed we belong to God, and to God we return'.



Susah sebenarnya nak sedar hakikat dunia ni hanya suatu permainan padahal Allah dah ulang dalam ayat Quran banyak kali. Tapi banyak kali lah jugak kita lupa dan terus lalai T.T



Islam



And I strongly believe, that Allah must have solid reasons for what had happened. After all, He always knows best right ? 

Okay, selamat mengejar kak Laila dan abang Qadr semua. Jangan lupa, kita masih lagi dalam bulan mulia, bulan Ramadhan. 





May Allah bless, insyaAllah :)


*boleh tak nak cakap post kali ni macam takde kena mengena langsung dengan title post. hahahaa xD*




Friday, May 10, 2013

Hey awak , GET UP AND FIGHT !


بسم الله الرحمن الرحيم

We will not go down - MICHAEL HEART 

We will not go down, in the night without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will NOT GO DOWN in Gaza tonight

means; 
we will never give up, despite of everything they've done, yet WE WILL NOT GO DOWN people, yes . till we win . 


subhanAllah , hebat kan mereka ni. masya Allah :')


semoga dapat menggarap semangat para mujahideen ni, betapa hebatnya mereka ni. Ayuh ! Itqan dalam berusaha !




Saturday, May 04, 2013

Malaysia ku tercinta



rasa nak nangis pulak tengok flashmob berdarah dekat Ipoh tu. tau tak, tengah rindu Malaysia ni.lepas tu tengok saudara2 sendiri gaduh sebab lain fikrah , tapi perlu ke dengan cara keganasan. seriously, saya sangat tak suka violence. enough said.


I am so sad :'(

may Allah decides , 

semoga, apa2 pun keputusan nanti, semoga itu yang terbaik . 






macam mana pun, tanggungjawab dekat sini perlu diteruskan, sebagaimana yang diamanahkan 


Pinned Image



keep calm and study #medstudent



Friday, April 26, 2013

strength




Pinned Image




i always thought i was strong

but i am wrong

the fact is, i am not strong enough

i need to be stronger and lot stronger

to survive . 





Sunday, September 02, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Usrati di Intec a.k.a smart group :)


waah, nampak sedap kan . NYUM NYUM :) tak laah, bukan saya yang buat pun, tapi kakak Naqibah usrah saya yang buat. Sebab usrah kitorang ada tiga orang yang lahir bulan tujuh . hehe. 
sedapnya, moist chocolate cake tu *gulp 

selepas selesai azan isya' dan usrah pun bermula. topik favourite kitorang, macam biasa laah, cerita pasal Dr. Morsi. Kak Mufidah ni dulu belajar dekat universiti di Mesir. Jadi banyak laa jugak yang dia tahu pasal keadaan di sana dengan Ikhwanul-Muslimin, dan sebagainya. Asalnya nak cakap pasal persediaan Ramadhan rasanya. Tapi , tiba-tiba terbincang pasal ni pulak. Sebab kitorang baru je balik dari BTN. Oh, tak buat lagi entri pasal BTN. lepas ni la kut. 

Dalam pukul 10 macam tu, sesi mensyukuri nikmat Allah pun bermula :DD




hehe, sedap sangat la tu :P


oh seriously. yang kanan sekali belah bawah *karamel* SEDAP WEH ! 



See, best tau ada usrah ni. Usrah tu dalam bahasa melayu bermaksud keluarga. Sekurang-kurangnya sekali laa dalam seminggu kalau tiada aral melintang, kak Mufidah akan buat la usrah ni. Bagi saya, usrah ni penting. At least, ada juga la sesi muhasabah sikit2, nak cuci2 sikit hati ni. Kadang-kadang kita tak sedar, dah terlalu terleka dengan keasyikan dunia ni *ayat tak boleh blaah >.<
yer, saya teringat zaman selepas PLKN dahulu. KBSW, ONEHD, MTV, FB setiap hari wajibb layan semua tu =.=' 

Kalau zaman sekolah dulu ye lah, usrah diwajibkan, setiap maghrib dan isyak ada kuliah, jadi macam terjaga la jugak. tapi bila dah masuk Universiti atau Kolej, kena pandai2 cari sendiri. InsyaAllah, ada je :)

akhirun kalam; usrah best xD


oh btw, hari tu exam physics. mid-term punyaa. Oh Myyyyy, susahh TT.TT serious tak beberapa nak yakin dengan jawapan. dan, tawakkal laah sebaik-baik penyelesaian. 

HE knows best . JYEAH :DD 
*chill awak , chill .

Friday, June 15, 2012

photoshoot for MEJ4 :)

warm up, before the real photoshoot session :P

Madihan, Khai dan Moi :)

bersama si comel Syarfa'  *suka la tuu*

sesi photoshoot mengejut. no blazzer, no props. tapi kami cool je . hee


so, ni laah hasilnya ^^



 formal punya . oh, find me if you can . haha :D





~ gaya bebas   :DD

 credit to Syazwan for the editing :)

Tuesday, May 29, 2012

HTAR, Klang

okay . *glimpsed at my super-cool white watch* oh, its already 10.15 pm

tapi situasi di Hospital Tengu Ampuan Rahimah masih busy dan sesak dengan lautan2 manusia yang memerlukan rawatan kecemasan. Saya ke sini sebab nak hantar my little sister pergi sedut gas. Dia ni dulu pernah kena athma yang teruk, so ambil langkah berjaga2 laaah, tak mau pisang berbuah dua kali 


oh , tengok dia :(
sorry adik. gambar curi ni. nasib baik encik docs tak perasan

so Alhamdulillah, sementara tunggu si kecil ni, lepak kat cafeteria hospital. Abah makan, saya pulak sibuk isi borang2 JPA dan borang KPT Jordan tu. Banyak kut nak kena isi. Lepas habis makan, sambung pulak dekat ruang menunggu. Ye, I've been so busy filling up the forms, tiba2 ada satu peristiwa yang mengejutkan berlaku. 

Ada seorang kanak2 perempuan, berbangsa India kalau tak silap, tiba2 je muntah darah. Dengan banyak sekali. Saya tak perasan, Abah yang cakap, saya nampak dari jauh, and ingat muntah biasa2 je. Kesiannya. Kecil lagi tau budak tu, just around 4 to 5 years old kut :(

Lepas tu, seorang doktor lelaki dengan machonya cepat2 datang kat budak tu.
 Kesian weh  :(

Tiba2 terfikir, insyaAllah andainya impian saya nak jadi pediatric tercapai, hari2 kena berhadapan dengan kanak2 yang sangat comel tapi dah terseksa dengan penyakit2. Sedih woo TT.TT
Lepas tu terfikir lagi, kan ada kontrak dengan kerajaan selama 10 tahun, entah2 saya kena berkhidmat dekat HTAR ni kut, hehee. Macam mana laah kan agaknya :P

*okay, dah start berangan*

Saturday, May 12, 2012

i just love this song :)

haha, ni kes masa kat Melaka laah, asyik nyanyi lagu ni je. 
credit tu my meimei; Ilham Alia , :P


enjoy ;

Monday, May 07, 2012

clueless -.-''

tu laah. kadang2 orang kena straightforward dengan saya. sorry laah  ,tapi saya mengaku sometimes saya memang clueless --''




sila berterus terang. saya tak faham bunga-bunga bahasa yang tinggi. haha 

sekian, terima kasih :)

Saturday, May 05, 2012

dear heart, seriously ?

erm, saya tak tahu laah nak cakap macam mana. tapi lepas habis fill-in semua borang dan saya dengan tegar dan yakin nya telah memilih perubatan dalam semua application form yang saya isi, tiba2 baru sekarang rasa cuak dan gementar.


tapi kann, DIA dah janji, di setiap kesusahan pasti ada kesenangan :)


tutup buku lama *SPM* buka buku baru *medicine* insyaAllah . DIA akan bantu if awak betul2 ikhlas


by the way , Isnin ni ada ujian untuk dermasiswa zakat Selangor ke timur tengah. dengar cerita dari kawan2 macam tough =='' please2 pray for me, haha. doa kan yang terbaik je laah. kalau ada rezeki tak ke mana kan ? okay, kena study dulu . haha. k bye .




future doctor? insyaAllah . aamiin :)

Friday, March 23, 2012

uuh -.-

penat . mungkin lepas ni saya kena pakai spec sebab lama sangat renung skrin laptop. -.-

Tuesday, January 24, 2012

PLKN kumpulan 1 siri 9 ,

PLKN, stands for what ehhh? is it,
Pasti Letih Kau Nanti ? hahaa :D kidding . actually, masa saya mula2 datang kem plkn sana tu, ada orang tulis macam ni dekat whiteboard dia. korang semua tahu kann, it stands for Program Latihan Khidmat Negara. and I had attended this program for almost 3 weeks, and officially bergelar wirawati negara xDD 

yeah, way to go ! saya harap sangat2 dapat post gambar dari sana, malangnya saya tak ada usb phone T.T maklumlah, phone saya bukanlaah samsung galaxy, mahupun htc dan blackberry yang boleh upload photos direct. 

err, so for starting ni kalau orang tanya ; 
eyy, hows PLKN? best tak? 
I'll reply ;
boleh laa. okay laah.

actually okay je.cuma bab roll-call yang sangat lama dan kena berdiri static macam tugu negara sampai nak garu hidung pun tak boleh *exaggerating gila ! haha* dan , bila budak2 lelaki suka buat hal =.='' saya tak tahu laah apa masalah diorang tak boleh nak dengar arahan. tak semua, tapi bila wira buat hal, secara automatik, wirawati pun kena jugak . ye laah 

one for all, all for one, sangat laah kann . -.-

hari2 saya di Kampung Kuala Pajam tu ; 
kadang2 tuhh, tersangat2 laah panas 
kadang2 tuhh, sejuk sebab hujan lebat, sampai menggigil-gigil 
waktu malam, bila rollcall tak habis2 sebab kekuatan wira tak cukup, ada yang balik dorm,  kasihan mata yang nak berehat ni. kadang-kadang rasa macam nak baling je budak2 yang buat masalah tu dengan kasut
tiap2 pagi, waktu senaman, lepas beratur kat padang kawad 
kadang2 ada senamrobik. lagu mas jokoh , lagu favourite kitorang . haha  *lagu dangdut* 

belum cakap pasal kelas pembinaan karakter lagi. saya kelas PK1. sorak kelas kitorang laah yang paling gempak sekali ;D 

ohh, banyak jugak ehh yang saya bebel pasal plkn ni rupanya. okay laah readers, lepas ni saya kena balik kem . . . (hari khamis) 
 
byebye T.T

nanti laah, baru saya boleh cerita dengan lebih detail pasal kawan2 kat kem saya. so long, jumpa lagi :)

 macam baru je balik rumah, dah nak kena balik kem balik T.T

its within you ;)

the first step, scroll down and pause lagu kat bawah ni kejap. and click the play button.



enjoy, hero by mariah carey . it helps to lift up your spirit whenever you are down :)


There's a hero

If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you :)

That a HERO lies in you
Mmm, that a HERO LIES IN YOU  ♥ 


Wednesday, December 14, 2011

xde motif :p

wahai blog,
saya rindu sangat2 kat awak !! dah bersawang, siap ada labah2 lagi.
sekarang, dah tiada halangan untuk berblogging,

dan saya akan share and spill everything kat awak :)


I'M FREE :DDDD
OH GOD, I JUST CAN'T BELIEVE IT ...

Monday, June 06, 2011

what?


my sister is coming home tomorrow night!
yaaaaaaaaaaaaayyyy !



but, unfortunately i HAVE to go back to the hostel by Wednesday ..
isn't that pathetic?

oh, wait.. my cousin's wedding is on this Saturday .

hehh =.=

Sunday, May 01, 2011

huhh, ni kisah sedih tau ..

asalnya cerita happy,
nak balik ke rumah
cikgu has kata ready pukul lapan pagi,
so punya laa excited memang awal laah bersiap


orang balik hari jumaat, si dia ni balik hari sabtu
alasan : settle barang kat asrama
lame giler kann :P


tak lama kemudian,
selepas seketika dia menunggu kat pondok depan DM tu
dengan beg galas dan beg sandang terletak kemas di atas meja
perut mula berkeroncongg laalaaaaalaaa~~
dan dia mengambil keputusan untuk menjamah kerepek sedap Ustazah Maziah
tiba2, tergerak hati untuk melepak2 di bilik pengawas
sambil melayan 'ChickenSoupforTeenageSoul' nya


tiba2, cikgu has masuk dan mnceritakn perihal budak bahas yang kena tinggal
si dia pun tertawa mengenangkan kekelakarannya
dah laa empat2 tu fiver, kawan dia jugak


lepas tu, dia pun pergi laa keluar ke meja tu
saja nak bersantai kat luar pulak
matanya terus tertancap kat meja depan DM tu
macam ada yang tiada..

EH, MANA BEG2 AKU???
only GOD knows how i felt at the time..
gosh, my wallet, my mp3, my notebook
even my textbook, my files, my new bags, my friend's dictionary

T.T
i want my things back...
tolonglaah parents yang tersalah ambil tuuu..

tq to nawa,ezlyni, and dieba ...
for supporting me at the time



first time rasanya empangn pecah sedsyat ni
never happens in sabak bernam laaah
jatuh ego ku d hdpn mereka2 =.=''
*sigh*