Showing posts with label tips dan tips :D. Show all posts
Showing posts with label tips dan tips :D. Show all posts

Thursday, November 08, 2012

be a strong muslimah, girls >:D

assalamualaikum semua :D

so, hows your day? apa-apa pun lets say Alhamdulillah , sebab masih punya peluang untuk bernafas dan meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah di muka bumi ni ^^


rasa dah lama tak membebel dekat sini. rindu pulak. hehe. tapi tak tauu nak cakap apa. so rasa nak share sikit lah pengalaman di bumi anbiya' ni. Alhamdulillah, again sebab dah berjaya survive almost 2 months dekat sini without my family, my best friends, tapi dekat sini dah ada family baru, nama dia PERMAI ( Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid ) where everyone are like siblings to one another, ada kakak, ada adik, dan juga para brothers yang tolong muraqib kan kitorang kalau dah malam. 

dekat sini, walaupun baru berapa bulan duduk sini, I can feel that I am growing stronger here, dekat sini dah kena berdikari, tak boleh depends dekat orang lain sangat, semua depends kat diri sendiri. 

contoh macam bila balik kelas. jadual kelas semua lain2, ada hari yang saya terpaksa balik seorang2, memang lah bahaya, tapi nak buat macam mana kan. Tempat yang paling dekat dengan rumah tu , yang bas Jami'ah (Universiti) lalu tu about 1.5 km lah dari rumah. So kena wajakan diri, jalan sorang2. Alhamdulillah lah jugak sebab jalan tu lalu jalan besar, kalau lalu lorong sunyi lagi menakutkan . So, I will take out my cap, *sebab panas eh* and lagi satu tangan akan pegang kunci, (bersedia untuk sebarang kemungkinan) and dalam hati doa banyak2 mintak sampai rumah dengan selamat. pernah je ada kes orang kena follow dengan arab mana entah, lalu situ. so, kena banyak-banyak tawakkal. and ready kan kunci untuk sebarang situasi. 

memang lah pelik sikit, pakai baju kurung dengan cap pastu pegang kunci, so harapnya orang tengok kita ada senjata, tak jadi lah nak ganggu ke kacau ke apa kan? Usaha dulu baru tawakkal :) 



 can't wait for the Woman-Self Defence programme yang dianjurkan PERMAI jumaat ni ^^

Thursday, August 30, 2012

Its been so long , isn't it ?

hurmm.dah lama sangat tak update. macam2 cerita best saya simpan dulu. cewah, *ye ye je

sedar tak sedar lagi berapa hari je kat Malaysia ni. let me count, 1,2 ouhh, lagi 10 hari till the date. flight saya ke Jordan insyaAllah 9 September , pada jam 9.00 malam. nice one kan? pandai JPA pilih tarikh. suka dengan number 9 kut. hahaa. that's not it. the thing is, lepas ni saya kena duduk negara orang =.= which i know nothing, and have no idea at all bout how things going to be . Lagi2 bila mendengar ceritera seniorita2 dari bumi Jordan mengenai orang Arab yang agak kasar dan menakutkan. 

but, HE knows best kan. lepas habis je tulis entry ni saya akan sedaya upaya untuk packing barang ! sebab tak start apa pun lagi ='= 

apa2 hal pun, jalan ni ialah jalan yang terbaik yang DIA pilih untuk saya, so just believe in it


What mind believes, body can achieve >:]

YEAH ! :D *lagu into the new world - Girls Generation berputar di minda *



Wednesday, July 18, 2012

Usrati di Intec a.k.a smart group :)


waah, nampak sedap kan . NYUM NYUM :) tak laah, bukan saya yang buat pun, tapi kakak Naqibah usrah saya yang buat. Sebab usrah kitorang ada tiga orang yang lahir bulan tujuh . hehe. 
sedapnya, moist chocolate cake tu *gulp 

selepas selesai azan isya' dan usrah pun bermula. topik favourite kitorang, macam biasa laah, cerita pasal Dr. Morsi. Kak Mufidah ni dulu belajar dekat universiti di Mesir. Jadi banyak laa jugak yang dia tahu pasal keadaan di sana dengan Ikhwanul-Muslimin, dan sebagainya. Asalnya nak cakap pasal persediaan Ramadhan rasanya. Tapi , tiba-tiba terbincang pasal ni pulak. Sebab kitorang baru je balik dari BTN. Oh, tak buat lagi entri pasal BTN. lepas ni la kut. 

Dalam pukul 10 macam tu, sesi mensyukuri nikmat Allah pun bermula :DD




hehe, sedap sangat la tu :P


oh seriously. yang kanan sekali belah bawah *karamel* SEDAP WEH ! 



See, best tau ada usrah ni. Usrah tu dalam bahasa melayu bermaksud keluarga. Sekurang-kurangnya sekali laa dalam seminggu kalau tiada aral melintang, kak Mufidah akan buat la usrah ni. Bagi saya, usrah ni penting. At least, ada juga la sesi muhasabah sikit2, nak cuci2 sikit hati ni. Kadang-kadang kita tak sedar, dah terlalu terleka dengan keasyikan dunia ni *ayat tak boleh blaah >.<
yer, saya teringat zaman selepas PLKN dahulu. KBSW, ONEHD, MTV, FB setiap hari wajibb layan semua tu =.=' 

Kalau zaman sekolah dulu ye lah, usrah diwajibkan, setiap maghrib dan isyak ada kuliah, jadi macam terjaga la jugak. tapi bila dah masuk Universiti atau Kolej, kena pandai2 cari sendiri. InsyaAllah, ada je :)

akhirun kalam; usrah best xD


oh btw, hari tu exam physics. mid-term punyaa. Oh Myyyyy, susahh TT.TT serious tak beberapa nak yakin dengan jawapan. dan, tawakkal laah sebaik-baik penyelesaian. 

HE knows best . JYEAH :DD 
*chill awak , chill .

Saturday, June 30, 2012

di kelas Civilisation in Islamic Medicine :)

kitorang belajar mengenai perubatan zaman Rasulullah s.a.w; Al Tibb Al Nabawi.


antara cara ubatan serta pemakanan yang diamalkan ialah, berbekam, madu, tamar (kurma), cuka, habbatus sauda', buah zaitun, dan buah tin.


Mula-mula sekali , nak sentuh pasal berbekam. memang pernah dengar selama ni, tapi tak sangka banyak sangat kebaikan berbekam. Antaranya, dapat mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar. Lagipun, kita, umat islam diharuskan berbekam sekurang2 nya sekali seumur hidup. Berbekam ni kan sunnah nabi :)


man,this is so freaky ..


tengok laaa darah tu . aaaa o.O

tapi saya prefer berbekam dari guna benda alah ni =='




tapi yang saya nak share hari ni sebenarnya mengenai buah tamar, atau lebih mesra digelar sebagai kurma oleh rakyat malaysia ^^


waah, laazizunn jiddan :D *means; sedap sangat




pernah makan ? mesti  laa kan? lebih-lebih lagi masa Ramadhan, memang laku laa kurma ni,


uuuu, ni terkenal kut. yusuf Taiyoob B)




tapi, bila Ramdhan pergi meninggalkan kita, kita pun dah tak amalkan makan kurma ni kan ? saya cakap secara umum la, bukan semua, tapi mungkin ramai yang di antara kita. lepas tu, masa dalam kelas civil tu tiba-tiba ustazah Nabilah share satu hadith sahih ni ;


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Seriously, saya baru dengar tentang hadith ni. 


Sambung Ustazah ; sebab tu kurma ni sepatutnya ada di rumah kita sepanjang masa. bukan waktu bulan puasa je.


Oh, tertusuk seketika di situ . memang kalau bukan bulan puasa, jarang saya merasa buah tamar ni =='
Oleh sebab tu la, kita kena pastikan di rumah kita tu ada kurma, lagi pun best kut. sedap pun sedap kan, khasiat dah laa banyak. 


Antaranya , 
        Mencegah penyakit kronik dalam badan seperti penyakit jantung dan kencing manis
        Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran
        Tenaga segera ,


dan banyak lagi.untuk info lanjut boleh tekan sini :)




okay, tu je yang saya dapat kongsi untuk hari ini. cuma rasa macam ilmu baru laa yang saya dapat, so peeps, jom makan kurma hari-hari :DD hehee.



Tuesday, June 26, 2012

real facts bout theTWITTER

erm, ada twitter ? tak tahu twitter tu apa? bawah ni contoh nya :)



cuma nak cakap la; twitter ni sangat2 public. apa2 yang korang post *terutamanya kepada yang tak privatekan tu* semua orang dari segenap dimensi boleh baca. be careful with your words , tu je . hehe. serious, senang nak stalk orang guna twitter, so para stalkers, sila buat akaun twitter xD

ok, kidding ==' takde la. tapi si Admin tu yang nak share dengan satu dunia kan dia buat apa. so, don't blame people for reading it. tu je, thanks :)


oh, tadi ada presentation yang tak dijangka dan tak diduga. alhamdulillah, semuanya ok je, 

tajuk : Hukum Makan Sembelihan Ahli Kitab

serious, ingatkan kitorang tak kena sebab da la kitorang group yang terakhir, nasib baik semalam sempat bincang. lepas ni dah lepas, boleh gelakkan orang lain dengar presentation orang lain dengan fokus :P

Sunday, June 17, 2012

shawl .

korang ada masalah ke tengok orang pakai shawl ?


tadi, pergi blogwalking. pastu jumpa satu entri ni. dia cakap girls sekarang dah terbahagi kepada 3;

*ikut peringkat*
freehair --> shawl --> tudung . #blog tersebut adalah milik seorang lelaki


macam tu ke ? serious , rasa sangat amat amat tak puas hati . ye laah, sebab saya pun pakai selendang . well, sometimes .tau tak , kenapa kadang2 saya prefer pakai selendang than tudung bawal biasa ?


1. tak jarang dan tak perlu pakai inner.
2. dia kemas. fix je. kalau angin tiup2, tak kemek2 . tak payah nak jaga2 sangat laa kan. cool je B)
3. tak perlu gosok. hehe. tak senang kedut .
4. murah. 1 hanya rm10 sahaja, nak banding dengan tudung bawal yg mahal =='


cara pakai selendang tu terpulang laah dekat para muslimah, asalkan dia menutup dadanya. selendang ke tudung ke even kain apa2 pun, kalau boleh digunakan untuk menutup aurat, ia tetap digelar hijab kan . tahapnya tetap sama kan ? asalkan cukup syarat nya laah kan. kalau pakai tudung pun , tapi tak menutupi bahagian dada, tudung tu masih tak boleh digelar hijab. sebab, hijab itu bermaksud menutup, melindungi. sekiranya , kita pakai tudung tapi masih tak mampu melindungi diri kita dengan sepenuhnya; means, kita masih tidak memakai hijab yang sebenar2 nya .


memang laa lagi bagus kalau pakai tudung yang bidang besaar sikit, macam bidang 50, bidang 60 kan. tu lagi super duper bagus .two thumbs up kepada muslimah2 yang hebat ini :)


kita cuba ubah diri kita sikit demi sikit. insyaAllah . saya pun sama , nasihat ni nasihat bersama, untuk para readers dan juga saya ^^



"Dengar dan tengok betul-betul.. Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni..Hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa..Nak belit ka?? nak pusing ka?? nak boh ramu2 ka??macam mana pun boleh..janji 4 syarat tu kene ikut"

dan, syarat syarat dia ialah ; 
     * labuh sampai ke bawah, menutup dada
     * tak boleh jarang, mesti longgar, melindungi, menyelaputi, menyembunyi apa yang di dalamnya,
     * kedudukannya betul-betul di atas dada. tak boleh masukkan tudung dalam baju *macam kat plkn tu --' *
     * betul betul menutup kawasan dada dan sekitarnya (bawah dada dan atas pusat)




saya minta maaf . saya hanya meluahkan apa yang dirasa. 


saya pun masih banyak yang perlu dibaiki. so, lepas ni jangan laah sesuka hati nak classify orang. sama2 kita buang yang keruh, ambil yang jernih.


perubahan itu sukar, tapi tak mustahil. kita cuba sikit demi sikit , insyaAllah DIA akan hantar orang2 yg baik untuk tolong :)

kita belajar dari kesilapan .

don't judge me for my past,I don't live there anymore 


# serious ayat ni copy&paste je


haha. cukup laah. belajar dari kesilapan. jangan ulanginya buat kali yang kedua okay, 


fighting, awakk :D


insyaAllah :)

Wednesday, June 13, 2012

biasa la tu. it's normal

cakap pasal apa eh ? pasal CRUSH . first time sentuh topik ni sejak bertahun2 blogging. woot woot ~ hahaa


cuma nak cakap la, having crush on someone is very normal. I've experienced it a lot. Hoho :P For me, having 'crush' on someone is like to have one tiny little seedling. Seandainya kita buat keputusan untuk semai benih tu, siram dia hari2, jaga elok, mesti la dia akan tumbuh dan membesar. It will grows fondly as time flies. But, if we made a decision to just ignore it, nothing will happen. seriously . haha .


post ni random , tiba2 je dapat idea lepas baca blog2 orang lain. saya hanya speaks out my mind. 
so, no offence. ok ? :)


Cuma nak cakap, suka itu normal. Manusia kan ada perasaan. Tapi, kita kena laah kawal laah. Tunggu masa yang sesuai , kan kan ?




ada kawan saya pernah pesan;
Seandainya kita suka pada seseorang sebab dia kacak ke, pandai ke, baik ke, comel sangat2 ke,kita tengok balik, siapa yang mencipta dia jadi macam tu. Allah kan ? so, kembalikan pujian itu kepada Allah. 




selamat menjaga hati,
insyaAllah, when the time has come, the perfect one will be there. jangan risau2, percaya pada janji2 Allah .




ingat, HE knows best :)

Monday, May 28, 2012

sorry readers :P

I know, its been a hectic and WHOA week for me, sorry laah. I've been dying to update my blog and share all my new awesome experiences. 


I know, saya baru tukar layout dan sebagainya, dan tiba2 I just left it , getting all rusty and dusty T.T

no worry ok, lepas ni insyaAllah saya akan rajin kan diri untuk update blog , and share my life with you guys . hee. well. sorry for disappointing btw =='

so, this week I learnt that human only plans, but Allah's plan is the best :)

ingat, always have your confidence in HIM. There's nothing going out of the lane as long as we put our faith in HIM. Rasa macam diberi peluang kedua selepas MARA reject saya, dan alhamulillah saya dapat perubatan timur tengah, program kerjasama JPA-MARA. InsyaAllah, bumi Jordan adalah yang terbaik untuk saya. I will try out my best , well , I SHOULD. its Medicine by the way . 



guys, don't worry okay. rezeki orang lain2. yang penting usaha dan tawakkal, HE will settle the rest for us. mesti ingat ni; 



Everything happened for a reason, that sometimes we just don't need to know

yang penting semoga kita dapat jadi insan yang berguna kepada, keluarga, masyarakat, dan bangsa, insyaAllah. Lets strive for the best pal ! SPM is over, lets start the whole new journey ! :D




Thursday, April 26, 2012

friends, berhati2 tau .

erm. entry ni sangat laah random. macam ni laah, disebabkan kemajuan teknologi yang teramat sangat pada zaman moden ini, senang sangat kita nak menyebarkan berita, baik yang baik mahupun buruk. tapi kaan, harap2 lepas ni berhati2 laah dalam menyebarkan berita, sebab kita tak tahu berita tu benar ataupun palsu.

bila kita menyebarkan berita palsu, tahu kan ia boleh jadi , fitnah. whoa, thats a big word, korang. mungkin berlaku secara sedar mahupun tidak.bila dah cakap pasal fitnah, faham-faham je laah kan.berat tu.tapi, seelok-eloknya, kita kena laah menjauhkan diri kita daripada fitnah tu, dengan mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara2 yang boleh menimbulkan syak wasangka. haha. okay. its a prevention step. well, mencegah lebih baik daripada merawat kann .

maka, berhati-hatilah dalam menyebarkan berita itu.nasihat ni untuk readers dan saya juga.InsyaAllah, kita cuba perbaiki diri kita dari hari ke hari, okay :)




haha, mangat je. serious ni random. :))

Monday, March 19, 2012

derma darah ? gulp !

derma darah is one of the activities yang kitorang buat kat kem. tapi, tak wajib pun. only for those who are interested. syarat2 dia tak susah pun ;

 Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.
Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
Tidak menghidap penyakit kronik.
 Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor
Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

and, alhamdulillah saya pass semua syarat2 tu dan berjaya menjadi seorang penderma. YEAH ! haha, yang paling best nya lepas ni kalau ada borang suruh fill in blood type, saya dah boleh jawab.yeah yeah :D tapi tak banyak pun, 350 ml je.okay laa. masa tengok darah tu mengalir keluar, gulp -.-'' dah laah menderma darah dekat sebelahh .... urghh =.='' buat tambah ngeri je.but, alhamdulillah semuanya berjalan lancar :)


yup, a b-type :)

eh jap2. bukan tu je tau, lepas derma darah ni saya dapat 1 tin 100+, 1 kotak milo, 1 packet biskut oat crunch, and sedikit supplement macam iron. not to mention, a black pen .




cantik kann? free ~ 

Haa, apa tunggu lagi kawan2. jom derma darah ! korang tak payah percaya pasal berat badan bertambah lepas derma darah tu. mitos2 belaka. hahaa :D so, its in your hand.

donate your blood and make a difference :)

Friday, March 18, 2011

urghh..


i never thought that it would be such a pain
the extremest stomachache ever
haih, risau jugak mula2 tu. mana tau kena appendix kan.
dah laa this year nak focus untuk SPM .
tp Alhamdulillah, dia cuma gastric.
rasa macam nak ketuk2 je perut tiap kali sakit tu datang..
tapi seriously, sakit :(


and hey,
i even loss 1.5kg sebab gastric nih..
so, sesiapa yang nak kurus,
boleh laah cuba2 mengastric kan perut tu.
but, i warn you, it won't be easy



oh ya, sebelum terlupa, sorry laah
kat sesiapa yg text saya lately ni tapi tak berbalas,
yelah, who cares bout phone bila perut buat perangai ..

Saturday, January 15, 2011

the first week :)

haiyloh, macam mana ni, baru hari ketiga dah demam. its quite menganggu laa.buat kepala berat, badan lemah, tapi saya berjaya atasinya tanpa pergi klinik! its that somehting that can be proud of? hee~~ kelakar tak, Ani pun demam gak tapi lambat sikit laa.wey, Ani, aku rasa kan ni semua salah kita tak tidur malam last cuti tu kan, hahaaaa :)

okay, actually rasa macam masa ni sangat solid dan padat, macam tak ada masa rest. tiap masa ada je kerja nak kena buat. dengan jadual baru yang macam tu.. means, jarak antara the same subject sangat dekat, contoh laa, hari ni ada sejarah, esok pun sama. so, nak tak nak kena siapkan homework cepat2 laaah. okay, i'm a fiver. that's a fact. kalau dah fiver tapi tak busy tak best laah kan :DD *nak sedapkan hati jer.

almo
st forgot to mention the heels yang kami, students sbpi sb had to wear every single day, bukan lah 5 inch pun. tapi, tetap bertumit, dan masa hari2 first tu, kaki tersangat laah sakit, dan ramai girls student saling meminta tissue untuk menyelesakan kaki. hahaah, kelakar tak? tapi lama2, dah get used to it laah. sorry kaki kalau korang terseksa.. tu belum masuk fasa hilang suara lagi for almost 3 days? boleh laa camtu. i did screw up a lil' bit masa perhimpunan rasmi tu =.= macam mana, i had to berdehem untuk dapatkan the best voice.. maybe too much of EHERM kut.. dan untuk tugas2 saya yang lain tu,

bak kata teacher , kita yang pilih sendiri untuk galas benda alah tu, means we have too laaah. kita yang decide it at first right? :) so, jalankan amanah awak dengan sebaiknya dan jadi kakak form five yang tegasdanbaik ..

2011, mantap dan cool :D
nothing is impossible

Friday, November 26, 2010

forward message

hurm.apa korang rasa pasal forward message ni?dulu laah saya selalu dapat, lagi2 masa layan Friendster dahulu kala.dan dia pasti ada berbunyi sebegini *at the end of the message laa

SILA FORWARD MESSAGE INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA SEKURANG-KURANGNYA 10 ORANG.JIKA TIDAK, ANDA AKAN MENGALAMI MASALAH SEPERTI GAGAL DALAM KEHIDUPAN DAN PERCINTAAN

and etc laaah

so, should we forward the message?No, I never believe in that.semuanya kan kuasa Allah.takdir kita in HIS hand kann.kalau mesej tu baik, maybe boleh forward2 tapi padam dulu laah kata2 yang suruh forward tu.ingat, niat sebab saja nak menyebarkan benda baik, bukan sebab takut.anyway, why would anyone believes that? kann kann?

Friday, May 28, 2010

spectacles B)

apa itu spectacles?
dalam bahasa melayu : kaca mata @ cermin mata
dalam bahasa saya : cermin yang ada bingkai dan dipakai pada mata dan sangat leceh kalau da pakai uh
nape tiba2 na cakap pasal cermin mata ni?sebab saya rasa macam kena pakai spec balek je..huhh??>0<TIDAKKK~
faktor2 mata kembali ker0 :
  1. matahari yg trlalu mmancrkn sinarnya kt sbpi sb uh..mnyebabkn silau+silau=silau^2 =.=
  2. naek form four ni, (buku+buku) x 10^9..kalau buku nye banyak gamba takpe gak,ni tulisan--perkataan--huruf--nombor, sampai na juling da!!
  3. ehehe,ni sala sendiri laa.kalau hols gerenti akan spend masa ngan laptop sayang~~hahaahaha :D cian mata, saya seksa dia hari2
  4. em,dulu memang silau, tapi degil ta nak pakai spec.esh, ta suke laa..gerenti laa silau mesti naek!tapi, harap2 tak laa
  5. lagi?em, entah..mungkin da takdir NYA..ecece, tapi siblings saya takde un yang pakai spec.ta nak!ta nak!!
jap2..tu ta msuk dalam faktor2 mata ker0..ehehe,harap maaf :)
okeii, sambung balek bebel ea.
maybe,ngadap laptop je kut saya pakai spec.
(uu...demi internet sanggup uh, masa blaja ta nak pulak).
bukan ta nak laa!selagi boleh melihat dengan betul, ta salah kan kalo kite manfaatkan nikmat mata ni?
(sanggup seksa mata demi kemalasan na pakai spec).
eshhhh!sebokk laa~nanti2 bile terbuka pintu hati ni saya pakai laa..sebokk >:p
(=.= duhhh..)
okeii2, apa kata saya bagi tips nak elakkan dari rabunn ni
  • makan carrot bannyak2
  • elakkan drpd bace buku yang tulisan nye kecik2 kemetot macam cacing uhh
  • jangan selalu sangat melekat ngan skrin laptop@ komputer tuu..(ni spesel ntuk saya)
  • kurangkan ber'sms'2 ni..skrin handfon un bagi kesan kat mata tauu
  • gune kan nikmat mata ngan sebaik mungkin..kurangkan tengok mende2 lagha..especially laki2 encem (oohh tidakk leedonghae saya :'( ).and kalau bagi para jejaka lak, kurangkan usha awek2 cunn uh.kurangg dosa :p
okeii,tu je kut yang dapat saya bagi.nak lagi?tunggu la sampai saya da dapat tauliah jadi optometrist yang hebat nanti..mana tau en.:)
cakap pasal spec ni..masa darjah empat ke lima dulu, saya pernah pakai spec jap je.tau ta sowang kawan laki react ape?
lokasi : makmal komputer di sk bndar baru k.sel
ketika sedang memakai kasut kat depan makmal (baru abes kelas)
si Ali(bukan nama sbenar) un menegur saya dengan selambanya
"eii, Nana.tau ta, ko pakai macam nenekk"
and pastu dia bla dengan selambanya(sekali lagi)
ceit, kejam betul.and then, cek2 balek mata okeii..pastu da ta pakai daa..but now?tatau la..tengok la cam mane.saya redha jer :)
ps/tunggu da teruk nanti la baru pakai..eheheee