Showing posts with label suka2. Show all posts
Showing posts with label suka2. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

hikmah dari dia

بسم الله الرحمن الرحيم



mencari mencari dan mencari

hikmah

*senyum lebar sampai nampak gusi*


menarik betul macam mana Allah atur hidup kita kan? Macam mana dia susun satu satu perjalanan kita, lepas sekian, sekian. Perfectly done. MasyaAllah sangat :') 


sejujurnya, I should be doing something else instead I choose to be here. ceh. procrastinate lagi. 


Alhamdulillah, baru je selesai final untuk GIS (GastroIntestinal System) dan sekarang baru belajar Endocrine System and its final is just within 3 weeks hahahaaaaaaaaaaaa #perksofbeingamedicalstudent

habis je final lab for GIS hari tu ingat nak relax jap, take some time for myself. Tapi lepas tu terus banyak benda lain menderu deru menuntut hak masing-masing yang diketepikan sementara fokus exam hari tu T.T dush dush dush Dia tengah ajar awak cara nak survive dalam kesibukan dunia ni. Biasakan diri dengan penat-penat ni nanti dah kerja nanti lagi lah kan penatnya mcm mana. Tu pun sekarang ni saya still tidur paling kurang 5 jam tapi biasanya 6 jam lagi walaupun dah 3rd year med student. Cannot lah tido tak cukup ni T_T takpe lah sikit2 belajar kut kalau dah desperate sangat nanti. luls

hm

kenapa nak tulis blog kan? sebab kat twitter cam dah tak bebas sangat nak luahkan apa yg kita rasa. And segan pun actually sebab kawan baca kehkeh. Kalau kat sini macam entah. Rasa lagi free untuk luahkan everything :P


talking about hikmah?


hikmah hilang passport
hikmah passport sampai super lambat
hikmah iqamah pun tak settle
hikmah tak dapat pergi mana-mana untuk winter break ni


tetiba dalam penat-penat ni rasa la jugak macam I need some time for myself. Mungkin winter break kali ni Dia nak bagi saya rest kejap dari berkejar ke sana sini. Serious tak tipu nak habis cepatt sem ni, its hard enough T_T hahaaaaa talking about hard things, well next sem dah ambil subjek PNS, CNS, UGS haaaaaaaaaa well. hm. cam tu la ceritanya. 


disebabkan seorang faziera boleh merepek sesuka hatinya di blog miliknya, nak masuk ke topik lain pulak. 

somehow, it feels amazing macam mana Allah tegur lagi saya secara indirectly through orang lain. Dan syabas saya ucapkan kepada orang tu cause it makes me think. Quite deeply. Mungkin sebab teguran tu datang dari a person of opposite gender. So macam tu lah. Baru cell-cell neuron get connected dan berlaku lah flashback balik semua dari zaman dulu-dulu. 

And through that jugak, I just realized that side of me.

sebab tu dalam Islam, Allah sentiasa suruh kita bersederhana, dan berhati hati. 

takpe lah, take it as a lesson 

Hikmahnya. Sangat berhikmah. *nangis lagi T.T*







sementelaah itu, kami (warga eminence) baru sahaja menjayakan Eminence Sport's Day. so, belanja lah gambar team kitorang satu hehee


akhir kata, doakan saya.

moga mampu menunaikan hak-hak yang menderu-deru datang menuntut . 





squeeeeee ><

Friday, August 29, 2014

A BIT OF JORDAN. A LOT OF RANDOM RANTS

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t

Maaf sangat, sangat. Lama sangat tak update blog. Bila tengok last post, whoa bulan lima kut. Dah dekat tiga bulan jugak lah menyepi. Bukan apa, sibuk sikit. Hehee. Memang ada je nak update masa cuti sem 2 hari tu, tapi dah nama pun balik Malaysia kan. Bahagia sangat :P Bila naik sem 3 (summer sem ) sangat-sangat hectic. Padat, sendat hahaa, belajar pun semua last minute tapi Alhamdulillah, selesai jugak summer semester. Dan, masih lagi tak boleh bagi gelaran pelajar tahun 3 Perubatan selagi result tak keluar *nangis* Immune susah weh, doakanlah saya ye T.T


So, sebab dah tiga bulan, its going to be quite a long post. Lepas rindu orang kata, ekekee

Izinkan saya ya, saya dah bagi warning kan :)


Okay, wanna know something about me? Saya suka monolog dengan diri sendiri, suka bercakap, suka nak bagi orang dengar pendapat saya (walaupun kadang-kadang tak necessary pun lol) 

And sometimes, I think a bit too much. More than my very own brain's capacity (literally), lepas tu Tasneem bebel cakap Faz asyik tension je sebab overthinking lepas tu nanti banyak angin, lepas tu pening kepala, tumbang. Hahaaaa okay merepek lagi. Lama tahu tak merepek gini. Kat mana lagi tempat kita boleh cakap apa je yang kita nak without people judging? Kat sini je lah ;) (Well, my blog isn't that famous so there'd be no one who would bash me or ada anything yang nak viralkan from here) and thanks God for that hehee 

*sambung merepek*

Tapi, sebab umur pun dah 20 kan. Makin banyak lah yang kena fikir. Dan, banyak je kena fikir tapi saya malas nak fikir tapi sebenarnya perlu, entah *sigh* But hey, I'm not really 20, masih 19 okay hehee. Yeah, wtv anyway, I need to accept the fact that I'm a young adult now. Tak main dah 'teen'ager as bila masuk twenty, that nineTEEN will be gone. Sikit demi sikit, kena improve life skill, social skill, etc semua lah yang diperlukan bila makin tua. ergh, annoying jugaklah. Kecik2 kemain nak besar cepat nak pakai heels, bawak handbag bergaya semua bila dah makin besar baru sedar, being an adult bukan sekadar ada salary sendiri and being able to have anything you ever wanted without even merengek kat parents je, BUT?

You have to manage your own finance, deal with so much different people with their own unique traits, learn skills so and so, adapt with all the changes around you, I just cant find the right word to describe how troublesome it is. 

*sometimes I just wish to go back in time, and live a happy life as a baby, or 5 y/o child who knows nothing but play, eat and sleep. I know, most of us do that sometimes aite?*

Spider-man: "With Great Power Comes Great Responsibility" 9 x 14 Print. $14.00, via Etsy.

Well, he's right


Sejujurnya, sepanjang dua tahun duduk Jordan ni, banyak sangat mengajar saya. Banyak. Serious. 


Bila fikir balik, I was only 18 when I left home and pergi tempat orang, jauh dari family untuk sambung belajar. Kecik lagi kut? Hahaa, ye lah I think so. But really, despite of all that complaints just now, I am still glad to be chosen to taste the wonder of Jordan.


Bukan sekadar terpaksa berhadapan dengan pakcik teksi yang dalam ratio (7/10) bila naik teksi, diorang merokok dan kita terpaksa tahan nafas tutup hidung buat muka annoyed dengan harapan dia perasan (which is mostly failed)

Bukan sekadar bila lalu syari3 jame3h (university street) kena ganggu dengan orang arab yang kurang civilized dan tak tahu membezakan sini(chinese) dan orang asia lain, mahupun memanggil kami ali baba

Bukan sekadar belajar untuk bersabar dan cuba nego baik-baik bila ada pakcik arab menipu dengan niat nak mengaut untung lebih-lebih, mahupun yang berjanji 1/2 jam = 5 jam

Lebih dari tu ibrah(pengajaran) yang ada di sini.

Pernah ke saya mention pasal sheikhah tempat saya belajar tajweed dulu, tiap kali lepas kelas mesti dia prepare makanan arab yang super sedap marvelous memang favourite ah

Pernah ke saya cakap pasal adab orang arab di sini yang sangat sangat suka mendoakan orang lain, tiap kata-kata disulami doa, "Allah yusalmik (Semoga Allah sejahterekan kamu) ", "Allah yaktikal afiyah" dan banyak lagi doa yang saya tak hafal T.T *tembakdirisendiri

Pernah ke saya cakap pasal cara orang Arab layan tetamu? Memang tip top habis, meskipun baru je first time jumpa. Hari tu, saya dan kawan-kawan tengah survey rumah, lepas tu tak sure pun nak rumah tu ke tak sekali bertembung dengan makcik ni (jiran dekat area tu), borak-borak sikit, terus dia ajak masuk rumah dan introduce kat kitorang makanan arab ni. Lukhyyah nama dia. Sedappp sangatt, one of my favourite hahaa

Dan sebenarnya ada je lah, pakcik/makcik arab yang super baik ni. Dan diorang selalu panggil malayzi (malaysian) as muhtaramin (tapi sebenarnya rasa tak layak pun T.T) lepas tu bagi harga murah2, semua and so on lah

Tak pernah lagi kut saya mention orang arab yang civilized, yang gentleman (hahaa kbai) even dalam coaster (mini bus) yang penuh kalau masuk most of them willing to give their sit to the ladies, even kalau kita nak duduk sebelah perempuan2 je dia sanggup bangun tukar seat (bukan macam dekat page intec confession pfft *iykwim), tahankan pintu and all that other common senses, are quite common here, and hows uncommon is that in Malaysia sampai bila orang lelaki buat gitu, instead of calling him a gentleman orang anggap dia nak mengorat pulak ==' kasihan. hahahaha

Dan, sohib rumah kitorang baik sangat ya ampun T_T 

Kesimpulannya, semuanya depends lah dekat kita nak letak benda tu macam mana. Kalau the bad side je yang kita mampu tengok, rugi lah gitu kan? Padahal yang baik tu ada je berbondong-bondong sebenarnya. Cuba, cuba lihat betul2. Memanglah leceh nak belajar banyak2 skill hidup tapi bila dah belajar memang sangat memudahkan hidup, hahahah (ayat macam ---)

Untuk sesiapa yang bakal terbang ke Jordan, jika nilai ketabahan yang anda cari, InsyaAllah anda akan menemuinya. 

Yup, kuat. Orang Rebid kuat belaka ekekee 

(ps/ rebid is a nickname for irbid)

Quran 2:185

maka, tenanglah wahai jiwa :)



So, macam mana? Masih mampu nak go on bersama saya? heheee


And here we go :P

Okay, so I hm have hm I dont think I should talk about it in public. (Tapi saja je buat gini kan baik tak payah tulis langsung tett) Anyway, I really think that I shouldn't be thinking about this right now as it isn't the right time yet, and I solely believe in Him for everything that happened and will happen. I'll just rest the case to Him, and put my whole trust in Him okay?



okay?

Okay :)


[Post tfios - ps/ Gus is so charming can I ever met a guy like him *dream*]

Thursday, May 08, 2014

kanak kanak riaang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. 

Tiba-tiba rasa nak throwback. heheee. Izinkan ye. 

Back in Manchester, *masa winter break* 
kitorang ada lawat satu sekolah ni. It is a high school lah, for orang sana tapi komuniti Melayu yang ada kat sana, diorang sewa sekejap sekolah tu hari sabtu je and buat kelas khas untuk anak-anak orang Melayu yang duduk area situ. And surprisingly, ada je parents yang sanggup datang dari luar Manchester semata-mata nak hantar anak gi situ.

Macam mana boleh tau pasal sekolah ni?
My cousin belajar dekat Manchester and kebetulan dia jadi volunteer untuk program ni. Kiranya mcam every saturday, he will go that school and ajar budak2 tu. Kat sekolah tu diorang belajar Bahasa Melayu, belajar baca jawi and mengaji.

Selama ni tau je budak-budak stock lahir oversea yang tak boleh cakap bahasa melayu, tapi masa tu baru jumpa betul2.

Orang biasa translate dari english ke bahasa melayu, ni terbalik. Dah la dengan accent british nya hahaa terbelit lidah i, inferior menguasai diri padahal cakap dengan budak range umur 5,6,7 tahun je pun hahaaa T-T *suicide*

but Yes, they are so adorable and cute. 

Rasa la jadi cikgu sekejap. hehehhs. poyo je lebih ni


cute Naufal :)



i think her name is Elisa, but im not sure. hehe =='


Well, actually its quite hard to approach kids. Kena sabar and slow-slow sikit, baru diorang selesa. I still cant forget how inferior I felt at that time. Confidence level in my English jatuh terduduk duduk bak hang hahaaa

Oh and this one (the cute boy with stripes shirt)
alkisahnya, saya pergi kelas lain kejap (kelas budak umur 7-12) tetiba budak ni masuk kelas tu. He was supposed to be dalam kelas budak umur bawah 7 tahun. Datang dengan muka sedih. 
Then, i asked "why?" 
Then dia cakap sedih sebab salah warna awan. Terwarna warna hitam, dah tak boleh baik pulihkan.
And i was like, awwwh budak ni comelnyaaa >< *dalam hati je lah*
Pujuk-pujuk sikit, tak ingat dah cakap apa hahaa
And at the end, berjaya pujuk dia, and ambil gambar sikit konon as reward lah hehe

Lepas tu dia dah tak sedih-sedih dah. Dah ceria balik :)

How awesome kann jadi budak2, senang je cheer up balik. 

hitam itu menawan B)

too bad, I couldn't recall his name :\


Teringat, kalau nak pujuk diorang buat kerja baik-baik, kitorang janji reward tangkap gambar. Ye lah, camera dah besar-besar. hahaa. Terus diorang semangat. Alahai comel


Okay I think that's all. Tetiba rasa nak terobek ni dah kenapa hahaaa ><'' 
Sebab memang ingat nak share semua pengalaman, jalan-jalan kat sini. Cuma kadang-kadang rasa cam ada je kekangan masa. So, hanya mampu share sikit-sikit lah. 
Ini pun, baru je selesai exam HLS. *fuhh* alhamdulillah, dan tinggal lagi satu system je untuk semester ni; Respiratory System (RS) Doakan ehhh ^^



Ibrah? 
Ayuh kita jadi macam kanak-kanak ni. Tak moh sedih lama-lama, life goes on orang kata. Jatuh? Bangun balik. Yoshhh 

Friday, May 24, 2013

Healing ,


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , 

well, tension exam kejap, jom layan kejap lagu ni :)

*takpe exam will be over by next week ^^*





It`s so hard to explain
What I`m feeling
But I guess it`s ok
Cause I`ll keep believing
There`s something deep inside
Something that`s calling
It`s calling you and I
It`s taking us up high
Healing, a simple act of kindness bring such meaning
A Smile can change a life lets start believing
And feeling, let`s start healing
Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It`s nature`s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It`s pulling you and I
It`s pulling us up high
To Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life lets start believing
And feeling, let`s start healing
Hearts in the hand of another heart and in God`s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God`s eye nothing hides
Seek only to give and you`ll receive
So, heal and you will be healed
And feeling, let`s start healing

oh, and here is the translation for the arabic part at the last part of this song ,

قلب بين يدي قلب 
Kalbon bayna yaday kalb
A heart in (other) heart's hand
May it'd be better translated as soul, but they chose Kalb/heart because feelings in heart


بيد الله كل قلب
Bi Yadi Allah-i kol-lo kalb
(Allah is pronounced as ellahi)
Allah own all hearts

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
Aynon tar3a 3ayna, wa ayno Allah-i tar'a
An eye is nursing another, and Allah (God) is nursing 

كلمة طيبة صدقة
Kalimaton tayibaton sadaka
A good/ king word is an alms (sadaka)

تبسمك لأخيك صدقه
Tabassomoka li akheeka sadaka
Smiling to your brother is an alms (sadaka)

كل معروف صدقة
Kollo ma3rofin sadaka
All good is alms (sadaka)

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
**Allahomma ishfi shifa2an la yo3'adiro saqama
O Allah, heal a full healing that doen't leave any sickness


* According to Hadith (Prophet saying) "تبسمك في وجه أخيك صدقة"
** This pray (dua) is used to heal someone including yourself

To be honest all the Arabic parts are generated from Prophet Mohammad sayings (Hadith)




Cool kan to know, that these lyrics adalah dari hadith :DD 



Ohoyy , so lets start healing :)

#motivation

Saturday, March 23, 2013

Menghargai nikmat

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara dua nikmat yang selalu kita tak hargai ialah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Betul kan ?


Lately, tak tahu lah kenapa dengan saya. I'm not sure if it is just a mere allergy effect, or else, *harapnya kesan allergic je lah* tapi dah dekat dua tiga minggu jugak lah, ada butterfly rashes dekat muka. At first ingat takde pape pun, so saya abaikan je lah. Tapi recently, bila keadaan get worse baru lah terhegeh nak pergi consult doctor =.= *tolong jangan ikut perangai ni

Did some blood test too. Hopefully, there's nothing serious and rupa-rupanya rashes ni kesan allergy saya yang tak ambil anti-histamine secara consistent je. Amiin.

Tapi, tu la. Everywhere I go , people will ask; "eh apesal muka kau merah ?" "Uuu , blushing maa" "Eh, kenapa ni Faz ? " 

Yeah, I appreciate your care. Tapi, tak tau nak jawab apa, sebab saya sendiri pun tak sure.


Dalam sedikit rasa pressure , tergerak hati nak selak 'Ayat-ayat Cinta' dari Allah   


"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-NYA, , dan menghilangkan kesusahan "
An-Naml [27;62]


Ada banyak sebab Allah turunkan penyakit dekat hambanya, antaranya mungkin sebab sebagai kifarah dosa , atau pun Allah rindu dengan tangisan dan aduan hambanya. So sweet lah kan :)




so, there's still a lot to cover for my Anatomy first exam. Selamat bermujahadah




Friday, February 08, 2013

dearest Violin,

  بسم الله الرحمن الرحيم

Tahu tak, sebenarnya saya dah lama rasa nak cuba belajar main violin, *sambil dengar lagu winter sonata dalam blog ni* seronoknyaa kalau dapat peluang tu. Tapi violin tu sendiri dah la agak mahal, lepas tu sensitif, lepas tu mana nak cari masa nak join kelas muzik ni :(

Ada sesetengah orang cakap umur-umur kita ni dah tua nak belajar benda camtu. Eh, mana boleh macam tu. Selagi kita hidup tak kisah la umur berapa pun, kita boleh menuntut ilmu tau ! Haha, *poyo lebih* Its never too late for something new 

Rasa macam nak ambil kelas muzik dekat Malaysia masa cuti sem nanti , 

Mungkin tak boleh terus hebat, tapi belajar sikit2, at least tau basic lepas tu boleh belajar sendiri dekat youtube or mana-mana web, tengoklah kalau semangat ni kekal sampai balik Malaysia :) heheh



imagine me playing that gorgeous violin :')


Bola tidak datang bergolek,
      Pipih tidak datang melayang,


If you really want something then work hard for it, and make it worth it 

Thursday, January 10, 2013

hey, its finally snowing :D

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, korang, it just snowed xD yeay yeayy, wait. Alhamdulillah ^^ Hee, Allah bagi nikmat jugak rasa snow ni. Semalam whatsapp family, cakap dekat Jordan dah snow, then kakak reply, dekat London pun tak snow lagi. Hoho :P 

Senior pun cakap dah dekat 5 tahun Jordan tak snow lebat macam ni. Even orang Arab pun jakun jugak tengok salji. Salji depan rumah la katakan. Biasanya kalau nak main salji orang sini kena pergi tempat tinggi sikit macam dekat Ajloun atau Amman , but as Allah stated in HIS verse, كن فيكون "Bila Allah cakap jadi, maka jadilah" Dan, taraa, jadilah salji :)


only the beginning, 


the end of it ? :(
*gambar pagi tadi. salji mula mencair T.T*


freezing cold :DD






Okay, and that's all. Enjoy your day fellas, and also only few days before all these exam thingy over and off to Egypt we go ! InsyaAllah Oh and by the way, sangat tak sabar nak jumpa my beloved kaksu and kakyong and also my abang dekat Tanta. Wait for me, guys :D



Wednesday, October 17, 2012

si daun pandan :O

ahaaha, dah lama tak buat post yang saja2. okay, ni sebab sikit punya stress. Alhamdulillah, tengahari tadi baru je exam Chemistry, online exam tu. bila tekan button proceed terus keluar markah. dasyat kan ? huhh ==' esok bakal menghadapi Physics. YEAH, its goning to be a GREAT 50 minutes WAR for me esok, pada pukul 8.15 , insyaAllah. Then, sabtu ni ada exam Biology pulak, then nak jalan jalann pergi Amman, yeaaayy :DDDD

pagi tadi, tak tau macam mana boleh teringat dekat nasi lemak so saya pun tanya Tasneem soalan paling tak patut dekat dunia.

"Eh, agak2 kan boleh tak ganti kan santan dengan susu nak masak nasi lemak? kalau buat kari boleh je kann"

"Faz ==' nasi lemak lain, letak santan supaya ada rasa lemak2 di situ"

"ohh ! and daun pandan kan?"

"yupp, mak Tasneem selalu tak letak santan pun. letak daun pandan je"

Cakap pasal daun pandan tetiba teringat masa kecil2 dulu. Mama dulu pernah ada pokok padan kat depan rumah *tanam dalam pasu je* then everytime nak makan nasi lemak mesti mama akan cakap, "Nana, tolong amik daun pandan kat luar" and I was like *urgghhh malasnyaa* hehe. teringat je. lepas tu terindu pulak :)

Dah berapa tahun dah eh, lama sangat. I seriously wan'na meet her again, one day. Tapi kena jadi superb laah sebab nak jejakkan kaki dekat syurga *amiiin*

Syurga itu amat indah, tapi Allah pagarkan dengan kepayahan,
                                             & syaitan berjanji untuk menyesatkan.

In a few days, I will turn 18. Dah 18 hidup, apa eh jasa saya? Banyak lagi kena improve ni. And thanks a lot to my superb mama yang berjaya lahirkan anak terakhir dia nih, yeayy to Mum ^^ insyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa eh. people who read this post boleh jugak sedekah kan AlFatihah to my Mum. semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. Amiin ~

Saturday, October 06, 2012

wake up darl,




َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu,

                                        اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
                     Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamamu.


Bismillah, 
entry kali ini adalah sedikit random. sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update. Wi-fi dekat sini macam biskut, kejap ada kejap tiada. well, of course thats not the main point.

Baru beberapa minggu melangkah ke alam Universiti dan sudah pun bergelar Attolibat fi Jamiah Teknologi wa Ulum, sannah uulaa, wa takhasus fi tibashari. It means; pelajar perempuan di University of Science and Technology, tahun satu, dan pengkhususan dalam perubatan awam.

Sebenarnya bukan baru-baru ini fikiran ini singgah di minda, iaitu bayangan tentang diri, dalam masa 10 tahun akan datang. Bila berfikir balik, hati ini menjadi gusar, tak tenang. Sanggupkah aku? Mampukah aku? Relakah aku? How about the people around me at that time? 

I don't know. Tak tahu lah. Should I change my takhasus? Taking dentistry instead of medicine? Gila kan? sorry , terguna harsh word pulak. Nope, tak lah gila sangat. Boleh je kalau budak medic nak tukar dentist tapi kena masa first semester je. Sebab masa first semester je subject kitorang sama. Lagipun medic 6 tahun, dentist 5 tahun.

Tapi Allah takkan bebankan hambanya dengan beban yang hambanya tak mampu galaskan? well, that's Faith I guess. Have a faith in Him.


Love for Allah:
A Lecture by Shaykh Zulfiqar Ahmad (db)

The Effects of Love

The Holy Quran tells us that Allah loves intensely those who believe in Him. The depth of this love is directly proportional to the amount of faith a believer has in His Lord, and is inversely proportional to how strongly a believer will feel the difficulties he faces in his life. This means that a believer will be able to tolerate more difficulty and obstacles, the greater his love for Allah, and vice versa.
This is comparable to the case of a woman who has great desire in her heart to become a mother, and for this is willing to bear tremendous hardship. She is willing to carry a child inside her for nine months, suffering all kinds of ailments such as back pain and morning sickness. However, they are tolerable because she keeps her goal of becoming a mother in perspective. She is also aware of the possibility that complications can develop during labor that may lead to a lifetime of suffering, and also that there may be something wrong with the child that is born. In addition, she also knows that for the first few years she will have to be entirely devoted to the child, sacrificing rest and food for the sake of her baby. However, her intense desire of becoming a mother and love for the child overshadows all this and makes her burden easy for her to bear.
Hence love eases pain, so much so that we do not even consider a burden to be a difficulty or an inconvenience. Likewise, all difficulties, be they physical, financial, or otherwise, become easy for the believer when he has love for Allah in his heart. Moreover, the true believer even longs to make sacrifices for Allah, and is even willing to sacrifice his biggest asset, his life, for the sake of the Lord who blessed him with this gift in the first place. The sad truth is that we have not properly understood or inculcated true love for Allah in our hearts, and have been negligent of our duties to our Creator.



yang penting ialah the hereafter. mardhatillah. Keredhaan Allah, yang hakiki yang abadi, yang kekal selamanya. InsyaAllah. Sama-sama kita cuba sedaya upaya ke arah mencapai keredhaannya. Amiin.

may this story motivates me, and you too readers :)

Sunday, September 02, 2012

Thursday, August 30, 2012

Its been so long , isn't it ?

hurmm.dah lama sangat tak update. macam2 cerita best saya simpan dulu. cewah, *ye ye je

sedar tak sedar lagi berapa hari je kat Malaysia ni. let me count, 1,2 ouhh, lagi 10 hari till the date. flight saya ke Jordan insyaAllah 9 September , pada jam 9.00 malam. nice one kan? pandai JPA pilih tarikh. suka dengan number 9 kut. hahaa. that's not it. the thing is, lepas ni saya kena duduk negara orang =.= which i know nothing, and have no idea at all bout how things going to be . Lagi2 bila mendengar ceritera seniorita2 dari bumi Jordan mengenai orang Arab yang agak kasar dan menakutkan. 

but, HE knows best kan. lepas habis je tulis entry ni saya akan sedaya upaya untuk packing barang ! sebab tak start apa pun lagi ='= 

apa2 hal pun, jalan ni ialah jalan yang terbaik yang DIA pilih untuk saya, so just believe in it


What mind believes, body can achieve >:]

YEAH ! :D *lagu into the new world - Girls Generation berputar di minda *



Wednesday, July 18, 2012

Usrati di Intec a.k.a smart group :)


waah, nampak sedap kan . NYUM NYUM :) tak laah, bukan saya yang buat pun, tapi kakak Naqibah usrah saya yang buat. Sebab usrah kitorang ada tiga orang yang lahir bulan tujuh . hehe. 
sedapnya, moist chocolate cake tu *gulp 

selepas selesai azan isya' dan usrah pun bermula. topik favourite kitorang, macam biasa laah, cerita pasal Dr. Morsi. Kak Mufidah ni dulu belajar dekat universiti di Mesir. Jadi banyak laa jugak yang dia tahu pasal keadaan di sana dengan Ikhwanul-Muslimin, dan sebagainya. Asalnya nak cakap pasal persediaan Ramadhan rasanya. Tapi , tiba-tiba terbincang pasal ni pulak. Sebab kitorang baru je balik dari BTN. Oh, tak buat lagi entri pasal BTN. lepas ni la kut. 

Dalam pukul 10 macam tu, sesi mensyukuri nikmat Allah pun bermula :DD




hehe, sedap sangat la tu :P


oh seriously. yang kanan sekali belah bawah *karamel* SEDAP WEH ! 



See, best tau ada usrah ni. Usrah tu dalam bahasa melayu bermaksud keluarga. Sekurang-kurangnya sekali laa dalam seminggu kalau tiada aral melintang, kak Mufidah akan buat la usrah ni. Bagi saya, usrah ni penting. At least, ada juga la sesi muhasabah sikit2, nak cuci2 sikit hati ni. Kadang-kadang kita tak sedar, dah terlalu terleka dengan keasyikan dunia ni *ayat tak boleh blaah >.<
yer, saya teringat zaman selepas PLKN dahulu. KBSW, ONEHD, MTV, FB setiap hari wajibb layan semua tu =.=' 

Kalau zaman sekolah dulu ye lah, usrah diwajibkan, setiap maghrib dan isyak ada kuliah, jadi macam terjaga la jugak. tapi bila dah masuk Universiti atau Kolej, kena pandai2 cari sendiri. InsyaAllah, ada je :)

akhirun kalam; usrah best xD


oh btw, hari tu exam physics. mid-term punyaa. Oh Myyyyy, susahh TT.TT serious tak beberapa nak yakin dengan jawapan. dan, tawakkal laah sebaik-baik penyelesaian. 

HE knows best . JYEAH :DD 
*chill awak , chill .

Saturday, June 30, 2012

di kelas Civilisation in Islamic Medicine :)

kitorang belajar mengenai perubatan zaman Rasulullah s.a.w; Al Tibb Al Nabawi.


antara cara ubatan serta pemakanan yang diamalkan ialah, berbekam, madu, tamar (kurma), cuka, habbatus sauda', buah zaitun, dan buah tin.


Mula-mula sekali , nak sentuh pasal berbekam. memang pernah dengar selama ni, tapi tak sangka banyak sangat kebaikan berbekam. Antaranya, dapat mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar. Lagipun, kita, umat islam diharuskan berbekam sekurang2 nya sekali seumur hidup. Berbekam ni kan sunnah nabi :)


man,this is so freaky ..


tengok laaa darah tu . aaaa o.O

tapi saya prefer berbekam dari guna benda alah ni =='




tapi yang saya nak share hari ni sebenarnya mengenai buah tamar, atau lebih mesra digelar sebagai kurma oleh rakyat malaysia ^^


waah, laazizunn jiddan :D *means; sedap sangat




pernah makan ? mesti  laa kan? lebih-lebih lagi masa Ramadhan, memang laku laa kurma ni,


uuuu, ni terkenal kut. yusuf Taiyoob B)




tapi, bila Ramdhan pergi meninggalkan kita, kita pun dah tak amalkan makan kurma ni kan ? saya cakap secara umum la, bukan semua, tapi mungkin ramai yang di antara kita. lepas tu, masa dalam kelas civil tu tiba-tiba ustazah Nabilah share satu hadith sahih ni ;


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Seriously, saya baru dengar tentang hadith ni. 


Sambung Ustazah ; sebab tu kurma ni sepatutnya ada di rumah kita sepanjang masa. bukan waktu bulan puasa je.


Oh, tertusuk seketika di situ . memang kalau bukan bulan puasa, jarang saya merasa buah tamar ni =='
Oleh sebab tu la, kita kena pastikan di rumah kita tu ada kurma, lagi pun best kut. sedap pun sedap kan, khasiat dah laa banyak. 


Antaranya , 
        Mencegah penyakit kronik dalam badan seperti penyakit jantung dan kencing manis
        Kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran
        Tenaga segera ,


dan banyak lagi.untuk info lanjut boleh tekan sini :)




okay, tu je yang saya dapat kongsi untuk hari ini. cuma rasa macam ilmu baru laa yang saya dapat, so peeps, jom makan kurma hari-hari :DD hehee.