Showing posts with label ummah. Show all posts
Showing posts with label ummah. Show all posts

Saturday, December 05, 2015

Doa untuk semua .

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt

Pejamkan dua mata, tapi cuba buka perlahan-lahan mata hati kita dan tarik nafas. Tak perlu tengok jauh pun untuk lihat betapa messed up dunia sekarang. Adakah kita menuju ke arah Perang Dunia Ketiga? Bombing everywhere, tak tau lah. Toleh tepi je dah nampak jiran terdekat, Syria. Asalnya aman damai, tiba-tiba on 2011 everything changed upside down. Sedih lagi terasa sebab dah berkawan dengan few orang Syria (groupmate dalam rotation) and there's this one guy, he is super brilliant. Teringin je nak dengar kisah dia macam mana semua. Tak masuk lagi kisah Palestin, Rohingya, Mesir.

Kalau balik Malaysia pulak hm, entah lah. Selalu rasa kos sara hidup yang makin membebankan akhirnya akan meningkatkan crime rate dekat Malaysia. Orang semakin terdesak, susah nak gunakan akal yang panjang sebelum bertindak.

Oh worldly world, how messed up we really are.

Kadang-kadang boleh terbayang jugak kalau in 10 years time memang ada perang ke apa, saya pergi menabur bakti sebagai doktor dekat sana :') Serious tak tipu ada terbayang macam ni tapi wallahu A'alam, Allah lebih tahu.

In the mean time, sambil-sambil kita berusaha untuk menaikkan lagi prestasi diri (baca; membina diri) supaya nanti boleh dapat keputusan cemerlang di Mahsyar kelak, jangan dilupa keadaan umat yang sangat memerlukan kita. Jangan culas, jangan lelah. Ramai yang menanti agar huluran tangan mereka disambut T.T Maka, jom lah kita sama-sama doakan agar kesejahteraan dapat tersebar di seluruh pelusuk dunia.


Dan doakan jugak untuk saya dan kawan2 yang akan ada exam viva + mini osce lagi 20++ hari T-T


Allah is best of the planners:

kemenangan semakin hampir
bersiap siagalah wahai JUNDULLAH ! 






Monday, January 12, 2015

the 'typical Malaysian'



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Bukan, langsung tiada niat nak ulas apa-apa mengenai isu semasa yang semua orang dok post dan share dekat muka buku masing2. Cuma rasa nak berkongsi perasaan je. Tak sudi baca tak apa. Tak paksa. Boleh pelan pelan tekan red box with [X] tu. 

I've warned ya. So if you wanna keep reading, please go on :)





But seriously Malaysian.

It is already 2015.

What is it with the same bashing attitude?

Seriously, I cant even scroll my twitter's timeline as it gets more annoying these days.




"ANDAI KAU JUMPAI WANITA YANG TIDAK MEMINATI KPOP, MAKA KAHWINI LAH DIA"

RT - 2.5 k
Fav - 1.0 k





wait, what?

seriously, one of the densest (sorry i have to say this) quote I have ever heard. 

#faithinhumanityjatuhberkecai *bunyi pinggan kaca jatuh*







Guys please. I really cant accept those people yang keep bashing those poor girls. Yup, what they did is wrong. But is it fair enough to judge them to the max for that one mistake? Making you feel right enough to viralize their videos and pictures? 

Cakap pasal budaya bashing oleh typical Malaysian ni, memang tak berkesudahan. Entah. Lebih sikit sensitif dia sebab dulu ayah saya sendiri pernah menjadi mangsa sikap melulu 'typical Malaysian' yang rancak berkongsi keaiban orang dan share sesuka hati tanpa selidik. Sudahnya, kisah fitnah semata. Lagi worst? Orang siap korek wall Abah, up kan post post lama. Serang dari segenap sudut. Orang lain pulak tak menang tangan nak mengulas pendapat masing-masing. Persoalannya, layakkah awak memberi pendapat dan ulasan? Dah lah diri sendiri tiada di tempat kejadian, tak tahu pun details sebenar apa yang berlaku. Terus menganalisa dengan 'assumption'. Lagi-lagi bila tengok kawan sendiri pun nak ulas isu tu jugak, I really cant bear it. But Alhamdulillah, Dia tolong dan kebenaran pun muncul jua akhirnya. 

Tapi macam biasa, mentaliti masyarakat Malaysian masih sama. Dari 2013 hingga 2015. 



Maaf sebab saya tak berapa pandai menyusun kata. Tapi, entry di blog ni [Budak tomato ] saya rasa cukup untuk meluahkan apa yang saya rasa. Jemput baca dan fikir-fikirkan isinya. 







Dear my beloved Malaysians,

Nilailah seadilnya. Tapi mungkin cukup untuk berkata pada diri sendiri. Tak pun andai nak berkongsi pengajaran dari apa yang berlaku. Sangat tak salah dan amat digalakkan untuk berkongsi sesuatu yang baik. Cumanya, tak perlulah menghukum orang lain, sebab yang Al-Hakim kan dah ada. Yang akan menilai kita semua di padang mahsyar nanti, dengan pertimbangan yang paling adil dan saksama T-T *k takut* 

Sebelum tu ada sedikit saya nak share dengan semua :)

Sebelum berkongsi apa-apa di ruangan sosial, fikir balik semua. Orang kata; 


'think twice before you click the share button'

Sebab ianya boleh jadi saham akhirat, tapi saham belah mana? Yang akan menarik kita ke syurga yang indah mahupun yang boleh mengheret kita ke neraka yang apinya menjulang-julang. Tapi tu lah, cabaran untuk kita yang hidup di zaman fitnah. Pahala dan dosa, keduanya di hujung jari. 

Moga entri kali ini bermanfaat buat readers sekalian dan juga saya sendiri. Seronok perasaan bila kita tulis nasihat itu ini, lepas tu sentap sorang2 T_T 

Dan juga, moga readers sekalian bukanlah mereka yang saya mention di atas, yang punya mentaliti tipikal warga Malaysian. Sebelum buat keputusan apa-apa, nilailah dengan akalmu dan gerak hatimu, yang berpaksikan Alquran dan Assunnah.

Wallahu a'lam. 



*maaf kalau entri ni kasar sikit, dah bagi warning awal2 :P*








Saturday, January 18, 2014

hai. saya tengah final

بسم الله الرحمن الرحيم


Hai hai assalamualaikum

minta maaf, sebab post kali ni macam hm haha. entah. tajuk dia pun cam kaitan sangat je dengan intipati post kali ni. HAHA. *stressed*

Esok, saya exam biostatistic. Doakan ye kalau rajin. Hahaa. Pelik, tetiba rasa nak update jugak T.T insyaAllah, in less than 2 weeks, sem 1 akan berakhir wooohoo *jejoget

Sila bayangkan encik monyet berjoget riang

Sorry, minda sedikit pelik. Final exam mood kan. =='

And insyaAllah, masa winterbreak nak jenjalan dengan cousins,kakak semuaa wheeeee moga Allah permudahkan :)

Sebenarnya nak sangat2 kongsi sesuatu, pasal kem pelarian Syria. Sebab hari tu batch kitorang buat program, untuk bagi bantuan ke kem pelarian syria tu. So, i happened to be one of the AJK, maka dapatlah pergi. Hehee. I wish i could write longer. Hm but i cant. 

InsyaAllah ada masa lagi nanti saya share eh, tunggu lah sampai bulan 2 nanti ye insyaAllah :)

Till then 

*teaser* 






:') 





Wednesday, January 01, 2014

2014. alhamdulillah,

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, hai everyone :)

2014 New Year Happy Design

happy new year ! Lepas ni kalau orang tanya, "umur berapa?" then I'll have to answer, 20. Oh my, i'm feeling quite old right now. Hm.

Tau tak masa range umur macam saya ni ha, Sultan Mehmed AlFateh dah buka kota konstantinople. Saya? Apa je yang saya dah buat sebenarnya ni haaa :'| *2013 muhasabah diri*

Anyway, 
I got a very interesting video nak kongsi. Harap suatu hari nanti, in 2014 I can make my own video dan kongsi dekat semua orang. Why so sudden? Sebab sejak kebelakangan ni I just realized the power of media, kepentingan media dan betapa banyaknya media ni boleh menyumbang untuk Islam. Alang-alang minat dah ada, tinggal nak asah bakat je hehee. 

But still, buat satu video tu the highest goal. Harap can be completed before 2014 end. Buat masa sekarang ni masih berjinak-jinak dengan encik kamera baru dan masih dalam proses pembelajaran dengan pakcik Youtube :) 

*haha tak sedar diri budak medik T.T*

Oh ok sorry that I went off topic a little bit, so here's the video. 

Enjoy 




hmm. so, what have we done ? *nangis*


Monday, December 23, 2013

Syria need us .



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, its been so long since i last post anything.

How was I doing? I dont know how to describe it. Hectic. Tired. Full? haha mana boleh cakap macam tu tengah berjihad ni, belajar ciptaan Allah paling kompleks iaitu manusia :)

Tapi sekarang ni masih dalam minggu exam. Patutnya second exam dah habis tapi disebabkan ribut salji melanda jordan habis semua exam tangguh, and i got another 2 exams ahead. woooohoo. okay sorry over. Ingat nak update lepas exam, but I just cant wait. Kalau tunggu camtu nanti memang tak habis kesudah examnya.


Straight to the point, dekat sini ramai sangat pelarian Syria. ramai. ada yang dah bekerja ramai jugak yang masih lagi di kem pelarian. Mungkin keadaan di Jordan tak cukup kondusif untuk mereka, tapi Alhamdulillah masih ok lagi kalau yang masih di Syria pula?


Ingat lagi tak dekat saudara kita dekat sana? 

Embedded image permalink





Embedded image permalink
*gambar ni paling heart-breaking*



Ada tak kadang-kadang rasa tak macam lali je tengok gambar-gambar berdarah, orang syahid, kena torture semua tu. Sebab banyak kali sangat tengok dekat newsfeed. Tak tipu, kadang-kadang saya pun rasa macam tu. Tak ke rasa bersalah ? T.T 



“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


*nangis sampai banjir*







please please tengok video ni. 

So that kita sedar, yang kita tak layak nak bersenang lenang :(


I cant brain this. Dengan kekejaman syrian government yang melampau, dan dunia terus membisu? 

Dalam masa dua tahun, 
120 000 kematian, 430 000 cedera, dan 5 000 000 refugees bertebaran di muka bumi semata-mata untuk mencari tempat tinggal yang aman. Kisah Damascus, kisah AlBayda. 

please please and please singgah sini kejap ; http://www.fsaforwardsupport.com/#!death-of-a-nation/c4nz


Mungkin sekarang ni, kita tak mampu nak turun syria, bagi pertolongan, tapi insyaAllah kita mampu mendoakan mereka :')


juga, terus cakna isu ummah. jangan sekali lupa. macam mana nak bagi selalu ingat?
I suggest, follow mereka di twitter, 

https://twitter.com/Free_Media_Hub
https://twitter.com/AlqassamBrigade


Wallahu3lam . 



Wednesday, August 14, 2013

mesir perlukan kitaa :'|

بسم الله الرحمن الرحيم



Kecewa . Sangat kecewa dan masih dalam state yang terkejut . 


Alhamdulillah hari ni dah selesai exam biochemistry. Then, singgah kedai beli barang, shopping sedikit sakan (baru habis exam susah kan. hehe) and balik rumah tu dah zohor.

On the way balik ke rumah, singgah kedai runcit kejap nak beli air mineral. Kebetulan dekat kedai pakcik tu ada tv, tengah siarkan berita tentang keadaan dekat Mesir. Pakcik tu pun cakap, dah lebih dari 300 orang syahid di mesir.

Masa tu macam, wah dahsyat nya . tapi ingatkan sekali dengan jumlah syahid yang sebelum sebelum ni. 

Lepas tu balik je rumah bukak facebook, berderet deret orang update status, share status pasal isu Mesir. Lepas tu baru tahu yang sebenarnya, apa yang berlaku kat Mesir hari ni dahsyat rupanya. Para tentera dah ambil tindakan kasar nak leraikan perhimpunan aman tu. Hasilnya ? Bilangan yang syahid terus meningkat, yang cedera tak payah cakaplah. Para ulama' AlAzhar pun menjadi mangsa juga. 






Rasa macam, sedih sangat. sebab Mesir tu sangat dekat . Baru je bermusafir ke Mesir masa winter break January lepas. Banyak sangat dapat Ibrah dari bumi barakah tu. 


sungai nil menjadi saksi .


Semoga Allah kuatkan saudara saudara kita dekat Mesir sana tu, untuk terus berjuang tegakkan yang hak, iaitu kebenaran, dan tumpaskan kebatilan. Walaupun terpaksa dibayar dengan harga nyawa sendiri. Hebat sungguh mereka. Allahu :'(


dah tak sanggup dah tengok gambar-gambar akhawat, ikhwah, dan kanak2 , dekat egpyt yang dalam keadaan dasyat tu. darah dah macam maple syrup. its everywhere. 



boleh luangkan sedikit masa , bacakan doa ni untuk umat Islam yang ditindas di seluruh dunia.






*tarik nafas*
tetapkan balik niat kenapa nak belajar medik. kenapa dekat Jordan. 
semoga somewhere, somehow, dapat juga menyumbang tenaga untuk ummah yang tenat ni.